Salam semua ....

** Bagi yang berminat utk menjadi reseller CD Coolababy, boleh emailkan kan kepada k_nieza79@yahoo.com utk pertanyaan.

Jangan lupa drop by Kedai CD Nieza ...
My CD SHOP --> http://nieza-online-shop.blogspot.com/

ONE MILLION CAMPAIGN TO SUPPORT WOMEN BREASTFEEDING

July 10, 2009

Sudah dapat idea ... heheheh

Puas sudah ibu menggoogle mencari resepi yang boleh 'terliurkan' ayaq liur ... sekali udah jumpa 1 menu yang membolehkan ibu & papa makan nasi bertambah2 ... hahahaha. Harus ker??? pastu sambil2 mengelap ayaq idung keluar ... wakakaka. Lama sudah ku tak memasak PAJERI NENAS .. dilawan pulak dgn IKAN KERISI GORENG panas-panas pastu dilawankan lagik dgn BENDI CELUR ... masyukkkk dgn dicicah sambal belacan .. adeiii terliur dah kome nie .. utk suffiya nanti petang kang kat pasar tani, apa sayur yang boleh digulai lemak .. labuu kaa??? bayam merah kaaa ??? peberet dia tue gulai lemak putih.

Untuk anakanda tersayang sorang lagik ... puas ibu menggodek2 ... Zulaikha si bambam ni tak pernah makan betik lagik, soooooooo apa lagik .. kasi dia try makan betikkkkkk ... tentu laju makan macam dia makan buah naga 'aka' roselle.

Tropical Chicken and Brown Rice (8months+)

Ingredients

1/2 cup (Brown/or Jasmine) Rice
2 cups water
1/4 cup papaya cubes
1/4 cup mango cubes
1 or 2 boneless chicken breasts
pinch of ginger and nutmeg if desired

1. Combine all of the above ingredients in a medium saucepan.
2. Cook over medium-low heat for 30 minutes or until rice is soft, fragrant and a bit soupy.
3. Take out the chicken breast(s) and cut into small pieces, transfer back to saucepan
3. Add more water if needed and stir frequently to stop sticking to the pot and add more milk or water if necessary.
4. Cook an additional 15 minutes or until chicken is done

Once the mixture is fully cooked, allow to cool for 10 minutes and then transfer to a blender or food processor. Puree or chop as needed for your baby's age and texture requirements. This makes a great finger food meal for older babies and toddlers alike.

Foods Good to Mix With Papaya:

Apples, Avocado, Bananas, Blueberries, Mango, Peaches, Carrots, Butternut or Acorn Squash
Zucchini or Summer Squash , Sweet Potato, Chicken, Yogurt

** Nanti ibu tepek version ibu .. kalo jadik la hikhikhik

Menu hari Ahad enggak ketahuan lagik sbb ada bibik nak datang cuci umahhhhhhh ... soo tak pasti lagik kuali & periuk belanga akan berkhidmat atau tak ... huhuhu

Kenapa stok puree ????

Dalam mengantuk-gantuk ni nak jugak karang ayat, kalo ala2 ayat tak best gasak yooo la ek, kepala dah separa mereng .. cepat la kul 12.15 nak pi jumpe agent Unit Trust ibu pulak.

Ok back to topik, kenapa stok puree ??? ada kawan2 yang Ym ibu tanya .. " apa la yang ko susah-susah sgt, masak jerk campur sekali ???

pastu ibu jawab ... " aku seorang ibu yang malas .. heheheh, masak bubur 2hari sekali .. buat stok seminggu sekali .. " pastu bila ibu terangkan baru masing2 paham .. ibu tahu ramai silent reader nak tanya gak menda yang sama .. awat la minah ni nak berstok2 pulak .. elok ker makan benda2 beku gitu ... heheheheh

Ok ni jawapan ibu yang sekolah 3tingkat jerk paling tinggi hehehe & ibu bukan doctor, doctor kat umah adalah papa ( sbb teror beli ubat kat farmasi) ibu banyak belajar dr pembacaan org2 keliling yang berkerja macam ibu .. yang mempunyai lebih dr sorang anak ....

Kenapa ada stok puree ??? macam jugak stok Ebm .. kenapa ada EBM?
sbbnya bila zaman2 ibu TERLAJAK TDO cam terjadik minggu lepas, kul 6.40pg baru terjaga ngkoooo ..kena kuar paling lambat 7.15 .. soo masa ini paling sesuai guna frozen puree sbb panaskan bubur tak smp 5min .. SIAP.

jika ibu takde frozen puree .. apa akan jadik ???

-Zulaikha akan makan bubur yang dimasak oleh nursery, mungkin dah campur dgn garam atau perasa??
- Zulaikha akan makan nestum .. sure tak sekenyang makan nasik ...
- Zulaikha akan merajuk dgn ibu bila ambik dia balik dr nursery sbb ibu malas nak masak, takmoh senyum kat ibu ...mesti tak tergedik2 bila nampak ibu depan pintu rumah ..huhuhu ( anak pun ada perasaan tauuuu)

kadang2 macam2 masalah luar dugaan akan timbui ... almaklumla pagi2 ... macam2 benda nak buat dahla kita ni ibu .. mem besar .. bibik .. segala-galanya la ...

Ibu buat fozen sbb dah ada pengalaman yang lalu masa membesarkan suffiya, soo ibu taknak buat kesilapan yang ke-2, masa suffiya dulu ibu selalu lambat kesian dia asyik kena makan meehoon sup jerk kalo ibu lewat sgt (patut kurus keding). Dulu takde ilmu nak frozen2kan .. masak bubur tiap2 malam campur terus dgn segala bahan. Kalau campur terus bubur takleh tahan lama sgt, soo masak hari ni utk makan hari ini saja ....

Bukan alasan ibu sudah mempunyai anak 2... cuba tidak memberikan makanan yang FRESH utk Zulaikha tapi ibu kena pk jugak .. kadang2 pagi2 anak2 meragam, macam zulaikha kul 6pg dah celik mata..cuba kalau menda2 frozen ni tak disiapkan awal2 dgn terkocoh2 dgn anak2 badmood pagi2 hari ..kalo zulaikha cfm kena kendong manaleh ilang 'nenen' dia dr depan mata hahahah. Kalau ada stok ni, kerja utk memanaskan bubur anak jatuh kebahu papa .. dah anak sama2kan soo kena la bertolak ansur, yang berat sama la dipikul kan ..kan ..kan ..

Sebenarnya cara ni bagus utk ibu2 yang bekerja & cuba utk bagi yang terbaik utk anak2, still makan hasil dr airtangan ibu .. ibu mmg tak harap anak2 makan makanan di nursery, selagi boleh cuba buat utk Zulaikha.

Bak kata papa .. takpe la kita kontrol makan dia sekarang .. esok dah 2tahun nak bagi makan apa .. bagi la ..makan la smp dia besar. Kita nak jaga masa kecik ni ....

Ngantuk .. nyerrrrr

Semalam Zulaikha buat lagik ... adehhhhhh
sejam sekali dia bangun .. bukan nak shushu pun .. bangun nangis2 pastu tdo ..
pastu bangun balik sejam kemudian tdo balik ...
mmg cukup 7kali bangun ... start kul 11.30mlm .. 12.15mlm ... 1.40pg ... smp laaaa kul 5.30pg .. adoiiiiiiiiiii .. awat bambam ibu nie .. peyut lapoooo kot ..

kakak pulak sian tdo tanpa isap susu pun, ibu & papa penat ya amat kul 9.00mlm dah perambat anak2 masuk tdo ... kakak masa tue tak nak susu, soo smp pagi tak kasi susu .. nasib ok jerk. Main dia sorang2 atas katil, suruh garu badan la, muntot la, kaki la ... kena sergah terus tdo ...

adoyaiiiiiiiii nasib la dah Jemahat ...
Esok berkubang la kami 4beranak .... yehaaaaaaaaaaa
apa mau masak ini weekend ????? kang nak google .... buhsan dah makan kat luorrr tapiiiiiiiiii nak ajak papa pekena steamboat kat OU ... adakah papa nak layan ??????????? huhuhu

July 09, 2009

Bukan alasan untuk malas

Petang semalam masa dok snap2 gambar tue, sesambil tue tenggek nasi sepot setengah utk buat bubur Zulaikha. Sepot setengah apabila kembang menjadi bubur hanya boleh cukup utk 2hari sahaja stok bubur Zulaikha. Bila ibu nak pi kacau beras tengok2 gas habishh la pulak. Call tukang hantar gas depa takmoh dah hantar sbb dah Maghrib, hari ni baru boleh hantar.

Dalam otak ibu pk, takpe la .. Zulaikha makan nestum jerk la

pastu pk balik ... uwaaaaaaaaaaaaa sian si bambam ibu ... terus ibu masukkan semua beras dlm rice cooker, tawakkal jerk ...Kul 8.30mlm, ibu chck alhamdullilah jadik jugak bubur. Soooooo takde alasan untuk ibu malas pagi esok .. heheheeh
Pagi2 tadik kul 5.45pg, terus mengadap rice cooker sbb takut rice cooker ambik masa lama nak panaskan bubur. Ibu terus asingkan mana yang nak disimpan utk stok esok pastu rendam puree (ayam + brokoli) dlm air panas. Biar puree cair dulu baru ibu campur dalam bubur. Akhirnya sekejap jugak dalam 10min bubur zulaikha siapppppppppppp.

Bubur dalam rice cooker
Panaskan puree dlm air panas
Campur jugak dgn serbuk bilis kasi kembang sesama

Bila dah panaskan ...Rice cooker yang banyak berjasa ...
Acara menapis bubur.

Ni bekalan Zulaikha utk 2kali makan.
Bekpes kul 10pg & lunch kul 3.30ptg
Sooooooo kita ibu-ibu ni mmg takde alasan untuk MALAS, zaman dah serba canggih ... huhuhu.
a

Gambar kenangan & susu ...

Salam semua ... semalam adalah hari yang buat ibu muntah darah kat opis, seharian line tenet cam hampesss. Malam tadik try surfing kat umah pun serupaaaaaaaa .. kejap2 disconnected.

Semalam masa ibu dok layan Zulaikha makan beskut sementara tunggu papa balik nak dinner, ibu dok tengok jerk kaki, ibu jari & tangan Zulaikha .. dah makin susut badan dia. Walaupun masih nampak pejal & bambam .. bila ibu rasa dah kurang pejal sket isi dia.

Gambar dibawah adalah gambar kenang-kenangan utk ibu ... Zulaikha kan anak ibu yang bambam, lain dr kakak. Suffiya lain kelebihannya cepat menangkap, cepat belajar & serba-serbi cepat la tp kurus kering jerk... sooo ibu nak abadikan gambar bambam2 Zulaikha banyak2 .. boleh ibu tgk bila rindu-rinduan pada bambam ibu nie ...

Besarnya hikmah susu ibu kan....

bila org tanya zulaikha minum susu apa???
Dengan tersenyum ibu menjawab .. Zulaikha minum susu ibu dia jerk,tak campur pun susu FM

Berapa lama dia minum ???
Alhamdullilah sampai sekarang nak masuk 9bulan .... ibu jawab.
Masa anak sulung smp 1tahun 2bulan, berenti pun sebab pegnant.

bila di opis, ibu mengepam pabila ramai yang tengah bersolat

Ehhh dah lama yerk awak mengepam, masih banyak susu??
Ibu jawab .. insyaallah selagi saya rajin mengepam, tetap ada susu anak saya

Ehhhh banyaknya susu??? Anak berapa bulan ???
Anak nak masuk 9bulan, alhamdullilah kak .. susu banyak ni bergantung dgn apa yang saya makan.

Ehh baguskan sekarang mesin pun dah senang cucuk wayar jerk, takyah susah2 macam akak dulu .. kena pakai pump 'honk' hehehe
Tue la kak, skrg ni serba serbi moden, cuma kena korbankan sedikit duit jerk .. tapi tahan utk jangkamasa panjang

Ibu tahu ramai yang akan 'teringin' buat apa yang ibu tengah buat, seperti mana masa ibu bekerja di MIMOS dahulu (betul kawan-kawan ???? hehehe.. ramai kwn lama masih mengikuti blog Nieza) Nieza cuba kongsikan semua ilmu yang Nieza ada .. cuba tolong kawan2 yang ada masalah tapi Nieza bukan LC .. Nieza hanya boleh kongsikan ilmu yang pernah Nieza hadapi sahaja .. Mana yang baik datang dr Allah.. yang buruk dr Nieza.

Skrg ni, Nieza tengah consult kawan2 di opis ni tentang kelebihan BF & ramai yang tak segan2 tanya Nieza pasal BF, pasal PUMP, pasal nak handle EBM & anak2. Insyaallah Nieza cuba selagi mampu ...

*** Khas utk Wan Azlina di Penang, macammana ??? dah boleh bf anak & buat stock EBM ?? kalo ada apa2 masalah jgn segan2 sms Kak Nieza. Azlina adalah cikgu muda yang berada dipenang sedang cuba menyusukan anaknya yang ke-2 yang berusia 3bulan lebih. Moga2 semuanya dipermudahkan. Amin.


Ibu-ibu di nursery pun ramai yang tahu Zulaikha adalah anak ibu yang tanpa susu FM langsung. Sedikit sebanyak ibu nak suntikkan juga semangat utk mereka kerana ibu juga adalah 'ibu yang bekerja' & 'ibu juga adalah ibu yang mempunyai 2anak' & 'ibu juga nak tunjukkan tak mustahil bagi kita nak buat yang terbaik utk anak-anak kita'. Insyaallah ...susu ibu bukan semata2 utk mengelakkan kita membeli susu FM tapi cuba nak memberikan yang terbaik utk anak-anak kita. Ingatlah .. susu kita adalah rezeki anak kita, memang tanggungjawab kita membuat sehabis baik utk anak kita ... Insyaallah

Ok, tukar cerita .. melalut pulak ibu, dr bambam terus ke susu (kalo ckp pasal susu smp bila2 tak habis hehehe) Gambar anak bambam ibu ...



Tangan zulaikha, selalu jadik mangsa cium oleh jiran2 ..
kalo Zulaikha kuat memintak bila besar esok ... jgn mare ehhh
Kaki dari depan

Kaki belakang

Kaki belakang lagik ..

Bila Zulaikha dah besar mesti ibu windu dgn budak bambam ni, rasanya biar la dia tak besar2 .. nanti tak best bila takde baby kat rumah ... kalo Zulaikha besar ibu kena buat baby baru pulak ..hahahahah

July 07, 2009

5 senarai makanan yang mengelakkan ketegangan

Salam semua, ni 1st nota yang Nieza sharekan pada kawan2 apa yang Nieza belajar dalam kelas mengatasi tekanan dalam hidup tak kira tempat kerja, rumahtangga & aktiviti harian kita.

Jika kita mengelakkan stress, apa yang kita makan pun amat penting ... sooo ni ada 5 jenis makanan yang boleh kita elakkan dr tekanan.. mungkin orang tengok hanya la benda2 biasa .. tp mana kita tahu impaknya amat besar sekali dalam badan kita.

1. Carrot ( bentuk macam mata) mengelakkan rabun & katarak
Elok diambil 1 batang 1minggu
2. Tomato ( bentuk seperti bhgn dlm badan kita) Elok utk bahagian dalaman badan kita macam jantung, buah pinggang. Elok diambil 3biji 1minggu utk mengelakkan serangan jantung
3. Batang seleri (bentuk spt tulang badan kita)Elok utk tulang terutama tulang belakang. Tulang perlukan 23% sodium, hanya ada pada batang seleri sahaja.
Elok diambil 1 batang 1minggu
5. Avocado ( bentuk macam rahim perempuan) Untuk mengelakkan barah servick & rahim seumur hidup. Avocado seperti perempuan yang nak melahirkan anak, utk mengeluarkan buah perlukan 9 bulan. Elok diambil 1 biji 1minggu
6. Bendi : utk otak & memekatkan air mani & mengelakkan short memory.
Elok diambil 7biji 1minggu utk kekal seimbang.

Nota : Setiap yang dicipta ada kelebihannya ..cuma tinggal kita yang perlu mengkaji & mempraktikkannya.

Sarapan lorrr ...

Sarapan lorr (ekut stail Oli, Ya ampun Oli .. Nieza suka la baca .. lorrr ..lorrr ??? hehehe )

Sarapan apa ini pagi ??? Ibu buat nasi goreng merah ikan tenggiri belen semalam .. hahahah panjang nyer nama. Arini ada mood baik nak buat bekpes pukul 5.30pg dah mangun. Papa bangun2 jerk terus tegur .." wahh ada nasi goreng merah ???" ( papa mmg camtue, kalo warna merah jerk nasi goreng merah, warna putih nasi goreng cina .. nasib ibu tak suka buat nasi goreng kicap mesti dia cakap nasi goreng hitam ... hahahahah)
Nasi goreng yang kami kongsi sepinggan, papa mmg suka kami kongsi2 jerk .. ibu lagi la suka takyah basuh 2-3pinggan. Lebih berkat kot hahahah tp yang pastinya lepas papa makan 2-3suap baru ibu pulak start makan. Papa tak makan belen makanan ibu ... itu yang papa jaga dr dulu.
Ni mamat yang selalu kami share makan .. soo korang dah boleh agak .. kat mana Zulaikha boleh dapat pp & dagu & badan bambam ... hahaha.

Ni peneman kami makan ... dia tengah pooo pooo hahahahah