Jangan lupa drop by Kedai CD Nieza ...
My CD SHOP --> http://nieza-online-shop.blogspot.com/

PROMOSI PROMOSI PROMOSI utk penghujung SYAWAL... boleh mengugurkan jantung anda ...

5set poket CD dengan HARGA ISTIMEWA
5set CD AIO juga dengan HARGA ISTIMEWA

SMS atau YM untuk maklumat lanjut ......... juga boleh dibayar dengan cara ansuran .....

January 31, 2008

emmmmmmmmmm

Semalam aku mc, sbb kak sue nak balik kg uruskan hal tanah.. papa punya la bising cakap Raya Cino esok bukan takleh balik. Kebetulan papa training kat HP smp arini. Soooo ibu la kena bekorban...MC lorrrrrrr. Tp mmg kebetulan ibu kena periodpain soooo mmg ada alasan la hekkkkkkk kekekekek. Aku budget amik mc kat umah mak laaa... boleh tengok abah sekali, abah still mc, next monday br start kerja lepas sebulan mc. Rupanya doc ni ingat aku dok KD .. huhuhuhu dia cakap .. aikk jauhnya awak datang klinik sini ... kekekeke/ Tak pasal2 kena bohong sunat sbb jaga abah yang tak sehattttttttt .. uwakakakakakaak. Kul 11pg pi giant & abah... pastu balik mama order spagetty sbb lama dah aku tak masak spagetty. Suffiya mamam smp 2mangkuk .. mmg peberet diaaa la tue. Kul 4.00pm ktrg start balik. Suffiya masuk jerk highway terus lenaaa smp umahhh. Kul 5 ktrg dah golek2 depan tb tunggu papa balik bergolek sekaliii kekekekeke.
Esokkkkkkkk coti hari Wilayahhhhhhhhhhh .. yehaaaaaaaaaa .. best best best.
Papa ajak ibu dating esokkkkkkkk .. tengah pk nak pi mana .. tp papa mmg ajak pi tengok wayang cerita 'Cuci ' kalo tak pi tengok cerita afdlin mmg tak sah papa nie.. Ibu tengah pk ni mana lagik nak pi merendek .. dah la nak pi merempit dengan moto jerkkkkkkkkkk... Yehaaaaaaaaaaa. Suffiya awai2 lagik dah bgtahu k'sue kami ada hal ... tak coti jemahat tue ... kekekek.
Aktibiti hujung minggu nieeeeeeeee
Jumaat - Dating dgn papa (tengok wayang & window shopping kotttttttttt huhuhuhuhu)
Sabtu - House warming Aida(Gombak) & Besday Danish (Bukit Beruntung)
Ahad - petang2 pi taman atau swimming la kottttttt ... lama suffiya tak swimming ni.
Shedule coti2 malaysiaaaaaaa .. yang dah compom. 1st quater 2008
7,8,9,10 feb - Balik Perak & jalan2 penang ....
8, 9,10 mac - Corul Paradise, PD .... gathering dgn jiran2 (huhuhuhu dgn jiran sebelah umah pun nak pi gathering .. ekutkan ajerkk laaaa ...bak kata papa, sekali ni jerk kita ekut passni takyah pi dah .....kita pi sendiri 1family lagik best papa .... huhuhuhu )
17,18,19 may - Impiana, terengganu... Opis Family Day yehaaaaaaaaaaa.... jalan2 sambil makan-makan ... kekekekeek

January 29, 2008

Ilmu Ibarat Lampu

Kita pasti tertanya2, mengapa ada segelintir yang berpendidikan tinggi, tetapi akhlaknya tidak mencerminkan dia seorang yang berpelajaran? Mengapa ada orang yang hanya bersekolah setakat seadanya sahaja tetapi dia menunjukkan keperibadian yang luhur????

Sabda Rasullulah ....

"Perumpamaan orang yang berilmu di atas mukabumi ini ibarat bintang bergemerlapan yang terang benderang disisi gugusan bintang dan cakerawala yang lain yang menerangi kegelapan di daratan dan lautan. Apabila bintang itu tidak bergemerlapan hampir-hampir menyebabkan manusia tersesat dan tersasar daripada matlamatnya"

Ilmu untuk diamalkan dan dikongsi dgn orang lain yang memerlukan. Maka dengan itulah, orang yang berilmu (dan menghayati serta mengamalkan ilmunya) sangat dipandang tinggi, malah termasuk dalam kategori orang yang dipuji Allah.

Rujukan : Nur January 2008

Gambar ahad lepas ..

Aktiviti dirumah bila papa & suffiya perut dah kenyang ... Ibu jugak terkebil2 lipat baju sementara nak tunggu petang.. jalan2 pi taman ... sama pesyen jerk 2beranak ni tdo.. tdo depan tb.







Pastu petang ahad kalo takde agenda, papa akan bawak suffiya pi jalan2 kat Taman.
Ni gambar kami pi Taman Riadah kat Taman Tun .. Masa ni jumpe Ina Naim .. huhuhuhu, time ibu nak amik gambo.. dia paling sooo dapat gambar tecik .. muntot belakang jerk ... kekeekek











Dapat tengok kera .... ganas kera2 ni .... takut pulak tengok.



















January 28, 2008

Coti-coti Malaysia - Genting

Sabtu pagi ... papa ajak pi genting. Ibu pun dah kawtim.. syiokkk aaa lagikpun takde apa nak buat arini .. esok papa kena kerja .. sooo spendtime tuk suffiya. Punya la syiok nak pi jejalan .. sekali ibu chck2 camera takde .. tinggai opissss .. uwaaaaaaaa .. habisla ibu gini. Bila ibu cakap kat papa camera tinggal opis .. papa dah buat muka. Sorry la papa, ibu terbawak keluar dr handbag.. soo lepas ni ibu takmoh bawak camera pi opis lagik, takut jadik kes camni lagik. Ibu suggest papa bawak kita punya videocam.. ibu sanggup bawak walaupun berat, tp papa kata takyah la... pakai camera kat pda papa jerk laaaa.. fuhhhhhhhhh selamat. Nasib mood papa ok .. takut jugak kalo pasal camera, mood papa spoilt. Ktrg smp genting betul2 kul 2.00ptg. Tengahari lepas jalan2 kat indoor games + pastu naik rider ... perut dah lapoo. Sooo ktrg pi lunch kat pizza hut. Suffiya makan bekal dia... porridge + beskut tiger + orange sunkist. Lepas mamam jalan2 + lepak lagik kat tempat flying coster .. kali ni papa nak naik. Memang dengar kuat & jelas suara papa menjerit2 kekekekekek. Papa kata mmg gerun + kecut perut. Ibu dok layan suffiya yang dah bosang nak berjalan merata2.

















Pukul 6.30pm ktrg start nak balik tp suffiya mengamuk2 takmoh balik lagik.. soo papa layan lagik suffiya bertatih-tatih & main cak2. Bila dah 7.30 nak magrib baru ktrg bergerak masuk hotel tuk semayang maghrib. Lepas maghrib suffiya dah lapo soo ibu belikan wedges tuk mamam dia + ktrg lepak kat luar ... menikmati alam semulajadi yang sejuk beku tueeee.. suffiya pun suker. smp sejuk2 tangan + telinga. Masa ni baru la dia nak pakai tutup baju sejuk dia ... kekekekeek. Lepas main kabus salji ... time lepak kedai kopi yehaaaaaaaaaa .. papa apa lagik kalo jalan2 ni tak sah pekena starbuck + kek. Utk suffiya ibu orderkan rasberry cheese cake .. mmg sedappp.. suffiya pun suker. Papa kalo lepak starbuck asyik nak tenet kat pda dia laaaa .. apa lagik. Ibu yang keletihan termenung + suffiya yang kepenatan pun senyap jerkkk. Bila dah kul 10.00mlm .. suffiya dah berbunyi baru papa siap tenet ... ktrg pun bertolak balikkkkkkkkkkkkk . Smp umah kul 11.30mlm .. fuhhhhhhhhh penat seh.. esok papa dah order nak makan nasi lemak .. soo ibu kena bangun awal tanak nasi lemak.
















January 22, 2008

i'm moodyyyyyyyy today

Entah la kenapa pagi ni kepala aku bercelaru, masa driving pun tiba2 rasa sebakkkk .. sedihhhh ... entah la, tak tahu nak cakap macammana ??? Pengaruh emosi nak period ker??? tp awal lagik ... ker sbb tak puas hati kat papa ???? mungkin ada jugak .. sikit2 + banyak2 .. tp aku malas nak cakap banyak nanti dia cakap aku suker 'membebel' ... sooo skrg ni aku kurangkan perangai 'bebel' aku ... sooooo banyak bebel kat suffiya jerkkkk. adesssssssssssssssss awat tiba2 aku sebak, emosi aku terpengaruh sbb pasal kes Ila & Kak Sue kerr ??? aku jadik sebak... masa sama2 susah ... sama2 hadapi ... tp bila dah senang sket .. mulala lupa anak + bini + susah senang sama2. Entahhh la .. hidup ni mmg tak boleh nak jangkaaaaaa ... tp hidup perlu diteruskan. Nasib baik esok cuti .... boleh gak golek2 dgn suffiya .. Moga2 bila dah bergolek dgn suffiya, jiwa + perasaan aku tenteram sket .........


Isteri ....
Isteri yang dikasihi adalah wanita pilihan yang berani
Munghulurkan budi & pekerti dengan peribadi yang terpuji
Bertunas dari sanubari

Isteri yang ikhlas
Harapan dan impianmu menjejak tangga kerukunan
Membina mahligai kesetiaan
Tertahluk pada tingkah
Tumpas pada langkah yang goyah
Dalam lautan pancaroba diusik praduga yang merona

Isteri yang disanjung
Secngkir madu dan segelas racun
Manunggumu dilorong kehidupan
Menantimu menggoncang keadilan
Meletakkan kebenaran pada saluran takwa
Pada himpunan cekal
Bertakhta sedar dan Rela

Iateri yang cemerlang
Mengalirlah salju nan tenang
Untuk para suri budiman
Untuk mengorak langkah kesopanan
Memintal buih2 kejujuran
Yang bertemali dari hati & nurani
Meneguhkan iman yang sejati

Ketabahanmu dalam menepis godaan
Adalah kemuliaan yang paling murni
Bersemi bersama keluruhan yang sufi
Gigih mendaki tangga pelangi
Menjulang kesabaran yang tinggi


- Majalah Nur Dec 2007 -

January 21, 2008

Aktiviti hujung minggu

Sabtu ... 19 Jan 2008

Pagi sabtu suffiya dah bangun awal2 pagi lagik ... sooooo ada chance bekpes kat luar .. yehaaaaaaaaa. soooo ibu ajak papa bekpes kat Tang Ling. Ibu teringin nak makan mee kicap. Kul 7.30am dah kuar umah .. kul 8.00am dah smp & bersedia nak mamam mee kicappp. Suffiya la syiokk makan .. dia pun ibu suap makan mee kicap. Suffiya makan banyak dr ibu. Papa makan nasi lemak Tang Ling ... pastu lepas suffiya makan mee kicap ibu ... tinggal separuh jerk. Mana cukup soo papa suruh ibu order nasi goreng cina dagingggggggg .. fuhhhhhhhhh sodap. Lama tak bekpes makan makanan cina2 nie ...



Ni dia ... papa & suffiya tunggu nak mamam ....








Papa dah siap makan .. turn papa suap suffiya mamam pulak











Ni budak makan mee kicap ibu ..... sedappppppp ekk suffiya





Ekutkan planning hari Sabtu ktrg nak pi kenduri kawin kat Rawang & majlis Akikah Khalis Irfan (Hasmi & Azlin) lepas 2-2 majlsi tue baru nak pi sogo nak menyoping sket. Tup2 pagi2 tepon ma, ma dah buang kertas alamat yang kenduri kat Rawang tue.. sooo camcel last minit. So tinggal 2 agenda jerk. Jam br kul 11.30am .. Aqiqah Irfan kul 2.30br start sooo papa ajak ktrg menyopingggggggg dulu. Target ibu nak dapatkan suffiya baju dok umah, hadiah tuk besday Danish & nak carikkan gown sehelai tuk suffiya. Konon2 besday Danish nanti suffiya pakai gown. Sooo kul 12.30tgh ktrg dah on the way ke sogo, smp sogo mamam dulu sbb dah lunch hour, suffiya pun dah lapooo. Suffiya ibu suapkan waffle coklat & papa pulak mamam prosperity. ibu tukang seybuk & habiskan makanan papa & suffiya kekekek. Lepas dapatkan voucher sogo RM45.00 apa lagik ... ibu la tukang habiskan dengan beli baju suffiya. Masa ibu pi pilih baju suffiya, papa dgn suffiya pi tempat mainan ..... tp papa kata takde mainan yang best, papa belikan suffiya 'barney cup' skrg ni suffiya dah belajar minum susu ekut cawan ... skip terus padahal belum lagik belajar ekut straw.




Suffiya dgn gown yang ibu beli & cup barney .... peberet cartoon
Bila ibu dah habis shopping mopping .. papa nak pi semayang, tinggal la ibu & suffiya menetek kat baby room, sementara tunggu papa suffiya naiklah train nieeee .. suker sangat dok main picit2, geraknya tak ... pastu sesambil tue jeling jerkkk budak2 yang lain main papan gelongsorrr ... puas menjerit2 dok tegur kawan2. Takpe la suffiya, dapat kaki nanti ibu bawak main gelongsorrr .. punyala bulat mana tengok budak lain main ... awak tue jalan pun belum.
Suker sangat dapat naik train ....
Tengak syiokkk ni naik train
Start dah menggodekkkk ...
Menjerit2 nak joing kawan lain main gelongsor ...

tahap bohsan tunggu papa, godey tempat duit syiling
Kul 4.30ptg kami keluar dr Sogo terus pi kenduri Akikah Irfan, kul 6.00ptg balik dr umah Irfan terus pi Pasar malam pantai dalam. Ktrg berhujannnnn kekekeek, suker suffiya meredah ujan ribut tue.. yang basah lenjunibu sorang jerkkkkk... kul 7.30 papa rushing bawak keta laju dlm hujan lebat tue nak kejarkan maghrib. Memang ujan lebat giler smp umah kul 8.00mlm, cepat2 mandi + semayang. Kul 9.00 papa keluar pi main badminton. Ibu & suffiya apa lagik, sejuk2 & hujan2 ni apa lagik bentang toto .. tersadai 2 beranak depan tb. Kul 12 papa tak balik lagik, ibu apa lagik sambung balik aktiviti tengok DVD 'Bourne ultimated' ... DVD yang akhir sekali ...... papa pun tak layan lagik. Kul 2.00am ... ibu masuk tdoooooooooooooo

January 17, 2008

Dating 'Ikan Bakar'

Pagi tadik ibu & papa kuar awal sbb papa ada miting kat Panasonic sooo ktrg kuar kul 7.00am. Cik'sue pun baru bgtahu nak kena pi KLIA soo ibu kena siapkan baju lawoo suffiya sbb kena bawak dia pi KLIA. Mula2 ibu macam tak nak kerja & nak jaga suffiya, tp ibu pk2 bila lagik nak percayakan org, takkan tiapkali cik'sue ada hal ibu kena cuti. sooo dengan senang hati ibu packkan baju2 suffiya tuk cik'sue pakaikan.

Lunch tadik papa ajak dating, ingatkan nak pi pekena nasi ayam kampung sekali tup2 tukar pkrn pi makan ikan bakar belakang istana la. Lama dah tak dating dgn papa.. sesekali syiokkk jugak kekekeek. Ktrg makan ikan keli bakar 2ekor + sotong bakar seketui + terubuk bakar seketui pastu sayurrr kerabu daun seylon. Lepas lunch dgn papa, ibu hantar papa balik opis pastu ibu balik terus opis.

January 16, 2008

Suffiya 11 bulann ...

Alhamdullilah hari ni suffiya dah genab 11 bulan ... sekejap jerk masa berlalu, bulan depan suffiya dah setahun... still takde planning tuk besday party suffiya. Yang cfmnya cuti CNY nanti akan balik Perak, jumpe atuk & wan kat sana dan mungkin jugak akan celeb la sebijik kek kat sana. Ekutkan aku ada planning nak tempah cupcakes dari 'Lynn hassan' tp papa cakap, mommy dia pandai buat cupcakes sooo aku pun cancel laaa.. pastu pk2 balik nanti kat Penang carik jerk la eskem kek.. lain dr yang lain. Ekutkan planning balik Perak kali ni, papa nak bawak jalan2 penang..Insyaallah kalo ada masa terluang. Nak ajak gak atuk & wan & pak sue amar pi jalan2 sekali. Aku tak kisah janji dapat pi holidayyyyyyy yehaaaaaaaaa. Cuti 4hari kalo dok umah pun mau berasap muntot kekekeek. Pastu bila balik KL .. next saturday 16Feb boleh laa buat besday party suffiya kat umah ma, ekutkan kepala otak aku ni .. nak buat stail2 bbq jerkk la .. senang ..pastu kek sebijik cukupla ... adik beradik aku tak ramai sgt. Sara & abg entah ada entah tak sbb k'shidah berpantang kat terengganu. Kurenggg dah meriah sbb sara takde....

Ahad lepas masa borak2 dgn papa cerita pasal 2nd baby & holiday .. pastu papa cakap, this time papa suruh ibu cuba deliver kat Hospital Sg.Buloh jerk. Kalo ibu deliver hospital murah2 banyak save duit & nanti papa bawak pi holiday jauh sket .. adusssssssss terdiam aku ... aku jawab .. Takuttttttttt laaaa ... dah la bersalin ni mempertaruhkan nyawaaaaaaaaa .. seriauuu sebenarnya aku, dah la kalo boleh time ni nak try normal. last2 aku cakap .. nanti la ibu pkkan .. pastu bincang dgn ma. Memang best pi holidayyy .. betul jugak cakap papa .. kalo duit abis kat sepital jerk, tak dapat la nak jalan jauh sket. emmmmmmmmmm feningggggggggg ... tunggu la ibu pk habis-habisan bila dah preggy 2nd baby.

Kay la .. nak update 'akal suffiya' sejak dah umur 11bulan ni ...

* Dah expert merangkak dah .. takde dah jadik askar terap
* Dah expert susur dinding, kalo malas merangkak, susur dinding jerk
* Pantang ada menda yg boleh bergerak, habis dia tolak 1rumah.
* Pantang ada tempat berpaut mmg dia lepas tangan, bahu & kepala ibu la jadik mangsa.
* kalo dia geram, habis dia cepuk org tue, papa dah kena tunbuk dah, pecah bibir papa.
* suffiya garang orgnya, jangan la sakat2 dia.. mmg dia cepuk + tarik rambut
*Mlm2 kalo ibu purak2 tdo, suffiya tarik rambut ibu, kalo ibu nyorok kepala bawah bantal, habis bantal dia tarik, selagi dapat rambut ibu mmg dia tarik sekuat hati .. uwaaaaaaaaa sakit
* kalo kuar lagu Spa Q .. siap la mmg berjoget2 dgn perut (nanti try rakam guna dgcam)
* kalo nak tdo, suffiya akan gosok mata + telinga ....
* sekarang ni papa dia panggil abah
* Ibu dia panggil maaaaaaaaa ... maaaaaaaaaa
* Skrg suffiya dah bertatih 2-3 langkah, tunggu masa nak jalan jerk
* Suker sangat senyum cepetkan mata ..... macam perli ibu jerkkkk .. kekekeke
* Gigi sebatang pun tak tumbuhhhhhhh lagik.... ibu panggil ... nenek tue .. kekekek

January 14, 2008

Angin baru .....

Arini dok workstation baru, kalo ekutkan tempat baru ni lagik best .. relax .. takde tension kerja .. tpppppppp yang tension nyer ... 1bilik dengan bosss .. adehhhhh feninggggg la nak buat2 baik dgn bos ni ... Aku ni jenis yang malas nak amik port, soo dok diam2 + buat bodoh jerk. Pg2 tadik bila masuk opis takde sapa pun ada dalam bilik ni, bos aku mai & say sorry pada aku. Aku pun senyum jerk laaa ... cakap takpe laa. Bos cakap disebabkan nak monitor minah tue mmg no choice kena panggil aku jugak turun sbb aku buat kerja yg sama dengan minah tue. As long bos tak carik salah aku, aku tak kisah dok mana2 pun ... jangan buat taik dgn aku dah laaaaa ... pastu abg sahar pun pulangkan borang kaunseling akuuuuuuu .. fuhhhhhhhhhhh ... legaaaa hati aku .. soo takde lagik la rekod buruk aku kat opis nie ...


Kay la .. nak upload gambar Farah Aisyati bt Muhammad Illaham



Akhirnya dapat jugak ambik gambar suffiya sambil menetekkkkkkk .... kekeekek.


Nasi Ayam tak sedap ... uwaaaaaaaaaaa

Arini pagi2 lagik papa dah req masak nasi ayam .. sooo pagi2 lagik papa dah men'geteh kat kedai mamak sesambil beli barang basah ... rajinn sungguh papa pi pasooo ekkkk, padahal ada makna rajinnya tue ... gi melepakkkkk .... nasib la mood ibu ok ...soo ibu siap2kan kerja rumah semua. Kul 10am papa balik suffiya pun bangun, ibu apa lagik start berkungfuu la kat dapur terus rebus ayam + tenggek nasi ayam. Papa apa lagik settalkan suffiya laa kerjanya. Siap jerk papa mandikan suffiya, ibu pun siap dah masak nasi ayam + sup ayam.. soo suffiya mamam dulu. Kul 11 semua dah settal .. papa bawak suffiya pi jalan2 kat bawah sesambil tue ibu menggoreng ayam. Kali ni ibu buat 2jenis ayam .. 1 ayam hitam + manis (cam kat kedai) 1 ayam rempah. Kul 12.30tgh semua dah siap .. tepon papa suh naik & makan lunch. Kali ni masakan ibu tak kena selera papa, papa kata tak sedapppppppppp .. uwaaaaaaaaaaaaaa ... papa kata nasi ayam dah ok, sup tak ok ... ayam hitam+ manis tue ok .. ayam rempah tak sesuai .. yang paling tak ok ... sambal licap ibuuuuuuu .. uwaaaaaaaa. papa makan sket jerk .. ibu yang makan banyak, takpe la kalo tak sedap .. nanti ibu carik resepi lain. resepi yg ibu ada ni mmg tak sedappppp, buat 2kali pun still tak masyuk tekak papa ....
Tghari & petang adalah acara 'bergurau senda' muahahahaah. Suffiya pulak tdoo dari kul 1.30ptg kekekekekk. Ktrg pun joing tdoo sekali smp kul 5ptg. Ekut plan nak bawak suffiya pi Taman Tasik Perdana tp sbbkan dah kul 5lebih .. tak jadik la .. pastu papa cakap pi pasar malam Tmn Tun laaa ... tp ibu cam berat hati ... malas pun ader bila pk baju2 kerja tak gosok lagik .. sooo melepak kat umah jerkkkkkkk. Papa balik surau kul 9.30mlm sooo turn papa layan suffiya, ibu start la buat kerja .. menggosok baju .. siapkan barang2 suffiya tuk esok & kemas umah. Kul 12.00 .. ktrg dah belayarrrrrrrrr ..
Ayam hitam + manis
  1. Ayam 4-5 ketui
  2. Tumbuk 3 ulas bawang kecik + 2 ulas bawang putih
  3. Sedikit kicap pekat + sedikit kicap manis + sedikit sos tiram
  4. Gaul rata semua bahan ... perap selama sejam baru boleh goreng.
Ayam berempah jintan
  1. Ayam 4-5 ketui
  2. Tumbuk bawang kecik 5ulas + bawang putih 2ulas + halia 1inci + sesudu jintan manis
  3. Sedikit garam + serbuk kunyit
  4. Gaul semua bahan jadi sebati + peram selama sejam
  5. Gorenggggggggg hingga garing

Sabtu punya cerita ....

Sabtu punya ceritaaaa ... hari ni papa req masak 'dalca daging'. Sooo pagi2 papa dah pi pasar beli barang basah soooo bila papa balik, start la ibu berkungfu kat dapur tp barang still tak cukup. Kacang panjang tarak .. soo kureng kick laaaa. Bila ibu start berkungfu kat dapur, papa pun start berkungfu dengan suffiya, kasi makan & kasi mandi. Ibu dah buat siap2 bubur nasi + sup sayur suffiya. Kul 12.30tgh dah siap masak semua .. sooo papa pun dah siap suap suffiya mamam. Ibu pun lupaaa.. patutnya kalo buat dalca daging ni, lawannya nasi minyak ker .. nasi merjerin kerrr .. ibu lupa sangat2 .. dah papa sebut nak nasi putih jerk ... ibu pun tenggek terus atas dapur, takde plak pk2 nak masak nasi lain. Pastu 1 lagik masakan papa req 'kentang wedges' resepi ni, ibu main hentam jerk .. ala2 ada rasa cam wedges kat KFC kira jadik laaaaa ... Nasib la sedappppppppp .. sooooo papa bagi 5star untuk ibu punya dalca ... setiap kali suap, tak habis2 papa cakap .. sedappppp .. sedapppp .. sedapppp ibu ... ni la isteri papa sedap masak ... sengihhhh jerkkk ibu ... senang hati tengok papa makan banyak. Wedges pun papa cakap sedappp .... menjadik la hasil masakan ibu.

Petang dalam kul 5.00ptg pi Happy Besday Mysara, disebabkan last minit jemputs, ibu tak beli apa2 pun hadiah besday tuk Mysara, suffiya pun dapat hadiah masa besday party ni, suffiya kena gigit dgn Marina kat kening .. adehhhhhhhh sian anak ibu. masa tue ibu tengah tolong cuci2 pinggan kat luar, tinggalkan suffiya kat Cik Sue .. tak sangka pulak smp kena gigit. Naik umah kul 7.00mlm .. suffiya terus nak nenen pastu terus tdoo .. kejut2 tak kasi tdo magrib pun taknak celik mata ... kul 8.30mlm br celik mata ... uwaaaaaaaaaaaaaaa kul 1.00pg baru nak tdoo balik. Kul 10.30pm malam papa lapar ... req lagik wedges yang ibu buat siang tadik, disebabkan ibu buat terkocoh2 dgn suffiya nak nenen + tdoo ... soo papa kata wedges tue kureng kick sbb tak perap lama .. soo ibu la yang tukang habiskan. Maknanya nak bagi lagik sedap kena perap lama sket sebih kurang 30min sblm goreng. Kul 1.30am ... ibu dah masuk tdo .. papa tdo kat luar layan bolaaaa ...

Resepi Wedges crispy ...

* Kentang 4-5 bijik .. potong bentuk wedges + basuh bersih
* Gaulkan kentang + garam + aji sket (kalo anak yang makan jangan letak aji) + rempah kari + tepung beras
* Perapkan selama 30min ... sambil tue panaskan minyak.
* Masa goreng tue tutup kuali supaya kentang masak dibahagian dalam ...

Cuba la .. sodapppp

January 11, 2008

Aku kena campakkkkkkkkkkk ....

Akhirnyaaa ... apa yang aku jangkakan telah berlaku, disebabkan kerja2 aku terbengkalai & aku tak buat pun kerja2 aku .. akhirnya pagi tadik 'bos' aku kena bambu dengan CEO sbbnya 1unit notebook yang rosak di MIMOS Bhd tersangat la lambatnyaaaaaaaa teknikal nak datang tukar motherboard rosakkkkk .. soooo boleh agak2la kan cemana 'bos' aku punya muka lepas kena bambu dengan CEO .. dah la dia ONLEAVE .. uwaaaaaaaaaaaaaaaa .. pest time aku kena masuk mengadap diaaaa ... kena isi 'kaunseling letter' sekali youuuuuuuuuu ...

Aku tak tahu la aku suker atau tak, sbb aku kena tukar dok kat bawah .. job scope still sama cuma skrg ni aku duduk betul2 mengadap bosssssss akuuuuu (uwaaaaaaaaaaaaa tak bleh nak pi mengepam & lepaking kat surauuuuuuuuuuuu uwaaaaaaaaaaaaaaaaa)

Actually aku & minah tue kena mengadap bos, aku admit tue kerja aku & salahhhhh aku ... sooo aku diam jerk la bila bos dah maki2 ... tue la job scope tak kasi betul2 kat aku, padahal aku baru take ober kerja ni 2bulan.. Actually minah tue pun salahhhh.. apa dia buat sebelum ni, patutnya dia dah buat coordination 2tahun .. takkan tak paham2 kerja nak buat cemana, aku yang baru tukar kerja 2bulan kena coop semua kerja2 yang dia dah biasa buat 2tahun. Aku rasa tadik aku jadik mangsa keadaan sbb aku buat menda yang sama ... takkan bos nak salahkan dia sorang, aku kena la sekali jugak kannn .. Lepas kena maki dgn bos .. lepas isi borang kaunseling ..bos aku cakap ... cukup 3kali isi borang ni .... kena tendang la dr company (dlm hati aku .. bagus la jugak .. boleh jaga suffiya ..muhahahahahah) padahal aku dah sup sup start nangis dah .. tp still kontrol suara lagik. Bila bos aku dah blah .. ktrg dah sain borang kaunseling bila nak kuar .. supervisor aku ejal panggil aku sorang ...

Ejal slowtalk dgn aku .. dia mintak maap, dia tahu aku jadik mangsa keadaan.. sebenrnya derang nak marah minah nie ... tp tersangkut dgn aku jugak, soo ejal cakap borang kaunseling aku nanti dia discuss balik dgn bos. Ejal cakap dia tahu aku buat semua assgnment dia, tak pernah lewat buat assgment .. dia tahu aku berjaya buat semua kerja yg dia bagi. Aku dah menangis beria2 dah, aku ingat takde sapa nampak yg selama ni semua kerja beressssssss aku buat. Ejal cakap tak patut aku kena marah .. tp sbb bos dah naik hangin semua kena. Pastu aku pun apa lagik, mintak maap la kat ejal sbb selama 2minggu ni aku tak buat kerja apa pung.. ejal perasan yg aku jadik diam jerk... tak borak2 dgn dia .. tak cerita pasal kerja. Aku luahkan perasaan kat ejal yg aku tak boleh nak kerja dgn minah nie .. aku luahkan semuaaaa sesambil hingus pun kuar laaaa kekekekeek ... aku pun cakap aku sedih sgt .. aku sayang sgt tempat aku nie 'port main tenet line paling clear' .. tiba2 ejal naik terus cakap .. nieza & minah ... kamu pack barang .. turun bawah .. mula hari ni kamu berdua duduk kat bawahhhhhhh ... aku terasa macam kena 'campak' jerk, semua benda aku buat elok2 .. tiba2 rasa macam kena campakkk ... sapa tak sedih ... 3tahun aku kat sini .. dengan ejal yang jadik bos kecik akuuuuuuuuu ... mmg best. Start minah nie naik jerkkk.. haru biru ktrg kat atas nie .. sooo aku luahkan kat ejal, skrg ni aku dah rasa apa yg mar rasa .. sbb tue mar takmoh buat kerja ni... soo aku yang take oberr soo aku yang rasa. Aku luahkan semua pasal kerja ahad lepas yang membuatkan aku terus keras hati takmoh buat apa2 kerja pun yang melibatkan minah .. and noww br ejal paham. Soo skrg ni, bila aku report kat bawah, aku akan report kat abg sahar .. dan abg sahar aware yg aku tak mmg tak boleh kerja dgn minah nieee ... soooo aku nak dok jauh2 sket dr dia, kalo bleh dengar suara dia pun aku tak nakkk .... sedih sebenarnya nak tukar department aku nie .. sbb aku sayang sgt .. yang penting bestaaaa boleh mengulorrrrrrrr kekekeek. Ejal janji kat aku, ejal cakap aku turun 2-3bulan jerk, nanti dia try ambik balik aku naik atasssssss ..... uwaaaaaaaaaaaaa ...
Skrg ni aku tengah pack semua barang2 nak turun bawah, yg minah ni tak reti2 nak turun sendiri ker.. seybuk nak tunggu akuuuuuuuu .... nanti la aku sambung balik blog akuuu ...
Sebelum balik aku sms papa, ajak papa kuar jalan2 mengubati hati yang luka laraa .. nasib la papa paham .. papa ajak pi jalan2 kat OU .. makan kat waffle ... sesambil tue pekena donut Apple Tree .. tak sesedap macam Jcoo .. sooo aku still vote tuk Jco jugak. Lepas jalan2 cuci mata, niat dihati nak carikkan suffiya toys baru & nak carik swim suit ... tp takde yang berkenan .. lepas dinner kat The waffle ... ktrg pi Tesco pulak, carik barang rumah .. Dalam kul 12.30am smp umah, berehat ..pastu titonnnnnnnn

Selamat Tahun Baru Hijrah ...

Selamat Tahun Baru Hijrah .. semoga apa yang daku impikan untuk tahun ini akan tercapai .. chewahhhhhhh .. yang 1st sekali ... tahun baru ni azam baru nak tambah anak sorang lagik ... Aminnnnnnnn .. Insyaallah .... moga2 rezeki daku diberkati & dimurahkan rezeki yang melimpah ruah ..

Semalam punya ceritaaaa ...semalam balik puncak alam pi mengurut badan & nak chck rahim & mintak makcik bidan tue urut sekali urat2 tetek ... kasi susu jalan lancar. Dalam kul 4.30ptg ktrg bertolak balik, singgah umah abang nak tengak baby baru ... suffiya sayang sungguh kat baby baru ... asyik nak chium jerkkk ... smp takut aku nak kasi suffiya dekat. Nama baby baru 'Farah Aisyati' maksudnya semalam abang cakap ... 'kesabaran apatah' ... gambar dah ambik tp dgcam tak bawak pulakkk .... nanti aku upload gambar bb baru ... Aisyati ni nampak kurus jerk dari Sara .... kalo Sara aritue ... dah nampak kembung2 kat pp dia ...

January 09, 2008

Still bluessssss .. swingggggggggg

Adehhhh .. dah 2minggu masuk tahun baru, mood aku still swing & blues .. uwaaaaaa bila la nak habis niee sakit hati kat minah niee .. buat spoil tahun baru jerkkkk ... niat dihati tahun baru .. azam baru ... mood baru nak buat kerjaaa ... uwaaaaaaaaaaaaaaa aku tak boleh la nak pandang muka dia ... tak tahu kerrr aku sakit hati kat ngko dah 2mingguuuuuuu .. tensennnnnnn ...


Kerja2 yg bos kasi pung aku buat bodo .. buat tak tahu .. lantak kat situ .. aku malas nak usik .. buat muka toyaaa jerkkkk .. ari2 membilang waktu nak balik jerkkkkk ... mmg 1 hampeh pun aku tak buat .... lantak kat situuuuuuuu .. selagi mood aku tak ok selagi tue ... aku takkan buat apa punggggg ............. dah la projek kat KT, Penang & pahang dah start ... tak kosa aku nak pi miting kat KT ..... lantak laaa ... aku still sakit hati .. entah bila boleh reda sbb muka minah tue betul2 depan hidungggggggggg akuuuu ... tp aku rasa ejal tahu aku tengah benggang .. tengah sakit hati ... tengah malas nak buat kerja .. sbb aku tak cakap pun dgn dia ... tak update pun kerja2 akuuuuu ..... Lantak !!! Suh la minah tue pi miting semuaaa ... aku nak jadik kerani cabuk .. malas nak ambik tahu hal2 besar .. biar minah tue handle semuaaaaa ... anggap jerk la aku tak wujud kat opis nieeeee ... Minah ni spoil segala2nya ... cemana la dia boleh naik tingkat atasssss .... aku bosan sungguh dgn diaaaaaaaaaaaaa .. Tolonggggggg laaaaaa


Wehhhhhhhhhhhhhh .. ko mmg buat spoil mood aku ko tahu takkkkkkkkkkk ......... jangan la pandai nak mengulorrr jerkkkkkkkkkkk .. kerja2 semua tak tahu nak buat ... sekarang ni aku nak balas balik ...... ko buat kerja sorang2 ... tak koser akuuuuuuuuuuuu



uwaaaaaaaaa aku nak carik kerja lain pasal minah ni ... mmg tak worth'it ... tpppp menyampah tahap gaban dgn diaaaaaa .......

January 07, 2008

Ahad punya cerita ...

Disebabkan semalam dah pi jalan2 makan angin .. perabih duit (ibu dah kopak uwaaaaaaaa) arini time mengemas umah. Arini papa order menu 'Siakap sweet & sour + kangkung goreng belacan .. menu tuk suffiya + ibu .. masak lemak lobak putih. Ateh request buat sambal macam semalam tp cili api dah habis soooo nanti2 kak lang masak umah ma la ekkkk ateh. Sesambil memasak papa la layan suffiya .. kasi mandi .. kasi main .. kasi mamam ....









Lepas makan tengahari apa lagikkkkkkk ... papa + suffiya + ateh melayan mata laaa .. ibu ambik kesempatan tengok DVD 'Bourne .. apatah lupoooo tajuknya' tup2 tengok jam dah kul 5, kejut papa ... ajak turun bawah ... ronda2 naik motooooo ....

Sekali malam dalam kul 10.00mlm suffiya mengamuk carikkk abahhhhhhhh .. abahhhhhhh.. ahh sudah ..papa dah la pi surau ada maal hijrah tak balik2 ..... smp 10.30 la dia menangis smp kuar anak tekak ... adehhhhhhhh .. pening ibu. last2 ateh ambik dari ibu ... suffiya main2 dgn ateh tp masih sedu sedan .. last2 ibu bancuh nestum 3scoop suap dia makan ... rasanya dia tak lapoo tp entah la.. laju jerk suffiya mamam .... bila papa balik terus melekap kat papa ... adehhhhhhhh .... anak papa nieeeeeeee ... ibu terus naik katil laaa ... dok la korang 2 beranak ... ibu nak titonnnnn

Sabtu punyer cerita ...

Banyak menda nak buat kalo cuti weekend .. salah satunyaaa bawak suffiya jalan2 makan anginnnnnn yehaaaaaaaaa .. ibu suker .. ibu sukerr .... kekekekek. Soo masa malam jemahat tue, papa tanya ibu weekend ni nak buat aper?? soo ibu pun cakap Sabtu pg nak pi hytex nak carik baju suffiya .. pastu pi sepital .. pastu pi la jalan mana2 tp cannot pi swimming sbb suffiya still fluee ... papa kata .. ok laaa .. Sooo pagi2 sabtu, ibu dah siapkan bekpes cepat2 buat roti telur jerk pung.. pastu kejut papa bangun makan .. mandi semua .. baru bangunkan suffiya terus pi hytex ... sekali smp sana hampehhh .. tarak yg berkenan + ibu balik lenggang kangkonggggggg sooo selamat la jugak duit kekekeek.

Menu lunch tengahari tue, ibu masak ikan tenggiri goreng + sambal masak ... bayam tumis air + sup sayur utk suffiya ... last sekali sambal tempoyak ... papa kata sambal ibu kurenggg manis .. takpe laaa .. janji licinnnnnnnn .... kekekeke. Lepas makan terus pi sepital tengok atuk + baby baruuuuuu .. yehaaaaaaaa k'shidah dah bersalin baby gegirl .. tp takleh nak tengok sangat sbb punya la ramai kawan abg kat SMC sooo takpe la .. balik umah ma boleh chiummmm puas2 ...

Ni kerja suffiya kalo kat sepital, asyik nak duduk atas katil atuk.. nasib la atuk dah baik ...



suffiya skrg ni anak papa .... ibu relax jerk biar papa layan .. kekekek

Lepas balik dari sepital .. papa tanya kita nak merendek kat mana??? ibu teringat voucher parkson papa still tak guna lagik takut lupaa .. sooo ibu decide nak pi parkson subang jaya tp papa kata kita pi parkson sunway piramid la boleh mkn donut Jco .... uwaaaaaaaaa bestnyaaa .. lama nak rasa donut ni .. ingatkan kat pavillion jerk ader .. best best best ... kekekek. Masa ibu seybuk pilih kasut kat Vincci ..... suffiya dgn papa dah hilang ... gasakla .. Ibu & mak yong pilih2 kasut sbb vincci buat sales ...... rupa2nya suffiya ada projek kat luar .. dok menolak stroller ... adehhhhhhhhh .. macam2 peel la anak ibu nie .. takmoh dok dalam stroller .. nak tolak jerk .. abis semua org tengok + gelak .. ada yg smp ambik gambooo kekekekeek. Terkedek2 nak jalan dengan takde kasutnya ... kekeke



Ni kotak Donut jco ... 1 dozen
Dalam kereta jerk dah ngappp ... smp umah tinggal 7 ketui jerk lagik. Sedappppppp


Aktiviti suffiya kat sunway piramid .... Suffiya nak dapat kaki dah kott







Seharian berjalan & makan2 ... dinner ibu belasah prosperity .. ini la hasil susu ibuuuuuuu .. yehaaaaaaaaaaa 12oz ... alhamdullilah .. banyak lagik rezeki suffiya ...


January 04, 2008

Peninggggggg ... Duit ker anak ????

Peninggggggggggggggggg .. Duit ker anak ????


Semalam masa on the way pi hospital, aku ada borak2 dgn papa .. aku cakap .. jelesnya tengok mak2 budak antar anak derang pi nursery .. comel jerkkk .. antar pagi2 .. pastu jemput balik sekolah ... sekali papa kuar statement .. haaa ibu bila lagik nak berenti kerja ???? jaga anak ?? Takde la seybuk bising penat laa .. risau anak tak makan laaa ... tak larat buat kerja laaa ??? Adehhhhhhh kena tembak sekali fuhhhhhhhhhhhhh .... baru jerk nak try discuss2 dgn papa nak try apply kerja kat Giant belakang umah tp bhgn IT laa .. kalo dapat pun kira dekat la dgn rumah. hemmmmmmmmm peningggggggg pk ... duit ker anak ?? tp utang cc ada lagik .. bila nak habis nieeee .. selagi tak habis .. pening nak berenti ker tak ... kalo setakat duit insuran papa boleh cober lagik .. tp kalo utang cc .. aku tak smp hati nak suh dia coberkan. Niat dihati bila dapat 2nd baby .. mmg nak berenti kerja .. tp mama mmg tak kasi berenti .. peningggggnyaaa .... pk anak lagik .. risau tak sudah2 .... adehhhhhhhhhh .. penat la pk .. tunggu la bila dapat 2nd baby .. baru nak buat keputusan yang betul ... berenti ker jaga anak ???? papa kalo nak kerja giant cemana ????????? ok tak ?????????



pagi tadik papa yang hantar suffiya pi umah cik'sue .... soooo aku pun nak cium dia sebelum pi kerjaaa ... alahaiii siannya anak ibu .. kalo ibu dok umah takde la suffiya camnie ekkkkkk ???? uwaaaaaaaaaaaaaa sedihnya nak tinggalkan dia pagi tadikkkkkkk. tp kalo ibu tak kerja susah pulak nak belikan suffiya menan kerrrr baju kerrr yang ibu sukerrr .... uwaaaaaaaaaaaaaaaaa

Abah dah selamat operation

Alhamdullilah semalam abah selamat menjalani minor operation, buang nanah2 dalam paru2. Abah kena radang paru2. Soo semalam alhamdullilah masa aku smp sepital abah tengah semayang Isyak atas katil. Kakak aku cakap sebelum ktrg smp, doc dah bawak keluar 2kantung besar isi nanah, skrg ni proses tukar darah. Hopefully after this, abah akan sehat sepenuhnya.. aminnnnnn




Abah still mamai..mamai lagik sbb bila terasa sakit, abah terus picit morfin yang ada kat tangan kiri. Abah kena bedah kat rusuk kiri... kira2 kat bawah ketiak laaa



Proses tukar darah ...

Ni mesin apa entah .. lupa nak tanya nurse semalam


kak'de yang sentiasa mengurut abah ..
malam tadik k'de tdo sepital .. temankan abah & mama


My SIL yang tengah suap Sara mamam .... my broo yang asyik nak chiumm suffiya ..
suffiya biasa la asyik melepek kat uwan jerkkk, nasib kak long sara mood ok kalo idokkk jelesssssssss .. takpe la next week uwan dah dapat cucu baru pulak.
My SIL tue tengah tunggu nak meletupsss.

My Sis yang dah kepenatan 1hari bertunggu kat sepital .. My lil'bro dokong suffiya .. My husband biasa la dia org sakit2 sokmo nak buat2 lawakkkk ..... asyik kena jeling jerkk dgn haku muahahahahahaha ... nasib la dapat isteri pembengis ...




January 03, 2008

Berat badan suffiya



Ramai noo yang complain cakap suffiya alahai tecikknya .. compare to ibu & papa yang boleh tahan besar gedang kekekeek. Ramai yang tertipu dengan gambar suffiya .. dalam gambar nampak besar jerk .. bila jumpe .. semua cakap ... Alahai kecik nyer ?? Apsal kecik ??? Tak cukup makan ker ??? Soo far nieza selalu senyum jerkkk ... biar la dia kecik nanti lama2 dia besar laa .. tp Nieza tak kisah .. alangkan yang tecik besar ni pun tak daya den nak menggangkatnyaaa .. Kussss semangat ..
Ni kronologi berat suffiya yang kecik molek tueee ..
tp urat besi ... kekeekek

Born - 2.35kg
1 month - 3.7kg
2 month - 4.5kg
3 month - 5.1kg
4 month - 5.5kg
5 month - 5.8kg
6 month - 6.3kg
7 month - 6.65kg
8 month - 6.5kg
9 month - 6.7kg
10month - 7.0kg
11 month - 7.75kg

Soo far selalu kalo jumpe Doc Chua .. suffiya selalu kat line putih jerkk .. average naik berat paling banyak pun 500gram. Ok la tue ekkk .. dari tak naik langsung. Nieza tak risau langsung sbb Suffiya ni fully bf sooo apa yang nieza nak risau, semua vitamin complete dalam susu yang nieza bagi kat dia .. yeyeayyyyyyyy .. takyah guna susu FM. Salah satu kebanggaan Nieza smp hari ini. Suffiya fully bf until nowwwwww .. nooooooo FM until nowwww .. Alhamdullilah.


Hopefully by Suffiya 1 year dapat cecah 8kg ... yeyayyyyyyyyy. Aminn

Abah still kat hospital


Actually abah dah masuk hospital seminggu sebab kena pneomenia. Hari ini abah menjalani 1 operation kat tulang rusuk belakang nak keluar nanah yang jadik kuman kat paru2. Sebelum ni abah dah kena tebuk kat tulang belakang dah keluarkan 6botol darah kuman yang nak bernanah. Ingatkan lepas proses tebuk tue abah dah pulih sepenuhnya, tp lepas tue abah kerap demam malam2. Ktrg ingatkan demam biasa, rupanya ada lagik nanah tertinggal kat paru2. Soo pagi ni ada kena operate.


Makin lama aku nengok abah, makin sedih pulak rasa sbb dah nampak sgt abah dah tua .. nak2 bila dah takde gg kat bahagian depan. kekekekeek. Hopefully abah sehat cepat. Aminn






suffiya makan limau .. kena alas dengan paper .. kalo tak lenjunn tilam wan . Uwan pun dah seminggu berkampung kat sepital









Abah tengah demam pun still nak layan suffiya makan.


Suffiya selsema & batuk


Semalam suffiya dah start selsema yang teruk. Sempena tahun baru dapatla sakit baru .. kekeke. Soo ni picture suffiya berlemuh dengan hinguss, nasib batuk dah kurang. Gambar ni diambil masa sebelum pi Klinik Pakar Kanak2 Chua. Suffiya tengah tahap boring sbb kena tunggu papa balik dari surau. Aritue baru jerk papa cakap dah lama tak pi klinik, tup tup suffiya selsema, apa lagik ni la masanya nak lepaskan rindu kat Doc Chua. Next time Nieza kena ambik picture Doc Chua dengan suffiya la sbb suffiya mmg suker doc Chua.


Suffiya mmg suker senyum cepetkan mata ... kekek





Akal baru sempena selsema .. suker julur lidah sbb napas ekut molot ...

Kesayangan ibu ....


Ini lah orang-orang kesayangan Nieza ...
Nama husband Nieza .... Zakri Juzer bin Abd razak. Tahun ni umur papa suffiya 29tahun.
Nama anak Nieza ... Nursuffiya khadeeja bt Zakri Juzer. Bulan ni suffiya dah 11bulan.

Selamat Tahun Baru 2008

Assalamualaikum ..

Dikesempatan ini Nieza nak mengucapkan Selamat Tahun Baru dan moga2 tidak terlewat hendak membuka 1 lembaran baru untuk tahun yang baru. Oleh sebab semua orang ada blog yang nak di-update & Nieza still nothing selain friendster & fotopages. Sooo untuk anak kesayangan ibu, blog ini ibu tujukan untuk anak2 kesayangan ibu & yang paling istimewaa suamiku sayang ... Harap2 ibu rajin la update blog ini yerkkk. Nak share susah senang kehidupan sebagai seorang ibu & isteri ... wallaaaa wehhhhh