Jangan lupa drop by Kedai CD Nieza ...
My CD SHOP --> http://nieza-online-shop.blogspot.com/

PROMOSI PROMOSI PROMOSI utk penghujung SYAWAL... boleh mengugurkan jantung anda ...

5set poket CD dengan HARGA ISTIMEWA
5set CD AIO juga dengan HARGA ISTIMEWA

SMS atau YM untuk maklumat lanjut ......... juga boleh dibayar dengan cara ansuran .....

December 30, 2008

Pengepam tegar ... single pump

Ada yang tanya ibu.. skrg ni ibu guna pump apa utk menyusukan Zulaikha???

Ibu masih setia pada yang satu ... chewahhhh ..
Ibu still stick pada avent .. single pump lagik tue. Kononnya angin2 masa preggy mmg teruja yang double pumping .... madela PISA la, Freestyle la , IQ Duo la .. last2 Avent IQ ni jugak la idaman hati ibu.
Masa dalam pantang ibu dah try Madela FS .. mmg tak rasi dgn ibu agaknya kot & ibu tak berapa ngam dgn cara madela bekerja tuk ibu muahahaha. Ibu rasa beza betul bila guna avent. Sesapa yang pakai pump spectra mungkin serasi dgn pump Madela ni kot sbb cara suction yang lebih kurang sama berbanding avent.
Lepas ibu decide pangkah FS, ibu & papa pi sogo sambil2 mengusha bp, 2nd choice ibu of coz IQ Duo. Tp bila ibu angkat iteww bag IQ DUO ... mak oiiii beratnya. cemana nak dukung Zulaikha lagik, dah la umah pun tinggi naik tangga turun tangga. takleh jadik nie. Ibu terus decide beli IQ Uno sahaja la .. buat jerk double pumping dgn pump yang lama.

Masa papa belikan 1 lagik avent IQ ni, niat dihati nak buat double pumping macam org lain jugak, tp bila kesuntukan masa nak 'berkuntau' dgn anak2 kat umah & awal pagi. Ibu kena tukar rancangan. 1 avent tinggal kat umah & 1 lagi kat opis. Supaya tak terkocoh2 nak basuh parts pun mungkin jugak kot.

Ibu adalah pengepam tegarr walaupun pakai single jerkkk .... huhuhuhu
sayang harta ku ini ... Insyaallah 3rd baby takyah spent tuk bp lagik.


Old vs New

Ibu suker IQ uno sbb complete set. Ada bp manual, electrik & bateri ... soo skrg ni semua ibu ada 2 set ...
Ni 1time pump masa dalam pantang .... kolostrum tuk Zulaikha

** Dinasihatkan sesiapa yang nak beli bp, kalo ada kawan2 yang pakai testla dahulu .. kadang2 mungkin kita tak berapa rasi atau suker cara bp tue bekerja ... harap maklum. Kalo tak selamat duitttt ... huhuhuhu. mahal oooo bp bukan murah2 .....

Hasil tenusu hari ini

6.30pg - 7oz

11.00pg - 14oz

3.00ptg - 8oz

total hari ini 29oz ..... alhamdullilah rezeki zulaikha

Merewang ke The Curve .....

Sabtu lepas kami merewang lagi di Mutiara Damansara .. ala2 jiran kami ... huhuhu. Khamis masa Hari Krismas aritue kami sempat bekpes jerk kat Ikano pastu malas nak jalan2. Sooo hari Sabtu aritue papa ajak pi jalan2 kat the Curve ... bukan nak carik apa pun, sajerk nak jalan2 & makan2 ..... Sampai Mutiara Damansara kami bekpes dulu di Jom Bali kat Tesco .. papa pesan jangan makan berat2 sbb papa nak belanja lunch kat secret resepi huhuhu.





Suffiya khusyuk layan coleslaw & adik syiook jerk tdo masa ibu & papa mamam.



Lepas pada mamam, kami pi jalan2 kat The Curve, lawa sungguh design yang derang buat sempena krismas ... mmg cantik sangat .... smp ibu pun teruja ....



Gambar yang sempat ibu ambik




Gambar ibu & papa & kakak .. adik khusyuk titon dalam stroller.

Lepaskan kakak menari ekut lagu Merry Christmas ....




Balik dr The curve, Kakak & papa singgah tesco .. tinggal ibu dalam keta dgn adik ...

adik nak nenen setelah puas titon dlm stroller



Kakak melayan makan di Secret Resepi



Gambar interprem ibu & Zulaikha masa dinner di Top Seafood, Subang permai

December 26, 2008

Bila ibu makan lauk sardin

Semenjak ibu putuskan susu Suffiya, ibu dah lupa semua menda2 makan yang boleh banyakkan susu. Rabu malam aritue papa tapaukan nasi goreng ikan sardin tuk ibu. Ibu mmg yang dah lupa sangat2 makanan apa yang boleh banyakkan susu. Papa dah start bebel kat ibu tak start lagik makan lobak putih, minum air mata kucing, air rebusan halba .. macam2 la papa bising. Papa cakap nanti jangan bising kalo susu kaput ... huhuhu. Berpanas telinga ibu .. ringan jerk molot nak jawab .. uwaaaaaaaaa. Balik pada cerita sardin. Bila ibu bangun pagi jerk .. uwahhhhhhhhh susu mabeles ... ibu mengepam dapatla 13oz .. wahhhhhhhhhhhhh dah lama tak dapat banyak gini, selalunya pagi2 ibu boleh dapat dalam 7oz jerk .. tuk bekalan zulaikha ke nursery.

sooo semalam lepas balik sepital, papa request masak sambal sardin .. huhuhu. Merangkap tuk susu ibu la tue ... ibu pun teruja nak makan sardin hari2 sbb susu masyuk. Sekali ibu mengepam pagi tadik .. wahhhhhhhhhhhhhhh .... murah rezeki adik. Alhamdullilah. Dapatla 14oz ... soo dapatla 4bekas. 2botol tuk bekpes adik, 2botol jadik ebm .... alhamdullillah.


Susu fresh panassssss dari nenen tuk Zulaikha ku sayangggggggg

Bekalan Zulaikha tiap2 pagi.
2botol freash 3.5oz x 2
ebm (02/11 & 03/11 ) 4 oz x 2
Ni perkakasan yang perli dibawa ke opisssss.

Alhamdullillah uwan dah sehat.

As for now, alhamdullilah mama dah sehat. Semalam kami sekeluarga melawat mama, mama dah boleh makan bubur & sup. Lega sket hati ibu. Uwan pun dah boleh bangun pi toilet sendiri, susu & air tak payah guna drip alhamdullilah. Semalam pun dah siap tapaukan roti utk mama, mama still kena makan lembut2 sbb bengkak kat hempedu still tak kering lagik, mama cakap bila dia tdo mengiring perut mmg sakit lagi. Ibu nengok abis lengan ma bengkak2 kiri & kanan bekas cucuk jarumm. Sedih sgt.
Sekarang dah 3minggu mama disepital, seminggu lebih di ICU & seminggu lebih terbaring diwad pemerhatian, semalam baru tukar wad yang biasa sbb mama dah boleh makan & pi toilet sendiri. Esok kami akan pi melawat uwan lagik. Ni gambar2 mama di sepital semalam, sebuk uwan dia melayan suffiya. Mama pernah mintak kat ibu nak jaga Suffiya smp Suffiya besar tp ibu tak sampaihati nak kasi anak pada org lain walaupun mak sendiri. Penat rasanya mengandung & ibu rasa tak boleh nak berpisah dgn anak sendiri. Papa pun tak setuju .. soooo kami akan kerap balik ke Puncak Alam bagi uwan & atuk main puas2 dgn Suffiya. Agaknya mama rasa sunyi betul sbb Suffiya dulu mama yang 100% jaga dalam pantang soooo kasih sayang tue melekat berbanding dgn cucu2 yang lain, mama tak jaga derang dalam pantang, even dgn Zulaikha pun mama tak berapa rapat compare to kakak Cuya.
Kakak mmg rapat dgn uwan & atuk, kalo seminggu tak jumpa mmg dia sebut2
'atuk aner ?? uwan aner ??? Ateh aner ??? Ucu anerr ??? Acik aner ???' tp selalunya atuk & uwan yang rajin datang umah kami sbb windu kat kakak.
Ni gambar kat luar hospital, kakak punya mood ok nak bergambar.
Adik pun behave jerk smlm.

Balik pada sepital kami lepas umah jerk,
soooo ni gambar kakak yang over ceria kat umah malam tadik.
Sambil2 mengasuh adik ... asyik nak berciummm jerk ...



Semalam adik dah start senyum2, asyik tersenyum jerk,

bila ibu ambik camera takmoh pulak dia senyum ...

December 24, 2008

Korang minum tak ???

Ibu memang peminat minum susu anlene, susu lain mmg tak jalan .. selain dutch lady, anlene ni mmg rajin papa beli tuk ibu masa mengandung suffiya ... berbondong2 papa beli ...
tp bila keluar yang anlene baru ni ... ibu dah tak syiok nak minum, sbb anlene ni rasa vanilla yang pekat + rasa manis sgt ... macam air letak gula.
Kalo anlene yang lama tue rasa tawar + rasa vanilla tue tak la kuat sangat .... adeeeiiii ada pulak ibu kena kencing manis ... mmg terasa manis dia ...



Sapa yang minum ??????????
ada rasa manis sangat tak ... macam ibu rasakan sekarang ..
Nak habiskan 4kotak pun bercintaaaaaaaaaa ...
** Arini niat dihati masa mengepam kat umah pagi tadik, nak transfer semua gambar dalam ZEN, ZEN pulak tinggai .... nak transfer dalam thumbdrive .. macam malas pulakkkk adeiiii ... tengok la ptg kang kalo rajin .. arini seybuk berporummmmmmm yooooo huhuhuhu.

December 23, 2008

Gambar terperam

asyik gambar adik jerk ... kakak pun nak interprem jugak ..
Ibu lately .. gemorr pulak ambik gambooo.. biar la selebet pun .. huhuhu.


Bercuti di World of Tambun sehari sebelum Raya Haji

Majlis beri nama , cukur jambul & akikah Zulaikha.

Counting Days

3 Tahun di Telekom SmartSchool
2 Tahun di Telekom Malaysia ( Fault Managment 1060)
3 Tahun di MIMOS Smart Computing
Selamat Tinggal MIMOS
.....





Pc yang banyak berjasa selama 3tahun ...
Tempat ibu yang selerak ..... berkemas
Bantal2 busyuk ibu ....
Transfer semua dokumen pada yang menyambung kerja2 ibu

Tinggal la Kak Yan & Lia ... bunga di bilik ini ...

Segala sampah sarap ....
Start masuk kerja aritue ibu goyang kaki, mmg tak buat apa pun.. dengan system dalam pc ibu down .. sooo mmg kerja ibu mengodeh2 pc jerk, cleaning apa yang patut. Hari ni line tenet intermittent sooo ibu ambik kesempatan mengemas tempat ibu ... Tinggal berapa hari jerk lagi jejak ibu disini ... Sedihhh mmg sedih .....
Ibu dah tender resign letter pada 9Dec 2008.

Problem breastfeeding - Inverted nipple

Semasa menyusukan suffiya aritue ibu mengalami masalah inverted nipple utk breast sebelah kanan. Alhamdullilah masalah itu dapat ibu atasi semasa menyusukan Zulaikha baru2 ini. Sebulan jugak ibu menghadapi masalah ini sebelum ia betul2 dah ok & Zulaikha sekarang ni dapat menyusu secara biasa. Masa proses memperbaiki 'puting tenggelam' ini, ibu asyik terpk, macammana ibu boleh menyusukan suffiya hanya dengan 1 breast sahaja sehingga suffiya 1tahun 4bulan. Dan kawan2 mungkin dapat bayangkan besar breast ibu yang sebelah kiri sebesar sebiji labu air & yang sebelah kanan hanya sebesar nasi lemak 30sen. Alhamdullilah walaupun ibu menghadapi berbagai2 masalah tetapi ibu bersyukur dapat jugak suffiya merasa air susu badan ibu. Mungkin tidak ramai ibu2 lain menghadapai masalah & cabaran nipple tenggelam ini .. tp ibu share solution yang telah ibu lakukan semasa proses penyusuan Zulaikha.

Proses membaiki breast sebelah kanan ibu, mmg mencabar.. kononnya masa ibu mengandungkan zulaikha..ibu pk ala senang jerk ... bagi jerk zulaikha isap. Rupanya tidak semudah itu. Dah la Zulaikha keluar kecik toek jerk, tak pandai nak menyusu .. soo mmg kena kuat semangat nak perbaiki nipple problem ini. Papa mmg bagi full support utk ibu. Kadang2 ibu pk papa yang beria2 lebih dalam proses 'penyusuan ibu' ini mungkin sbb save kepada duit susu... Tp ibu rasa bersyukur sbb papa bagi fully support kerana papa nak dia jadi org yang paling atas sekali tuk berikan sokongan pada ibu demi anak2. Papa cakap walaupun ibu ada support team takkan sama dgn support yang papa berikan. Tengkiu papa .. insyaallah ibu akan buat selagi terdaya utk anak2 kita.

Proses pembaikan nipple tenggelam.
1. Sebelum ini menyusukan Zulaikha, ibu akan pump dulu breast sebelah kanan sebelum sua kepada Zulaikha, agar puting yang tenggelam itu akan muncul.
2. Ibu suggestkan kawan2 yang mempunyai masalah ini agar menggunakan breastpump electrik kerana bp elektrik akan menyedut nipple dgn kuat & mencepatkan proses penarikan nipple keluar compare to manual bp. Dinasihatkan proses pengepaman nipple tue hendak la dalam jangkamasa 10-15min, agar nipple yang terkeluar tue, tidak mudah masuk kembali.
3. Selepas nipple terkeluar, buat proses menarik2 nipple tersebut menggunakan tangan sebelum sua kepada baby.
4. Mana2 ibu yang mengalami masalah ini, perlu lah kerap menyusukan anak dengan menggunakan nipple yang tenggelam dahulu selama 15-20min sebelum menukar ke breast yang sebelah lagi.
5. Jika baby menangis tidak puas menyusu atau menolak2 puting, ibu2 perlukan semangat yang kuat agar tidak terlalu cepat menghabiskan proses penyusuan ini.
6.Walau apa pun yang kita lakukan, support dari husband adalah perkara yang paling penting sekali utk kita berjaya mencapai target kita ini.

Insyaallah, mudah2an ibu2 lain yang mempunyai masalah seperti ibu ini semoga tips ini dapat memudahkan proses penyusuan susu badan secara exclusif.

December 22, 2008

Different experience

Different experience with Suffiya & Zulaikha ...

Mengandung
Suffiya - Morning sickness until 9month. Sampai bersalin hanya makan cekodok.
Zulaikha - Sickness until 7month. Semua boleh makan tp ttp blur.

Hospital
Suffiya - Private ( Darul Ehsan Medical Centre)
Zulaikha - Gomen ( Hospital Sungai Buluh)

The labor
Suffiya - Emergency c-set ( Tiba2 darah naik masa chckup ke-37w 1hari)
Zulaika - Induce normal birth ( Air ketuban kurang 5/8 hari ke 37w 3hari). Contruction 6jam.

The birth
Suffiya - Masuk operation room 9.15mlm, selamat bersalin 9.45mlm
Zulaikha - 12.45tgh doc masukkan ubat, Start 1.15pm until 6.20pm dah buka 7cm, Jam 3.00ptg misi dah cucuk ubat tahan sakit. Selepas chck dah buka 7cm, misi kelam kabut tolak ke labour room, after that dapat rasa air ketuban pecah & on the spot rasa nak teran baby keluar. 3kali teran baby dah kuar. Dapat rasa misi keluarkan darah2 beku & kena jahit hidup2 .. adesssssss.

After birth
Suffiya - Tido jerk walaupun sakit nak bergerak. 2hari dah boleh jalan
Zulaikha - Sakit kena 'rengat' tiap kali zulaikha minum susu, sakit nak duduk & bangun. Memang rasa nightmare ...

Post natal
Suffiya - Kena sembelit smp menangis2
Zulaikha - Dah pandai sket, sedia ubat 'lembut najis' 2 botol sbb fobia.

Pantang kali ni, ibu berpantang dgn uwan 2minggu sahaja sbb Suffiya takboleh berpisah dgn ketiak papa. Cukup 2minggu ibu berpantang sendiri & Suffiya papa hantar ke nursery. Ibu berpantang tak rehat betul2 & hasilnya sekarang badan ibu rasa bisa2 & sakit2. Skrg ni papa still monitor pemakanan ibu sbb badan ibu still tak fully recover. Bagi ibuyang dah rasa 2kali bersalin bersalin ceaser lagik cepat baik & senang nak jaga kot ..... bagi pendapat ibu la.

Gambar Zulaikha











Bila kakak sayang adik ....


Sayang sungguh ... smp ibu & papa naik serammmzzzzz .... huhuhuhu
Gambar2 bawah ni masa sehari sblm adik admit hospital sbb jaundies. Zulaikha admit DEMC masa hari ke-3 .. dapat gak dia merasa dok hotel bawah lampu 3hari 2mlm. Ibu tak dapat dok kat sepital temankan adik sbb sepital FULL. Hanya berulang hantar susu utk adik supaya adik cepat sembuh.

Sehari sebelum adik admit, semua nak tdo dgn adik ..
ibu yang dalam pantang terpeot tdo kat bawah ...


Kami ambik gambar dalam nursery &
ibu tengah mengepam susu utk bekalan adik kat sepital.

Muker budak demam

Jumaat lepas ibu mc lagik sbb Zulaikha demam. Lepas kakak demam, ibu demam, papa demam dan akhirnya .. Zulaikha pulak demam ...
Kami sekeluarga demam sbb masa berulangkan uwan kat hospital, mama ibu masuk ICU seminggu dihospital sg.Buluh & sekarang masa berada diwad pemerhatian.






Baju2 suffiya yang umur 6-10bulan semua Zulaikha dah start pakai sekarang ni, dah ada yang sendat & senteng pun ... soooo skrg ni pakaikan semua baju2 suffiya jerk ....

Zulaikha suker sangkut pipi

Zulaikha kalo tdo suker sangat sangkut pipi dia yang kedebom tueee ... huhuhuhu

December 18, 2008

Untuk geng Breastfeeding ....

Untuk2 kawan bfeeding ibu ... ini sajerk la stok yang termampu ibu buat ngeh ngeh ngeh ... banyak penyakit MALAS masa pantang kali ini. Lagikpun semasa awal2 pantang ibu tetap mengepam jugak tp banyak susu ibu bagi pada suffiya utk dia minum. Sebulan jugak la suffiya continue minun susu ibu balik. Akhir bulan 10 br ibu start buat stok 2botol sehari.





Gambar keseluruhan susu sebelum dialihkan kedalam freezer.






Susu dalam freezer ni tarikh dr 15/11 smp hari ini ...






Ni dalam fridge utk bekalan Zulaikha ke nursery.
Sekarang ni ibu bekalkan zulaikha susu 3oz X 6botol = 18oz. Kadang2 mmg habis ..kadang2 mmg ada balance dalam sebotol. 3oz tue zulaikha minum setiap 2jam sekali. Sekarang ni ibu dah start store susu 3.5oz sbb Zulaikha nampak gayanya mmg kuat menyusu. Sooooooo bersedia la ibu menjadi mooooooooo....


My 2nd baby ....... Taraaaaaaaaaaaaaa

Ni la dia .... jantung hati yang ke-2 dari ibu utk papa & kakak suffiya ........
Nur Zulaikha Khadeeja Bt. Zakri Juzer.

Zulaikha lahir pada hari Jumaat 17 Oct 2008 jam 6.55ptg selepas ibu di-induce pada jam 12.45tghari. Zulaikha dilahirkan pada minggu ke-37/3hari dgn berat 2.4kg. Alhamdullilah skrg ni dah 2bulan.. Zulaikha dah 5kg lebih. Ibu terpaksa di-induce kerana ada komplikasi air ketuban kurang 5/8... sooo doc takut terjadi apa2 doc terus nak induce. Alhamdullilah ibu dapat bersalinkan Zulaikha dgn cara normal dgn 3kali teran sahaja ... jahittt ????????????? uwaaaaa ... banyakkk lorrr .. huhuhuhu. Tapi tak serik lagik nak bersalin kkekeke.