January 30, 2009

Kakak Cuya nyanyi A,B,C

Selasa lepas raya cina, papa kena kerja ... sooo selepas ibu berkemas & mendobi apa yang patut .... ibu luangkan masa layan suffiya menyanyi ... baca A,B,C ... Teacher cakap banyak yang suffiya dah dapat ekut, skrg ni suffiya excited nak belajar nyanyi2 dgn teacher kat school. Sampai ibu pun tak tahu lagu apa dia nyanyi sbb dia masih pelat lagik ....





video

January 29, 2009

Video Suffiya & Zulaikha - PD Part 3

Layanssssssssssss


video

video

Anak-anak Dara Ibu - PD Part 2

Puashati anak2 dara ibu berendam 3hari dalam kolam.. kakak pun syiokk jerk berendam, tak meragam pun..makan pun boleh tahan sbb perut lapar bila berendam ... suker ibu nengok kakak. Nasib kakak tak kena sunburn sbb papa awal2 lagi dah tepek lotion banana boat ..
sooo kami sekeluarga muka tak hitam berkilat ....




Zulaikha bila sorong ke kolam jerk mmg tdo, bila dia terjaga dr tdo mula2 tergedik2 rimas dok dalam stroller ... bila ibu angkat .. kaki tergedik2 lagi nak mandi kolam jugak .. sudahnyaaa kasi rendam dalam air .. suker sgt dia ... senyummmmmmm jerkkk. Alhamdullilah badan Zulaikha kebal ... tak demam, selsema & kembung ... risau gak ibu bila malam takut meragam .. tp dia nyeyak jerk tdooooooo ... Best mandi yerk adikk ...
Swimming suit yang zulaikha pakai Suffiya punya, suffiya boleh pakai smp umur setahun, Zulaikha baru 3bulan dah sendat-mendat ... next trip kena beli swimming suit Zulaikha yerk papa ..


January 28, 2009

Entry khas untuk Cikgu Nor 'aka' ibu Rayyan

Salah satu yang membezakan di antara manusia yang bergelar ibu@ ummi@ emak dengan makhluk Allah yang lain termasuk insan bergelar bapa@ abah, segala haiwan-haiwan dan serangga2… tak lain dan tak bukan ialah… SUSU IBU…. (Well, susu drpd ibu lembu dipanggil susu lembu atau susu awal lembu kan?…. bukan susu ibu lembu).
Kelebihan Susu Ibu

Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Dan TIADA.. susu-susu formula.. susu lembu atau susu kambing yang setanding dengannya untuk tumbesaran bayi. Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu… Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaik… antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula… ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi.. Susu ibu adalah percuma… tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt…Hygienic… yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol… so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu…Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu...

Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.
Sekali lagi pasal pantang… susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang… susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang… contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering… buah-buah tak makan langsung… sayur pun tak makan… sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang… kalau buah itu tak boleh… buah ini sejuk… awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke… susah jugak orang2 tua kita nak klasifikasi kan… tak tau mana sejuk mana panas…

Di zaman teknologi, bidang perubatan juga telah berubah. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa Ibu menghasilkan susu yang sangat baik untuk anak mereka. Kasihan sekiranya, para ibu tidak menganugerahkan susu ciptaan tuhan kepada anak mereka disebabkan oleh kejahilan mereka sendiri atau kejahilan ibu-bapa mereka. Pantang-larang tidak berubah sejak zaman berzaman… tetapi ilmu pengetahuan sentiasa ke hadapan …
Mengelakkan masalah baby kembung
1. Dapatkan botol2 susu yang anti-colic. Kadang2 bukan sbb makanan yang kita makan mungkin sbb botol yang tidak sesuai ( tonggangkan botol biar susu penuh sampai puting -baby tidak sedut angin)
2. Elakkan makanan yang berkafein, kerana ada sesetengah baby tidak akan tahan dengan makanan yang berkafein seperti teh, kopi, nescafe, coklat
3. Bagi mengelakkan kembung, kerap sapukan minyak angin di perut, betis & belakang badan
4. Jika baby yang fully bf, elakkan bagi air suam sehingga umur 6bulan. Bagi ibu2 yang dah bagi air masak pada baby biarl yang suam jangan yang dah sejuk.
5. Perlu berpantang ais
6. Jika masalah kembung still tak surut, teruskan penyusuan seperti biasa tetapi bagi ubat tambahan seperti 'gripe water'.
7. Elakkan makan kobis & pulut
8. Elakkan makan cuka ( akan buat baby kembung & sukar tdo)
9. Utk elakkan baby kembung carik Pokok kecubong
caranya....Bersihkan daun tu 2 3 helai dan sapu sikit minyak masak (yg bersih tau), pastu tampalkan pd ceret panas sampai daun tu mcm dah layu, pastu letakkan daun tu di blkg dan perut bb...balut. Jgn lama2 cukup sekadar 1 > 2 jam pastu buka. Takut kulit bb tak selesa dan mengelupas. Cara lain cb elakkan beri bb susu yg dah agak sejuk atau dah lama dibancuh. Kl susu pump pastikan susu tu tak sejuk.
** Note utk Cikgu Noor,
mungkin apa yang kita makan hari2 takkan sama dengan badan org lain, ada yang kita makan rasi dgn kita tp tak rasi dgn orang ... ada yang boleh menyebabkan kembung pada anak orang, tidak pada anak kita. Sepanjang pengalaman Nieza menyusukan Suffiya & Zulaikha alhamdullilah nieza tiada masalah kembung ni .. sbb nieza memang elakkan makanan yang 'berangin'. Diharap info ini dapat membantu Cikgu Nor.
Hasil dari surfing internet .. nieza olah sendiri

Holiday ke PD - Part 1

Akhirnya tamat jugak percutian kami 3hari 2malam di Glory Beach Resort,PD. Tengkiuu papa, ada rezeki lebih bawak lagi kami jalan2 lagi yerkk papa. Tunggu next trip on Mac papa ajak pi Melaka, ada kenduri kawin kawan papa sooo kami merangkap nak pergi bercoti2 sekali ... Ibu sukerr tawwww sbb dapat tinggalkan umah yang macam 'kapal pecah' itewww. So far percutian besttt sbb Zulaikha & Suffiya tersangat la sportingggggggg .. Ibu sukerrr .. sooo papa pun tak nightmare nak bawak anak2 pi jalan2 .... Ibu malas nak karang cerita, gambar2 jerk ibu tepek yerk ... very the malas nak buat karang2an ni ...

Sabtu pagi sebelum bertolak ke PD, kami singgah bekpes dulu di OLD Town, KD ...
Ibu dengan tudung baru ... ok tak ??? Beli kain sendiri pastu bayar upah jahit RM10hinggit jerk ... very the murah .. total semua tak smp RM50... ibu sukerr tawwww

Ibu dengan anak2 dara .. jantung hati ibu...
Ni masa nak balik dahhh ...

Jumpa geng Brestfeeding Mommy ....

Holiday aritue ibu dapat jumpa sorang lagi Geng brestfeeding ibu .... Kak ina.
Excited nak jumpa kak ina macam org bercinta pulak hehehehe. Dari jauhh ibu dah usha kak ina .. bila nampak Alysha mmg compom tue kak ina, disamping taik lalat manis kak ina tueeeeeeeeee .. cute sangat ...
Dari jauh ibu usha kak ina layan Alysha mandi .... ngeh ngeh ngeh.
Sorry kak ina, waaaa skodenggg .. hehehehe


Lepas tue agaknya kak ina perasan gue curik2 tangkap gambar ..
kak ina lambai .. Kantoi ...
Akhirnya kak ina menyerah diri ... datang kat ibu & borak2 ...
Ini Alysha .... comel ...




Ni la kak ina 'aka' ummi_ina ... cute kan ..
akak .. Nieza admire la tahi lalat akak ... manisssssssss tawwww


psss pada kak ina ..
sorry la kalo nieza banyak diam ngeh ngeh ngeh .. sbb nieza mmg jenis kekok sket kalo 1st time jumpe orang .. segan sket tak pandai nak borak sangat ..... tpp best dapat jumpe kak ina ...

January 23, 2009

Peringatan untuk ibu juga ....

Ibu dapat link ini semasa browsing tadik (sebenarnya nak siapkan 1 entry utk noor 'aka' ibu rayyan .. sabar yerkk nor, nieza nak kumpulkan ilmu dulu ) Sgt menarik .. berguna utk ibu & kawan2 breastfeeding ... Mehhh kita praktikkan bersama2 bila 'zaman gelap' kita bermula .. Moga2 kita juga mempunyai kekuatan macam mommy ini ... Amin
note utk Yan : Apa lagi ... masih belum terlambat nak baiki pengeluaran susu, yang penting semangat yang kuat utk menyusukan Anis ... chayukkkk chayukkkkkkk
Share experience mengatasi masalah pengeluaran susu.

Saya rasa terpanggil nak share my experience mengatasi situasi susu merudum dan habis stok sekitar bulan April yg lalu. ikuti pengalaman saya..tapi cerita saya panjang sikitlah. hari ni saya ada lapang sikit.. mungkin boleh jadi panduan untuk ibu2 yg lain yg menghadapi masalah nak kumpul stok. Walaupun ada kalanya supply susu kita merudum, tapi tak mustahil kita boleh bounce back dan buat stok semula.
Berdasarkan apa yg berlaku pada saya, rasanya ada baiknya saya share disini pengalaman saya tu. Sebab saya pun mcm tak percaya boleh buat stok semula setelah saya hampir2 sangat putus asa dan hampir melangkah ke supermarket nak beli susu tin.
Kisahnya begini;baby saya April lalu berumur 5 bulan. pada usia dia 4 bulan dia mengalami Acute Bronchiolitis.. teruk juga dlm sebulan batuk selsema berpanjangan tak baik2 hingga akhirnya dia demam panas dan terpaksa ke hospital utk mendapatkan rawatan. Buat xray n blood test – ada jangkitan kuman sikit n blocked nose yg teruk kenalah Nebulizer.ok.. sapa2 yg kenal saya sebelum ni tahu bgaimana kehidupan saya.
Dulu masa aktif di forum ni, saya baru ada 2 org anak, skg dah tambah sorang lagi, selang setahun pula tu. suami saya bertugas dinegeri lain,pulang weekend saja. so bila baby saya sakit teruk gitu, saya seorang lah handle.. dan saya takda maid..so as a result.. stress dan letih penat.. pengeluaran susu saya terjejas teruk. yalah dah siang kerja, malam pula tak cukup tidur, urusan anak2 dan rumahtangga lagi. bukan itu saja.. berat saya pun turun mendadak.
Biasanya pagi2 masa bagi bf terakhir kat baby jam 6.30am tu, sebelah baby nyusu, sebelah lagi saya akan dapat collect dlm 6-8oz! then jam 11am kat ofis dpt lagi dlm 5-7oz, ptg jam 4.00pm dpt lagi dlm4-6oz. biasanya gitu, 3x sehari je saya pump. Biasanya in total kalau 3 kali sesi perahan dlm satu hari tu saya boleh kumpul 19-23oz.begitulah jadual mengepam saya, 3x sehari :6am - 5-8oz11am - 5-7oz4pm- 4-6oztapi yang menyedihkan sebulan yg lepas perahan saya terjejas teruk hinggakan pagi2 tu cuma dpt collect sekitar 3oz, dan purata setiap kali perah tu cuma dpt 2-3oz. paling banyak pun 4oz sekali perah. perkara ni berlarutan hingga 2 minggu..
Saya jadi panik sedangkan baby saya minum sekitar 7-8 botol x 2-2.5oz di rumah babystter. In total biasanya baby perlukan dlm 14-17oz everyday so tiap2 hari pasti ada stok beku yg turun..hingga tinggal 1-2 botol je stok beku saya..sedih bukan kepalang.. saya call husband n relate to him abt this. dia pun support bf tapi dia kasihan pada saya yg dah panik.. so dia kata kalo dah takda susu, no choice, terpaksalah kena try formula..tapi mommies.. macamana pun deep down saya rasa mcm tak rela nak berpisah nyusu dlm usia baby saya blom 6 bln. lagipun dia cuma minum breastmilk je kan. satu malam, saya fikirkan sehabisnya keputusan saya.. saya pun buat keputusan, saya TAK BOLEH MENYERAH KALAH!! so saya pun solat hajat mohon dimudahkan semua ini dan moga saya berupaya menyusukan baby saya selama yang mungkin.
Kemudian tu saya duduk le merenung dan memikirkan apa cara agaknya untuk saya bounce back. Masa ni dlm fridge hanya tinggal 1-2 botol stok beku dlm 2-4oz. so saya start buat langkah2 menambahkan susu badan.Memandangkan saya tak boleh nak elakkan stress sbb keadaan saya yg terpaksa single handedly manage 3 small kids during weekdays.. saya tahu saya takleh lari dr stress.. so no choice, saya terpaksa merancang masa dan terpaksa manage stress well. Jadi bila saya cuba atur masa (time management) dan mula ambil step makan makanan menambahkan susu dan minum air banyak2… saya sangkakan akan ada peningkatan dlm pengeluaran susu saya.
Namun, saya berasa agak kecewa keadaan mcm tak berubah hingga saya terfikir.. ehh mana pegi sume makanan yg saya makan tadi dan air yg saya minum banyak2 tadi kalau tak berupaya menghasilkan susu?Mesti mommies pun ada yg tertanya2 pada diri sendiri kalau menghadapi situasi mcm saya kan.Tapi one thing yg saya paling ingat – apa yg saya lakukan ini merupakan sesuatu murni – iaitu menyusukan bayi saya, jadi saya yakin, insyaAllah disamping berusaha dan berdoa, saya yakin Allah akan makbulkan hajat saya hendak menyusukan baby saya hingga genap 2 tahun.
So semangat timbul kembali. Tapi kenapa susu saya mcm takda peningkatan?Akhirnya dlm duduk2 memikir2 tu, saya terkenang akan saranan tingkatkan sesi pemerahan susu. Instead of relying on 3 times pumping session, y not I try tambah lagi sesi pemerahan. Actually saya aware pasal ni, demand vs supply ni.. tapi saya tak yakin sgt sbb tiap kali kat rumah baby akan menyusu direct so bila dah nyusu, breast mcm kempis, kalo perah pun dpt 1-2oz je.. sungguh tak memberangsangkan. On top of that, takda sapa nak handle budak2 kalo saya sibuk je memerah susu.Tapi, lagi sekali saya terkenang.. masa 1-2 hari selepas balik dr hospital selepas bersalin dulu, breast pun xda susu sgt.
Tapi saya paksa kan baby menghisap setiap 2 jam. And selepas hari ke 3 baru saya merasai bengkak susu. So saya fakir, ok saya nak try perah susu every 2-3 hours round the clock. So saya pun memulakan misi saya.Dpd 3x sesi perahan, saya cuba perah di ofis 3x, then kat rumah, everytime baby menetek je, saya perah sebelah and tidur malam pun saya set jam every 2-3hours saya bangun kejutkan baby utk susukan dia n perah sebelah lagi. Mula2 memang la sgt disheartening.. dpt dlm 1-2oz je. Tapi saya kuatkan semangat.. saya teruskan jadual saya tu ended up saya pump sebanyak 6-8 kali sehari!... selama seminggu saya buat perkara yg sama secara konsisten. Dpt sikit pun takpa, saya akan dinginkan dlm fridge dan campurkan bila suhu dah agak sama.
Begitulah saya mencukupkan bekalan utk baby ke babysitter.Akhirnya Alhamdulillah, masuk minggu ke 2 – saya mendapati ada perubahan besar dlm pengeluaran susu saya. Setiap hari setiap kali pump susu keluar banyak dan akhirnya saya berjaya menambah pengeluaran susu saya. Semakin hari semakin baik hingga akhirnya saya boleh dapat semula 4-5oz setiap perahan.Alhamdulillah pada hari ini saya hanya pump 5-6 kali dan total perahan setiap hari boleh mendapat hingga 19-24oz. stok beku saya pun mulai increase dr 1-2 botol kepada lebih 10botol x 3oz skg.
Syukur Alhamdulillah..So saya harap mana2 mommies yg risau pasal pengeluaran susu, selain dpd makan makanan berkhasiat yg menambahkan susu, minum banyak air suam, saya sarankan tingkatkan sesi pemerahan hingga anda berjaya bounce back.Mungkin lain org lain cara.. namun saya hanya ingin share pengalaman saya untuk tatapan semua. Sekian.

Aku & Diri Mu

Dah lama ibu tak ambik port pasal lagu2 ni, se-ingat ibu start ibu pregnantkan Suffiya terus ibu tak suker nak dengar2 lagu, konon nak hafal lirik lagu ker ... kalo papa bukak radio kuat sket pun ibu dah rasa tensen.. Ingatkan lepas habis berpantang habis dah 'elegik' dengar lagu .. rupanyaa meleret2 smp mengandungkan Zulaikha. Kalo org lain bukak radio kat opis ibu boleh layan lagi tapi jangan harap ibu nak buka sendiri ... Sekarang ni elegik ibu dah susut sket kot sbb semalam tiba2 naik syiokk pulak dengar lagu ni ... tak pernah2 ... Last lagu yang buat ibu tersengeh2 teringat kat papa ... lagu Anuar Zain "Ketulusan Hati'.
Mehhhhhhhh kita layan lagu nieeeee.. jiwang seposenggggg ...
Aku & Diri Mu
( Ari Lasso & Cinta Lestari Lestari)
tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap
sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

reff:
duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian
jika sang waktu kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita
**** psss utk papa yang suker sgt menyakat ibu ...
"marah kena sakat sbb tandanya sayanggg yerkkkkk" muahahaha.

Mengapa Penyusuan Susu Ibu Paling Sesuai Untuk Bayi...

Penyusuan inu menampilkan aneka kelebihan untuk bayi anda. Antaranya :
1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
2) Susu ibu, khasnya kolostrium, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
3) Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
4) Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
5) Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
6) Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah menbancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada sushu yang sesuai.
7) Memberikan bayi keselesaan dan ketengangan emosi yang diperlukannya.
Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.

January 22, 2009

Nyeyaknya tdooo ...

Baru pagi tadik dapat ambik gambar Zulaikha pakai topi ni ... jiran2 panggil 'topi snow white' ... topi jerk snow white, kulit orang yang memakainya tak white punn huhuhu. Sekejap jerkkk rasa Zulaikha dah besar ... bestkan ada baby ... dapat gomol2, cubit2, chium2 .... indah rasanya.. walaupun penat macammana pun, tak cukup tdo rasa bahagia jerk .... Sekarang ni nak chiummm suffiya jangan harap la .. dah besar takmoh chiumm chiumm dah ... siap toleh kepala lagik .. nasib ada zulaikha .. boleh gak chiummm chiummm....




Yeyeaaaaa hari ni Khamis, esok jemahat ... sabtu kami mau pigi makan angin. Kami pi PD jerk pun ... tahun ni budget tight, sooo dekat2 pun ok la janji ibu kuar dari umah tue huhuhu. Kes pemalas nak kemas umah. Yerk la kalo cuti 4hari mengemas tak habis2. Ibu tukang kemas .. tukang selongkar macam 10org .. letihhh wooooooo. Biar la umah tonggang-langgang cemana pun.. janji dapat relaxkan jiwa & raga ... yehaaaaaaaaaa. Beshhnyaaaaa nak makan bbq.
Sekarang ni ibu tengah seybuk buat list tuk besday Suffiya. Budget kureng sooo buat ala kadar jerk. Tak bincang habis lagi dgn papa ... tp ibu siapkan goodies bag utk kawan2 suffiya kat school( ala order jerk pada elly) yang penting nooooooo jajan-jajansss ....

Hari berdongdang sayang .....

Lama sungguh dapur tak berasap, kalau berasap pun masak sayur+ sup2 utk Kakak Cuya. Weekend pun seybuk jerk macam2 aktiviti merendek. Selasa haritue papa ajak pi Pasar Malam ... soooo kalau papa ajak pi pasar malam ... maknanya Rabu, Khamis & Jumaat ibu kena masyakkk ...

Balik dr kerja kul 5.00ptg teruss berdesup pi amik anak2 kat nursery ... kul 6.00ptg ibu dah 'berdongdang sayang' kat dapurrr. Siap semua dalam kul 7.00ptg. Ekutkan ibu kureng gemorr masak lauk yang bersantan time waktu kerja, leceh sket...sbb ibu still tak pro masak guna santan ..soo sentiasa ibu kena timbuk dari mula smp akhir sbb still tak conpident.
Semalam kalau takde orang kacau kat dapur mmg sekejap jerk masak ..
sekali itewwwww En.Juzer suker sangat menyakat ...
suker benor menyakat kalo time2 orang rushing kejar masa ni ......
Nasib baik Zulaikha & Suffiya behave dok layan playhouse disney jerkkkk ...
sooooooooo ini hasil ibu ..'berdongdang sayang' di dapur petang semalam




Udang masak lemak cili api , papa cakap sedappp ...
cuma kurang masin bila makan dengan nasi
Sayur campur suffiya ( cendawan + fishball+carrot+kacang) ...
ibu banyakkan kekacang sbb baik utk shushu yerkk...
suffiya banyak makan cendawan + carrot + fishball
Tempe goreng cicah dgn sambal kicap..
sambal kicap papa buat ekut resepi Johor ...
Ibu lupa amik gambar sambal kicap.

January 21, 2009

Si tembun ibu ...

Badan Zulaikha dah start susut, dah start nak berpusing2. Kalau letak dalam bbcoat malam2 mesti nangis sbb sempit dia nak berpusing.. ibu kena galihkan balik badan dia. Oleh kerana si tembun badannya makin susut ... Ibu ambik gambar tangan & kaki Zulaikha buat pengubat rindu ... best jugak dapat anak yang berisi2 camni .. gerammmmzzzzz




Petang semalam semasa ibu browsing ..
ibu terjumpa 1 blog ini yang anaknya bernama Zulaiqa juga. http://memorizulaikha.blogspot.com/.
Sedih, pilu, darah berderau, seram sejuk semua ibu rasakan.
Ibu jadik kelu .... blurr .....tak boleh nak berpk
Selamatkah anak kita bersama orang lain ??????
Kawan2 blogger baca la sendiri ....
Tiada air mata lagi yang boleh Nieza tangiskan ...
Hanya fatihah sahaja yang mengiringi Arwah ..... Al-Fatihah ...

January 20, 2009

Continue feeding EBM

Sudah smp penghujung Bulan January 2009. Sekejap jerk masa berlalu ... dah nak sebulan. Soo bila nak ujung bulan ibu kena la sorting semua ebm yang dalam fridge ... tp oleh kerana fridge dah penuh & ibu teramat la rajin .... ibu sort untuk ebm November 2008. Start Jumaat lepas ibu dah continue balik bagi suffiya minum ebm. Sebab stok dah melimpah ruah, yang december pun dah penuh freezer & tak berusik lagik ... dr kena legooo baik la bagi suffiya minum.
Skrg ni susu Zulaikha ibu hantar yang fresh.
Setiap pagi ibu akan bekalkan
8oz fresh milk + 8oz pump yang hasil semalam + 4oz ebm
sooo yang balence hasil mengepam ibu transfer jadik ebm stock.
EBM January yg belum transfer ke freezer.
EBM November yang Suffiya perlu habiskan,
dalam 30bijik bahagi 2 ... 15 kali feeding

Cairkan ebm tuk suffiya menyusu

Biarkan ebm suam2 panas dalam botol, senang bila suffiya mintak nak shushu

Ni menyusu sambil nengok Mickey Mouse


Lepas habis layan Mickey Mouse,
terbalikkan balik umah .... adesss
Sebelum ni ibu tak perasan yang suffiya dah pandai pegang pensil dengan cara yang betul ... terkejut ibu nengok cara dia pegang pencil ... alhamdullilah mungkin ini juga hasil bila suffiya dah start belajar di sekolah. Ibu mmg kurang masa nak mengajar suffiya ..
Terima kasih pada teacher & sir kat school
sbb banyak yang suffiya dah belajar ...
Terharu sangat2 ...
sbb ibu sendiri tak banyak yg dapat ajar suffiya ...

Petua - Utk menyusu


Hilangkan Bengkak Buah Dada Untuk Ibu Menyusu Badan

Ibu yang menyusu badan kadang-kadang menghadapi masalah bengkak susu kerana bayi tidak menghisap susu pada masa yang lama. Memerah susu kadangkala boleh membuatkan susu badan yang dihasilkan bertambah banyak kerana 'signal' salah yang diterima oleh minda anda. Anda boleh melegakan bengkak ini dengan menyiramkan buah dada anda dengan air suam semasa mandi di pancuran. Atau, anda juga boleh menanggalkan 'bra' anda dan siramkan air suam dari mangkuk dengan menunduk di sinki.


Bunga Melur untuk Menambah Air Susu Ibu, Daunnya untuk Menghentikan


Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi.
Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara.

January 19, 2009

Gambar Zulaikha & Suffiya

Dah lama ibu tak ambik gambar anak2 ibu .. asyik busyy dgn kerja umah jerkk .. soo ni gambar Khamis lepas ... sbb ibu nengok pp adik dah surut sket demi sikit ... nanti windu pulak dgn pp tembam dia ... malam tadik pun ibu ambik gambar tangan adik, betis adik, kaki adik yang montokk .. lehh wat lepas windu kalo badan adik mengecik macam kakak ...

Ni muka puas org lepas nenen ... selalu kalo lepas ibu dinner, papa kemas dapur ..
turn adik pulak dinner ......

Adik berborak2 dgn ibu ...
agaknya nak mengadu kakak buli dia kat sekolah agaknya

2 beradik khusyuk layan mickey mouse ...

adik pun kemain .. mata takmoh lepass tue dr tb ...

January 16, 2009

Gambar basi - hari persidangan

Ibu tunggu masa nak kira undi ... sooo dah buhsan tangkap gambo sendiri .. ahakssss.
Tue budak sorang tue nama 'wan' .. pangkat adik, dia masuk sama dgn ibu ...
ibu kira undi dok sebelah dia ...

Dah sangap .. lambat sgt nak kira undi nyerrr

Dalam proses mengundi carik pengganti UNGKU AZIZ

Suffiya & Zulaikha

Dah lama ibu tak cerita pasal progress anak2 ibu ... gambar pun lama tak ambik. Balik dr kerja lepas ambik suffiya & Zulaikha di sekolah terus terkocoh2 sediakan lauk (tapau) utk dinner. Selalunya pukul 7.30mlm kami dah settal makan dinner. Dah siap makan ibu kena terus basuh baju kakak & adik ... pastu siap2kan barang ke nursery ... bergolek2 dgn adik yang nak nenen sambil bersantai atas katil .. tup tap tup tap .. dah kul 10.00mlm .... kena tdooo .. esoknya bangun 5.30pg ... rutin yang sama jugak ... kul 6.30am dah kejutkan kakak utk dia bersiap ke sekolah. Adik mmg dah bangun kul 5.30am ... soo ibu pasangkan tb, dia tengok la sorang2 tb tue sesambil menjeling ibu mengepam susu ... heheheh.
So far progress Suffiya Khadeeja setelah 3bulan hantar pi school
1. Kuat makan -> Teacher cakap kalo pasal makan mesti suffiya laju dr orang lain .. pastu kuat makan .. asyik .. 'nak ... nak ... nak' .
2. So far dah boleh harap pakai baju sendiri ... cuma kadang2 terbalik jerk la..kita kena tolong betulkan.
3. Dah pandai membebel kat ibu .... suker sgt cakap .... "eshhh ibu ni " ( ada chance suker membebel macam ibu ni .. hehehe )
4. Kat sekolah jadik otai ... abg yang 4tahun pun dia cepukk smp menangis (Adess kaki buli anak ibu nie ..)
5. Sejak tukar susu pedisure ni .. ibu nampak lagik banyak progress suffiya compare masa dia minum isomil ( makin kuat bercakap & membebel .. pening ibu nak layan ahakssss)
6. Suffiya mmg anak papa .. kalo nak tdo mesti celah ketiak papa, zulaikha kat ketiak ibu ( ibu & papa malam2 jadik sandwish utk anak2 ... adeiiii )
7.Sekarang kakak dah boleh bangun pagi .. kul 7.00am dia dah tak meragam nak bangun, compare masa dulu kul 9.00am pagi kejut pun mengamuk.
8. Cara cakap suffiya dr segi bahasa banyak yg dah clear cuma ibu kena betulkan sket2 perkataan yang dia cakap pelat2 ... kalo kita ajar dia .. dia pulak yang cakap ... ("pandaiii ... ibu ". terbalik pulak ... kekekek. )
9.Berat suffiya still 9.00kg ... sooo still kurus kering ...
10. Suker sangat cium zulaikha .... smp adik naik rimas. Sket2 panggil adik .. pastu cium. asyikk nak cium jerk.
11. Suffiya ni garang, jangan la usik dia ... mmg nak kena belasah balik dr dia. Selalu ibu la yang jadik mangsa ...




Gambar nak pi school pagi tadik .. ngantuk sungguh.

Progress Zulaikha khadeeja .... nak masuk 3bulan

1. pipi tembam adik ibu nengok dah makin surut sejak zulaikha dah start pusing2 badan
2. dah pandai mengekek kalo kita agahh .. nak2 kalo sebut ... Zulaikha Khadeeja
3. Kalo kakak mamam depan zulaikha, bolatss mata dia pandang pastu smp menjejes2 air liur dia .. ( sabar ekkk adik .. lagik 3bulan ibu kasi mamam)
4. adik menten cool jerk bila kakak belasah dia -> kakak suker cubit pp dia, jolok mulut adik, main kelopak mata adik ...adik menten jerk layan tp dalam hati .... "siap ko kakak, adik besar nanti ..adik balas balik ..kekekek'
5. Zulaikha mmg senang nak jaga ... susah sgt nak dengar dia nangis.
6. Zulaikha kalo letak depan tb, 2-3jam dia leh layan tb smp tdo ... takyah susah2 nak jaga.
7. Sekarang ni kalo kakak suffiya nak datang dekat ... zulaikha dah resah gelisah, agaknya dah boleh tauu kakak asyik nak chium pp montel diaaa .....
8. Sekarang ni zulaikha minum susu 4oz x 5botol = 20oz
Tiap2 pagi ibu hantar yang fresh 8oz + yang ibu pump semalam punya 8oz + 4oz (ebm)

Adik tak sabar nak pi school
update tenusu hari ini :
6.30am - 8oz
10.00am - 8oz
3.30ptg - 9oz
total : 25oz

Bila Suffiya pump susu ...

Tiap2 pagi & malam ibu akan mengepam susu ... sooo malam aritue bila ibu habis pump susu, tengok2 kakak cuya pun nak pump susu ..... sesambil nengok mickey mouse dia .... Papa tengok video nie sambil tergelak2 ....

video

Lepas ni agaknya adik pun tergedik2 nak pump susu sbb bila ibu pump susu mata adik bolatss pandang ibu ... sbb geram bau susu kot tp dia tak dapat ngapppp ...

Info susu lagi ...


Jangan Tukar Cepat Sangat Ketika Menyusu / Pam
Jangan terlalu cepat menukar payudara (dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri) ketika menyusu/pam terutamanya jika anda mahu anak anda lebih berisi. Lebih banyak anda mengosongkan payudara selepas menyusu/pam, lebih cepat susu akan terisi kembali ke dalam payudara. Jika terlalu awal menukar payudara, bayi juga tidak mendapat susu yang lebih pekat, lebih lemak yang semakin banyak terdapat jika semakin lama bayi menghisap di setiap belah payudara.

Bayi Menggigit Semasa Menyusu

Kebiasaannya gigi pertama bayi anda mula tumbuh sekitar umur 4-6 bulan. Bayi anda akan suka untuk mengunyah, atau menghisap apapun yang dijumpainya (termasuk anda!) supaya gusinya yang gatal rasa lebih selesa. Sebenarnya semasa menyusu bayi tidak boleh mengigit kerana dia tidak boleh melakukan dua kerja (menggigit dan menyusu) ini secara serentak. Jadi apabila dia telah habis menyusu, cepat-cepat pisahkan puting anda dari mulutnya sebelum dia mula menggesek gigi. Jika dia sempat menggigit, katakan "JANGAN!", pisahkan mulut bayi dari puting anda. Rehat untuk seketika (2 minit) dan kemudian sambung semula. Jika bayi anda melakukannya lagi, katakan lagi "JANGAN!" dan jauhkan mulut bayi anda dari puting.

Air susu ibu tidak ada berkahnya

Al Ghazali menyatakan: "Air susu ibu yang keluar dari makanan haram tidak ada berkahnya. Jika terserap anak kecil, maka jasmaninya terbentuk dengan materi yang buruk. Akhirnya perangainya cenderung kepada tindakan-tindakan yang buruk".

January 15, 2009

Info tambahan - Penghasilan Susu

Hormon Prolaktin untuk Penghasilan Susu Ibu

Prolaktin adalah hormon yang dihasilkan oleh kalenjar pituitari yang membolehkan berlakunya penyusuan susu ibu. Pada akhir kehamilan, kalenjar ini akan menghasilkan lebih banyak prolaktin. Hormon penting ini menyebabkan berlaku beberapa perubahan terhadap badan anda:
Susu badan dihasilkan
Haid terhenti (amenorrhea)
Keinginan seksual (libido) berkurangan
Setelah penyusuan susu badan berhenti, tahap prolaktin akan menurun semula ke normal dan haid akan kembali seperti biasa. Minda mengawal jumlah prolaktin yang dihasilkan menggunakan bahan kimia semulajadi yang dipanggil dopamine. Lebih banyak dopamine dihantar oleh kalenjar pituitari, maka semakin berkuranglah hormon prolaktin dihasilkan.

Prolaktin juga boleh meningkat sedikit sewaktu dalam keadaan tidur, tekanan, hubungan seks, senaman, rangsangan puting payudara dan ubat-ubatan tertentu.

Makanan Tinggi CLA Memperkayakan Kandungan Susu Ibu



Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.


Halba dan Jintan Hitam untuk Menambahkan Susu Badan


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.


Susu Ibu Cair Bukan Tak Berkhasiat

Kajian menunjukkan bahawa kandungan lemak dan tenaga dalam susu ibu sebenarnya meningkat selepas bayi berumur setahun. Susu ibu disesuaikan dengan perkembangan anak-anak, membekalkan jumlah khasiat secukupnya pada masa yang diperlukan. Malah, kajian juga menunjukkan antara umur 12 hingga 24 bulan, 448 milimeter susu ibu membekalkan peratusan berikut untuk keperluan harian minima anak anda:
Tenaga 29%,
Folate 76%,
Protin 43%,
Vitamin B12 94%,
Kalsium 36%,
Vitamin C 60%,
Vitamin A 75%

January 13, 2009

Mesti baca ...... Khasiat tidak ternilai


SUSU IBU KHASIATNYA TIDAK TERNILAI


KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.

Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.
Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."
Susu ibu menyelamatkan nyawa

Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius. Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan. Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.
Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.
Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Mengapa tidak menyusu?

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.
Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.


Khasiat dan kebaikan susu ibu


Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.


Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.


Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.


Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Susu ibu menguntungkan wanita


Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.


Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.


Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.


Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.


Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

update tenusu hari ini.

6.30am - 8oz

10.00am - 9oz

3.00pm - 9oz

totall = 26oz

January 12, 2009

Infooo ..... Susu ibu

Ibu cilok artikel ni dr Cari ....... Something to share ...


Tahap penyusuan badan rendah di kalangan ibu-ibu

KUALA LUMPUR: Budaya penyusuan badan di kalangan ibu-ibu di Malaysia sangat rendah - hanya 14.5 peratus daripada mereka memberikan susu badan kepada anaknya sehingga berumur enam bulan, menurut statistik Kementerian Kesihatan.
Ini disebabkan kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan daripada anggota keluarga dan kakitangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Sebab utama lain ialah makanan bayi komersiol yang ada menggambarkan ia adalah sama jika tidak lebih baik daripada susu badan.
Bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan badan di negara ini, kementerian tersebut merangka satu kod etika produk formula bayi yang berkuatkuasa Ogos lepas. Kod etika pertama diperkenalkan pada 1979 yang didapati tidak berkesan. Salinan kod etika terkini diperoleh Bernama di sini hari ini. Kod itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengiklankan produk komersiol bayi yang mungkin dilihat mengatasi kemampuan susu badan.
Ia juga bertujuan memastikan penggunaan formula bayi sewajarnya, berkaitan produk dan makanan tambahan. Tujuan utama kod itu ialah terhadap pekilang dan pengedar agar jangan memasarkan, mempromosi atau mengiklankan produk itu dalam cara sebagai mencabar atau mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu badan.
Penyelidikan menunjukkan susu badan adalah yang terbaik untuk bayi kerana ia memberikan perlindungan terhadap penyakit dan membantu menjalin hubungan rapat antara ibu dan anak. Mengenai kod itu yang dikaji semula, jururawat kesihatan kanak-kanak Tan Bee Lan berkata ia satu langkah yang sangat baik kerana syarikat menggunakan ibu yang mengandung, pekerja kesihatan, doktor dan malah kanak-kanak sekolah mempromosikan produk mereka. ¡°
Kini diharap dengan kod yang lebih terkini dan berkesan ini, ibu-ibu janganlah terpengaruh dengan memberikan susu formula kepada bayi mereka,¡± katanya. Tan yang bertugas dalam bidang ini selama 30 tahun berkata susu badan secara idealnya hendaklah merupakan satu-satunya sumber makanan untuk bayi sehingga sekurang-kurangnya enam bulan. - Bernama

January 06, 2009

Kenangan ...

Ni la passcard Ibu sejak pegnantkan suffiya tahun 2007/2008. Ingatkan passcard ni boleh simpan sendiri rupanya kena pulangkan balik .. sooo sebagai kenangan ibu ambik la gambo tepek sini ... huhuhu. Ada gak kenangan .... Nostalgia betul ibu nak tinggalkan MIMOS ni. Sebelum ini ibu kerja di TM , mmg kerja shift soo bila nak kawin kan susah kerja shift ni. Soo ibu cakap dgn papa selagi tak dapat kerja normal hour ... selagi tue takleh nak kawin. Dan alhamdullilah mmg rezeki ibu & papa ... MAY 2005 ibu dapat kerja di MIMOS. Syukur sesangat & kami pun start bertungkus lumus nak kawin pulak.

Dan sekarang ibu terpaksa melangkah pergi dari MIMOS utk ke ANGKASA http://angkasa.coop/ di IT Department. Semoga kali ni betul2 ibu sain mati punya .. takmoh lompat2 kerja ... hehehehe. Insyaallah azam tahun 2009, ibu ada environment baru moga ibu dapat melaksanakan kerja dgn baik. Emmmmmmm agaknya boleh tak ibu nak mengepam ???? adessssss .... takpe la Zulaikha .. Insyaallah tetap ada rezeki Zulaikha.



January 05, 2009

Happy Besday Fara Aisyati..... 1st Besday

Hari Ahad kami sekeluarga balik Puncak alam sbb celebrate besday Fara yang pertama.

Ni ibu pakaikan baju sedondon .. berkenan lak warna hijau & bunga2 tulip .. soo belikan tuk kakak & adik ... skrg ni kalo beli barang kan kena beli 2, mana leh beli satu ...
Suffiya pakai baju saiz 1tahun setengah ... besar yaa amat
Zulaikha pakai baju saiz 3-6bulan, sendat ya amat, padahal masa beli seminggu lepas, dah cuba besar jerk ...Besday girl ... Fara Aisyati
3 beradik .... tahun 2008.
Fara (Jan) ... Zulaikha (Oct) ... Qistina (Sept)

Zulaikha dah botaksss

Hari Sabtu pagi aritue, papa & ibu buat operasi membotakkan kepala Zulaikha. Nasib baik Zulaikha good girl .. sumbat nenen jerkkk terus diam sambil papa godeh rambut dia. Sampai tertdo2 la pulak ... adeiiii adikkkk.

Adik menunggu papa prepare barang nak gondol kepala, masa ni kakak still tdo lagik sooo takde pengacau ..
Operasi menggondol .... adik baik jerk, ibu sumbat nenen dia senyap ....
Taraaaaaaa .. hasilnya. Bila dah botak gini baru la nampak macam muka kakak Cuya .... senyum nyer .. gelaknya .. bentuk mukanya, cuma adik tembam dr kakak laaa ...

January 02, 2009

Godeh-godeh freezer & fridge

Sempena cuti tahun baru semalam, ibu pun nak tutup buku pasal susu 2008. Sooo ibu mengodeh2 freezer & fridge utk kira bekalan2 ebm ibu.
EBM Stock ( NOV )
Playtex : 18
Bekas dadih : 25
EBM Stock ( DEC )
Playtex : 13
Bekas dadih : 59
Total 2008 - 115


Stok yang belum sorting



Yang telah di'sorting