Popia ni rasanya mmg macam batang buruk tradisional kita ( peberet ibu jugak taww .. tiapkali raya mesti ada). Rasa memang lebih kurang sama cuma kulitnya rangup2 .. sedap utk kudapan dirumah ... nguppppp ngapppppp nguppppp ngapppppp. Sedar2 habis semangkuk. Popia batang buruk ni dibuat dengan penuh ketelitian dgn ketekunan ... guna lilitan jari atau straw jerkkkkkk dengan cara manual... punya la payah nak buatnya tp bila makan sekejap jerkkk habis ... rangup + rasa lemak2 kacang ... sedapppppppppp.
My CD SHOP --> http://nieza-online-shop.blogspot.com/
PROMOSI PROMOSI PROMOSI utk penghujung SYAWAL... boleh mengugurkan jantung anda ...
5set poket CD dengan HARGA ISTIMEWA
5set CD AIO juga dengan HARGA ISTIMEWA
SMS atau YM untuk maklumat lanjut ......... juga boleh dibayar dengan cara ansuran .....
July 31, 2009
Popia
Popia ni rasanya mmg macam batang buruk tradisional kita ( peberet ibu jugak taww .. tiapkali raya mesti ada). Rasa memang lebih kurang sama cuma kulitnya rangup2 .. sedap utk kudapan dirumah ... nguppppp ngapppppp nguppppp ngapppppp. Sedar2 habis semangkuk. Popia batang buruk ni dibuat dengan penuh ketelitian dgn ketekunan ... guna lilitan jari atau straw jerkkkkkk dengan cara manual... punya la payah nak buatnya tp bila makan sekejap jerkkk habis ... rangup + rasa lemak2 kacang ... sedapppppppppp.
July 30, 2009
Buka booth
Edisi luahan perasaan
ni aku nak kena kan balik .. lantak ko carik sendiri ....................ergggggggggggggggggggggggg
dah seminggu makan tak lalu, kepala pening pk kan .. 1 notebook MIA .. uwaaaaaaaaa smp hati derang ...kalo betul2 hilang kena ganti 3k ... lepas ni aku nak fight ... tak nak ambik risiko pasal barang2 asset ni ...
** sorry .. sbb geram ya amat sgt ... patutnya arini nak pi jcard .. shoppingggggggggg uwaaaaaaaaaaaa
July 29, 2009
1st haircut at saloon ..... Giant.

Suka dpt dok kat kerusi tue ... sengih manjang ..
ibu risau sgt kalo tiba2 dia termuntah ..
uwaaaaaaa mimpi ngerissssss




tak tahan geli pastu SA tue tukar pakai towel dgn harapan dapat dok diam2

Kasi sepit buat main ....
taraaaaaaaaa ... macam laki ekkk ??? takpo aaaa janji kemas, raya ni mesti dah panjang sket sooo mesti cun heheheh.. harap2 curly curly bahagian bawah tue malu2 nak tumbuh balik ... huhuhu
Aktiviti orang sakit ....
Kul 11 tadik pi klinik dgn tak mandikan pun suffiya .. tp dia request nak pakai baju elmo dgn suar poket ... so far berat kakak 11kg ( tak naik2 dah berapa bulan dah), panas 38 tp doc cakap suffiya ni kena virus demam malam so dia bagi ubat batuk & kahak dan standby ubat utk zulaikha jugak ....



Balik pada klinik perut berkeroncong dah kami singgah makan nasi ayam.. alhamdullilah selera makan dia ada,habis gak setengah pinggan nasi + air vitagen 1 botol. Pastu kami pergi mengepos cd kat 'mailboxes ' lepak sana borak2 sekali suffiya boleh muntah2 pulak kat sana .. ya ampunnnnnn .. nasib la akak tue tak kisah, yerk pun lama sgt nak settalkan barang ibu .. haaa kan dah kena .. padan mukoo hahahahah. Nasib muntah nasi bukan susu ... heheheh. Dalam pada tue, singgah gak kat giant nak beli stok vitagen + brg2 nak masak spagetty, nak tambat selera anak dara ni ... biar ada selera makan jgn masuk angin lak dlm perut.
Next entry ...... 1st haircut at saloonnnnn ... Behave sgt kakak pastu boleh la potong rambut kat salun jerk .. takyah berkuntau dgn ibu ... heheheheh.
Bersiaran dari rumah ....
khadeeja tak sehat sbb ada parents hantar anak2 yang demam .. tp kami dah asingkan dr dalam bilik." apa yang boleh ibu cakap ?? Em takpe la ... so far tengok suffiya & zulaikha ok. " Tapi mama bagi jugak ubat demam jerk takut berjangkit". Papa cakap "ok"
Selasa petang masa kami jemput lagik ... sir cakap lagik " mama, tadik khadeeja muntah tp adik ok jerk ... saya monitor suhu dia dah 38 .. kul 4ptg tadik dah bagi ubat. Sorry yerk mama, ada budak demam lagik ....". Ibu dah rasa nak marah2 dah ... awat bila anak2 ibu demam, ibu atau papa sanggup cuti sbb tak nak berjangkit kat budak2 lain .... awat org lain tak pk camtue????? tak kesian ker tgk kalo anak2 demam ???
Pukul 7pg tadik .... masa ibu tukarkan cd kakak & zulaikha. "Bu .. tatak taknak pergi sekolah .. tatak nak pergi klinik ..." terus ibu terdiam tengok dia melepek jerk .. "Ok la, ibu tak kerja yerk arini .. bawak tatak pi klinik. Pukul 7.30pg dah bg makan ubat & kul 9 tadik baru papa pergi kerja dan hantar adik ke skull.

Kejap2 tanya ibu ... " Ibuuuuu mana adik ita (ika)???
Adik pergi sekolah ... dgn papa.
pastu datang lagik .. " buuuuuuu adik pergi sekolah yer???"
Ibu jawab .. ' Iyaaa .. kan kakak demam"
boring2 lagik .. datang lagi .... " buuuuuuu .. nak adik ... "
Tue la bila salah sorang takde .. mesti mati kutu sbb dah biasa berdua.
Zulaikha pun kalau suffiya ekut papa pergi kedai .. mata asyik pandang pintu jerk pastu buat muka sedih sbb kena tinggai .. skrg ni dah pandai nak main kat luar dah.. pantang bukak pintu cepat2 lari dgn walker dia pergi ke pintu.
kejap lagik dlm kul 11 br nak bawak kakak pi klinik disamping carik benda isi perut .. lapoooooo ni minum air milo 2gelas jerkkkkkkkk
to acik raihan --->> "Dedak ayam" @ psyllium tue tak expired lagik, nanti aku pos .... sms add wehhh. Tengahari kang nak pos.
July 28, 2009
Entry khas utk Makcik Raihan
Aku nak share pengalaman aku yang jaga Zulaikha selama 9bulan & kerap sakit. Menjaga Zulaikha tak sama dgn menjaga Suffiya mmg banyak pengalaman2 ngeri yang aku hadapi nak jaga budak bambam ni. Ko pun tahu kan .. kemuncaknya Zulaikha terus hospital pasal berkaitan dgn kahak tersekat yang tak boleh nak keluar & batuk & selsema tahap ktikal & juga demam yang kerap.
Derang memang senang nak demam sbb Suffiya & Zulaikha duduk nursery. Masa tue 4-5bulan lepas tiap2 minggu kami berulang alik pi klinik .. minggu ni suffiya, minggu depan zulaikha pastu suffiya balik .. pastu zulaikha jugak .. smp aku naik resah & takut sgt kalau Juzer cakap .. hantar jerk pada bbsitter lama ( aku takmohhhhhh ... tak nak benda lama berulang balik, byk makan hati ) smp doc pun kesian tengok derang 2 beradik .. tp itu la yang aku & juzer lalui sepanjang masa hantar anak ke nursery. Orang kata hantar nursery senang dapat penyakit mmg betul .. tp kita sebagai ibu bapa yang bekerja mmg takde pilihan lain .. terpaksa jugak hantar nursery.
Alhamdullilah dah sebulan lebih .. Zulaikha dah tak demam & jarang selsema & jarang batuk .. begitu gak suffiya. Memang aku nampak beza sbb aku nengok kawan2 suffiya hingus meleleh tp derang still tak kena selsema & batuk.
Apa yang telah aku & juzer buat ...
Kerap bagi Suffiya & Zulaikha makan madu khaula 3hari berturut2 - Celet guna anak jari pastu letak kat lelangit pastu niat sambil selawat
Buat injection pnemocucul - alhamdullilah dah jarang derang tak sehat .. skrg ni dah 2bulan tak pi jenguk doc chua ..heheheh
Masa suffiya duduk rumah bbsitter mmg doc chua tak suggest jap pnemocucul ni, bila tahu kami start hantar derang ke nursery mmg doc suggest cepat2 jab pnemocucul.
Dalam al-quran pun dah sebut, salah satu pemyembuh penyakit adalah madu .. kita hanya perlu cuba & tawakkal jerk ...
July 26, 2009
Buat apa hari ni ????
Aktiviti dr pagi .. wahhhhhhhhh ujan turun dgn syioknya konon nak sambung tdo smp kul 10pg skalik anak2 kul 7pg masing2 dah bulat mata ... suffiya terus cakap " Bu ujan .. tak boleh pergi Taman " .. huhuhu. Tue la pagi2 lagik suffiya dah request, mlm tadik pujuk derang tdo awal dgn ayat .. " Esok bangun pagi2 kita pi taman yerk " .. awal sungguh derang tuntut. Tapi ujan turun, tak dapek la nak bawak .. papa cakap petang ni kita pi. Ibu pun mula la acara melipat kain 3bakul & pagi ni papa yang buat bekpessssssss .. i like'it .. papa goreng pisang & scramble egg & goreng sosej ... pas bekpes papa buat aktiviti dgn anak2 ...

Hari ni adik dah start mandi dgn kakak sbb adik dah duduk tegap .. sooo masing2 nak mandi tolam .... Disebabkan cuaca sejuk & kul 9pg .. derang rendam tolam air suam. Acara mandi2 dgn anak2 ni mmg rutin tetap papa sbb ibu masih serius nak menyangkung lamo2. Walaupun zulaikha dah 9bulan rasa lagik kat bawah nung nyutt nyuttt.

Menu simpoi ibu arini ... ala2 malas masak .. SUP TULANG MASYUKKKKKKK ... puji diri sendiri .. 1st time buat papa cakap, ok ada rasa tapi tak pekat..kena pekat lagik ... ok bossssss

Sayur utk shushu ... kacang botol + bendi + daun kucai ..
ibu suker hati campur2 goreng dgn cili besar + bilis ....
ibu makan sorang sbb tue sukahati nak campur2 huhu
Utk anakanda berdua ..sup ikan tenggiri + potato + carot .... no salt at all sbb ikan tue freshh manisss jerk rasa. Ni la jugak stok puree Zulaikha untuk minggu ni.. ya ampun malasnya ibu nak memasak ... terus rebus 2potong ikan sekali gussssssss ....
Sejak akhir2 ni suffiya suka tdo melepek kat ibu .. pastu dia peluk kuat2 pulak tue, adik pandang jerk dari dlm walker ... nasib adik baik hati .. dia nengok jerk tatak melepek dgn ibu. Adik kasi can kakak melepek dgn ibu. Semalam pun cam ni ... hari ni pun sama.SAYA, SUAMI SAYA & BLOG SAYA versi NIEZA
Jawapan Nieza yang berbeza sket selepas baca Versi Oli & Versi Yan ..
Papa baca blog ni ????
Yurp dia ada baca .. walaupun konon2 dia buat tak tahu pasal blog ni. Menda ni kantoi bila ibu pi opis papa & dapat chck di pc papa ..Dia still nak tahu apa yang ibu meroyan pasal papa & anak2 ... soo far dia tarak complain apa2 lagik ...(agaknya nak nengok gak gambar bini dia kot hari2 wakakak)
**********************************
Papa pernah sentap apa yang ibu tulis ???
So far ibu takde nak buat entry2 yang 'sentap' sbb papa adalah sorang yang unpredictable person ... dia boleh gelak ketawa dalam 1 masa & dia boleh berubah kepada seorang yang 'tidak boleh dtafsir cara pemikiran' pada masa2 tertentu. Walaupun kami telah berkawan selama 2tahun & berkahwin 3tahun .. masih banyak yg ibu still tak tahu & tak pandai nak handle papa .. SERIUSLY kalo pada kawan2 papa, papa seorang yang 'PR' bagus heheheh .. happy go lucky can do everything together & pada papa kawan2nya adalah sebahagian drpd hidup dia (papa adalah membesar di asrama) sooo ibu tak nak spoilkan kehidupan papa hanya dengan kata2 sakit hati ibu pada papa. Kami bergaduh & bertekak dirumah dengan keadaan yang aman bahagia .. wakakakak (boleh bayangkan tak ?? ibu yg banyak cakap papa hanya diam, smp 1 tahap ibu terpana dengar papa dushh dushhh ibu balik hahahah pastu padan mukooo nak sgt kan heheheh).
Kami berdua mempunyai perangai yang jauh berbeza & pandangan yang sungguh berbeza. Otak papa ibu memang tak boleh baca maaaaaaa.... kalo dia termenung adalah di pk tue & yang paling best lelaki kan memang EGO sooo layannnn jerk laaa .. paling habis buat tuli jerk wakakaka.
Ibu takleh gak nak sentap2 papa sbb ibu tahu papa pun banyak berkorban utk family kami. Bukan tanggungjawab ibu sorang melayari bahtera perkahwinan ini, papa pun banyak jugak tanggungjawab yang dipikul. Bila baca banyak blog kawan2 ibu bersyukur sgt2 & ibu tak nak mintak banyak pada papa cuma biarla papa terus jadik FAMILY MAN smp bila2 ... biarla pada papa FAMILY tetap no.1 & papa tidak pilih bulussss .. Family ibu tetap ibu bapa & family dia .. sooo memang takde diskriminasi .. soo ibu banyak belajar dr perangai & sifat papa .. layan kan ajerkkk jangan banyak complain. Kalau ibu banyak bebel paling habis papa suruh munasabah diri & belajar bersyukur.
************************************
Papa support Ibu blogging tak ???
Support kot ??? hahahah .. line ni papa yang apply & bayar sewa bulan2 .. tp ibu yang selalu guna. Notebook pun papa yang belikan sempena wishlist ibu yang nak 'berinternet' dirumah. Alasan ibu nak belajar online bisness .. ( papa, hasilnya berbaloi tak ???? hahahaha)
Ipar-Duai papa baca tak ???
Yurp baca, adik beradik Nieza pollow blog ni utk nak tahu perkembangan anak2 buah kesayangan mereka .. Adik Ipar pun follow jugak & ada juga sesedara papa yang celik IT mengikuti jugak perkembangan keluarga kami yang balik kampung hanya 2kali setahun huhuhu. ( Sonang jerk derang nak google .. just type Juzer keluarla gambar Abg Long derang ... rasa nak tukar nama lain aci tak????)
Kawan2 papa pun ramai yang follow blog ni ..
Derang pun carik senang ... type nama papa keluar la blog ni ... soooo dptla derang baca cerita merapu2 bini si Juzer ... That's why banyak menda yang ibu kena jaga .. lebih2 lagi hati papa, takkan papa nak jaga hati ibu jerk ...ye dokkk ....
Benda2 yang tak puashati kami gaduh kat umah jerk ... (nanti kuar la adik Zulaikha wakakaka.) Ibu jenis yang straight to the point ... tak puas hati cakap jerk, takde simpan2 dlm hati takut bernanah ... Lelaki tetap EGO sooo terpulang nak dengar tak nak dengar, nak pk atau tak nak pk .. up to you ... i dah bgtahu youu hokeyyy
*************************
Basicallynya ibu tak boleh all out semuanya sbb kena jaga hati banyak pihak & yang paling penting jaga hati papa .. macammana papa jaga ibu kalo boleh ibu nak jaga lebih daripada papa ... Takut woooooooooo.
Dalam hal2 berkaitan dgn rumahtangga ibu rajin psiko papa wakakaka.
"papa cuba belajar buat ni ..."
"papa belajar la buat tue ...."
kalo angin malas dia mai i .....
"papa kena belajar buat benda2 ni .. kalo ibu takde sapa nak buat ???"
"papa kena buat jugak .. nak harapkan sapa jaga anak2 kalau ibu takde ????"
aci tak psiko cam tue ????
realitinya gitu la ibu psiko kalo tiba2 papa lupa daratan hahahahah
anak sama2 maaaaaa ... heheheheh
************** Tamat *********************
weii boleh menang tak ?? aku buat ni dlm kelaparan weiii .. dpt idea masa basuh CD zulaikha yang penuh pooo poooo ... heheheeh
July 24, 2009
dah Jumaat .. yeayyyyyyyyyy
July 23, 2009
Ulangkaji ....
Tiba-tiba arini nak jadik penceramah tak bertauliah ..hahahah. Ibu bukan LC tp ibu hanya sharekan pengalaman-pengalaman yang pernah ibu lalui ...Ibu dapat rasanya yang begitu ramai silent reader mengikuti blog ibu secara sonyap2 ..hehehe. Welcome welcome terima kasih sudi singgah blog ibu. tp ibu cuba sharekan ilmu2 yang ibu ado walaupun tak sebanyak mana ...
Ok tiba2 rasa ada mood nak cerita pasal 'puting tersumbat' atau 'inverted nipple'. Bagi ibu yang mempunyai 2 orang anak ini .. masalah inverted nipple ibu dapat atasi bila ibu menyusukan Zulaikha iaitu anak yang ke-2 boleh refer entry ini.
Sebahagian info dr entry tersebut.. ibu paste balik
Proses pembaikan nipple tenggelam.
1. Sebelum ini menyusukan Zulaikha, ibu akan pump dulu breast sebelah kanan sebelum sua kepada Zulaikha, agar puting yang tenggelam itu akan muncul.
2. Ibu suggestkan kawan2 yang mempunyai masalah ini agar menggunakan breastpump electrik kerana bp elektrik akan menyedut nipple dgn kuat & mencepatkan proses penarikan nipple keluar compare to manual bp. Dinasihatkan proses pengepaman nipple tue hendak la dalam jangkamasa 10-15min, agar nipple yang terkeluar tue, tidak mudah masuk kembali.
3. Selepas nipple terkeluar, buat proses menarik2 nipple tersebut menggunakan tangan sebelum sua kepada baby.
4. Mana2 ibu yang mengalami masalah ini, perlu lah kerap menyusukan anak dengan menggunakan nipple yang tenggelam dahulu selama 15-20min sebelum menukar ke breast yang sebelah lagi.
5. Jika baby menangis tidak puas menyusu atau menolak2 puting, ibu2 perlukan semangat yang kuat agar tidak terlalu cepat menghabiskan proses penyusuan ini.
6.Walau apa pun yang kita lakukan, support dari husband adalah perkara yang paling penting sekali utk kita berjaya mencapai target kita ini.
Ibu mengulang balik entry ni disebabkan kebanyakkan silent reader ibu adalah 'bakal-bakal ibu' yang akan melahirkan cahayamata yang ditunggu-tunggu dan ibu cuba memberikan idea jika ada kawan2 yang mengalami masalah yang sama seperti ibu. Mungkin ada yang pernah baca sebelum ini mungkin terlupa akan cara2 yang perlu dilakukan. Info ini adalah sebagai panduan jika anda mengalami masalah seperti yang ibu alami .. BUKAN MUDAH ya BUKAN MUDAH untuk menyusukan anak2 dan kita sebagai ibu perlu lah mencukupkan ilmu didada agar bila sampai masanya nanti kita tak mudah give-up atau patah semangat. Semua orang boleh buat ... chayukkkkkkkk chayukkkkkkk
Tentang breastpump pula bagi ibu breastpump jugak adalah salah satu peralatan yang penting selepas kita melahirkan anak & dalam proses pantang .. bukan hanya sebagai peralatan yang digunakan utk mengepam susu tp adalah salah satu alat yang paling bagus jika kita mengalami inverted nipple. ( breastpump adalah bestfriend ibu smp sekarang.. kena kelek kehulu-kehilir) Tidak perlu merasa rugi utk melaburkan duit membeli pump yang mahal tapi pikirkan kepentingan-kepentingan yang perlu semasa kita menguruskan baby & susu didalam pantang. Jika kita bertekad untuk menyusukan anak secara exclusif laburkan sedikit duit utk mendapatkan pump yang sesuai untuk kita.
Untuk mendapatkan info yang lebih lanjut untuk inverted nipple boleh refer kepada artikel Momslittleone di sini atau info2 yang berkaitan dgn penyusuan ibu.
Sebagai persediaan awal perlu la rajin membersihkan nipple kita agar liang2 susu akan terbuka dan pelbagai petua mengenai susu boleh refer entry ini .
Mula kan persediaan awal untuk anda menyusukan anak-anak kesayangan anda .... menyusukan anak adalah pilihan yang paling tepat.
nota tecik : sebenarnya banyak lagik yang ibu nak kongsikan tapi ibu ni bukan la penulis karangan yang baik .. huhuhu .. main redahhh yoooo
July 22, 2009
Susu lagi ...
Menda-menda yang ibu takutkan akhirnya tak jadi heheheeh ...
Suffiya dah 1bulan lebih bertukar kepada susu baru dia ... Alhamdullilah serasi.
Masa ibu berentikan Suffiya breastfeeding dia minum susu Isomil sbb suffiya ada eczema
Pastu bila dia tak besar2 Paed suggest minum Pediasure & alhamdullilah mmg naik berat & selera pun mengancam smp tak terlayan
Pastu bila dah umur 2tahun lebih papa suruh try susu lain pulak .. soo skrg Suffiya minum Anmum Step 3 yang plain. So far ok semua, takde sembelit .. takde muntah2 ... takde alahan .. eczema pun tak attack ...selera pun tetap mengancam kami stick terus pada susu ni. Tapi takut jugak kena sembelit, tiap2 petang kami topup Suffiya dgn sebotol vitagen + kudap-kudapan buah2an atau buah prune. Sooo nak tengok berapa lama dia boleh tahan susu ni sbb dia dah mula bgtahu " Tutu tak shedapppp" huhuhu.. Pediasure kan sodapppp ...
Nasib baik ...
Segala persiapan tuk anak2 & air milo segelas utk papa dah siap .. tengok2 jam aikkk baru 6.45pg lambat lagik kul 7. Soo lepak2 main dgn Zulaikha & kemaskan barang2 mainan derang tepat kul 7.10pg kami turun 4beranak. Selalunya ibu yang turun awai sbb nak panaskan enjin kereta tp pagi tadik tergerak suh papa turun dulu ...
Bila kunci pintu rumah ... terasa awat la ringan sgt bahu ni, ada handbag jerk pastu pi jenguk kepala kat tangga ... papa pun melenggang bawak Suffiya jerk ... sekali ibu tepuk dahi .... Nasib baik tak tinggal huhuhu ...
Nak tahu apo dia ????????
'
'
'
'
'
'
'
''
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
''
'
'
Bila turun tangga jerk papa tanya " Kenapa ibu lambat sgt ???"
Ni haaa .. 2beradik ni tertinggal ... dah kunci pintu nak turun baru teringat
nasib la ... ibu tak tuooo lagik ... hissshhhhhhhhhhhh
July 21, 2009
Dapat jugak ... huhuhu
Soo Sabtu malam, kami pi layan steamboat kat Flaming ( Oli, akhirnya Nieza smp jugak ..hehehe) tp kalo makan dgn budak2 ni .. paham2 yoo la, Ya ampun ... cam tercekik nak makan tp ibu enjoyyy sbb derang pun enjoyyy makan .. Ibu mmg jenis lepaskan jerk derang makan .. gasak la apa org nak cakap. Zulaikha pun 1st time enjoy Eskem 1 scoop dia suap sendiri. Mula2 papa jeling gak pastu ibu cakap .. ala banyak mana la dia dapat makan sbb sejuk ...
Gambar ditangkap masa saat2 akhir sbb ibu melantak tak hingat. Suffiya layan mehoon sup & Zulaikha layan buah tembikai... soooooo makan la ibu dgn aman ...
Tak pasal pasal
Petang smlm pi keluarkan duit belanja minggu ni .. sekalik kuar rasa duit keras jerk pastu tecik ... aikkk duit betul atau main2 nie ???? pastu belek punya belek betul la duit RM50X 3 keping .. esh kalo duit main2 menangis ibu ... ujung2 bulan ni poket dah kering.
Niat dihati keluarkan duit 150 boleh la isi minyak RM50 tuk minggu ni .. skalik bila asyik masyuk belek punya belek duit tue pastu terus simpan dalam wallet , bila isi minyak ..entah cemana boleh guna 'kad gores dan menang pulak' cc lerr .. adeiiiiiiii tak pasal2 ... penangan poyo2 dgn duit baru ... dah lama tak guna CC sekalik semalam terjebak pulakkkkk .... adeiiiiiiiiiii. Ini la kejadian luar sedar .... huhuhu
Duit baru ... belah depan
Adakah nilai matawang kita main susut ????? atau nak elakkan pemalsuan duit palsu ???? Sapa2 pakar ekonomi apa pandangan anda ???
*** sapa2 yang call ibu tp tak dapat Ya AMPUN yerk ... sms pun mlm tadik br dapat balas. HP baru enggak dapat beli lagi sbb duit tak cukup pulak heheheh .. tiba2 kena bayar duit deposit tanah ... sooo pakai yoo hp yang dah nyawa2 ikan paus nie .. huk huk huk.
July 20, 2009
Syahdu lagik ...
Semalam 1 lagi kejadian yang buat ibu terharu lagi ... kakak sikat rambut adik yang gondol tue ...hehehe. Kalau org lain mungkin perkara biasa, tp ibu suker sgt tengok .. iteww pun gambar yang betul2 adik baring atas paha kakak sambil kakak sikat rambut dia ..tak sempat ibu nak rakamkan. Derang ni dah malas nak layan meroyan ibu dgn camera, bila ibu bukak handbeg jerk semua lari .. layan diri sendiri .. sedihhh tawwwww ....
Benda ni jadik petang smlm bila ibu mamai2 nak tdo .. papa dah melayang dah tdo.. anak2 tak nak tdoo .. sooo macam2 la aktiviti 2beradik tue ..
Masak apa ???
Sabtu papa request ... ikan tenggiri goreng cicah dgn sambal bachang + sup sayur Suffiya + Ayam goreng Kepci resepi ibu (nak habiskan stok ayam).
Dari last week papa dah start bising2 kat ibu, anak daroo dia dah pandai pilih makan & takmoh makan ayooo .. nak fishhh jerk. Sooo dah seminggu telinga ibu tepu dengar bebel2 papa .. papa suh ibu adjust masakan suffiya janji anak dia makan ayoooo .. tak kiro la ayooo apo pun. Sooo Sabtu pagi tue papa pi pasoo dia beli brokoli + carrot + tomato .. ampun la kalo dia nak makan brokoli ni .. tentu2 makan tomato jerk. Sooo skrg ni ibu kena blend sayur2 suffiya buat cam puree Zulaikha pastu campur dalam sup .. siappppppp. Suffiya suka hirup kuah soooo mmg keno la dgn stail ibu ... papa pun sonyummm jerk anak dare dia hirup sup banyak2 dgn harapan dapat gak khasiat carrot & brokoli tue.
Skrg ni ibu buat stok pureen bukan utk Zulaikha sahaja termasuk Suffiya sekali ... takpe la kakak oiii .. jangan kakak makan gak ayoooo.
Ahad papa request ... Ikan tenggiri masak tachu + sayur bayam rebus + sambal sardin utk ibu yang kena ada gak menda pedas pedas.
July 17, 2009
Bikin apa ini ari???????
Kul 1.30 peyut dah munyik2, ada jiran ketuk pintu pulakkkkkkk .. walaweiii murah rezeki, dia hantar semangkuk rebung masak lemak cili api .. sedapppppp sih tp ibu malas masak nasi terus ratah jerk gitu .. aci tak ???? hahahaah. Takut masak nasi makan tak habis ... pastu peyut lapoo lagik .. selongkar2 esbok .. ada eskemmm .... wahhhhhhhhh ... ini sudah bagus ... layan eskem sambil mengepam susu sambil layan ..American Top Model ... bahgianya iduppppppp aiiii ...

Jangan buat gini tauuuuuuuu .. mengepam sambil makan ...
Hasil perahan kul 1.30 dapat 10oz .. alhamdullilah
Dah makan kenyang, teruskan tujuan yang ke2 .. mengusha nuffnang .. alahai baru ada 4.20seng jerk ... emm takpe ahh nak buat goanno ... hikhikhik. Sesambil surf tenet .... mengkudapan atas katil.. gigih mengangkut lappy semua dalam bilik sbb nak dok dlm ekon ...kalo papa tahu nie .. yaaa ammmpun .. dok atas katil siap makan2 lagi cekelat dia ...hahahahah
July 16, 2009
Cuti lerrr
soooooo layan gamboo yooo la .. sian derang2 ni buek kerja .. mmg penatt sih ...
Tue pun simpan lagik buek harta karunnnn ... huhuhuhu
Sudah sampai hayat ...
Semalam dah tunjukkan yang hp tue makin kurang hayatnya dah... Papa dah bebel2 kat ibu still tak usha lagik hp nak beli ... tp kemuncaknya semalam berdesinggggg telinga kena bebel sbb HP terus kongggggg ... pagi ni elok pulak ..hahahahah. Sooo sblm kena marah tahap gaban baik carik cepat2 takut ada benda URGENT ker .. mana tahu kan, hp tetap benda yang penting. Sooo ibu tak sempat nak browse-browse sgt .. masa dah suntuk sbb tengahari ni papa nak belikan utk ibu. Pk punya pk sebelum tdo semalam ibu nak try pulak Sony Ericson model G705 gambar nyer disini. HP ni budak opis ibu pakai .. soo malas nak pk2 harga pun ok la .. tak mengeringkan poket papa, yang penting body hp nak warna merah ada WIFI, GPS & 3G serta camera yang tiptop (ibu kan blogger huhuhu). Rasanya ok kot model ni ... malas nak pk dah. Ekutkan papa suggest ibu beli NOKIA .. tapi cam malas jerk Nokia kurus kering tue, gambar kat sini ... hahahah.
soooo bila papa dah beli HP baru kena la ibu bekerja kuat memantapkan bisness yang ada, kena rajin-rajin masak utk papa, kena rajin-rajin kemas umah .. semua kena rajin lorrr ... dah terima habuan kena balas lorrrr .... Selamat bekerja kawan-kawan .. pinggang den nak patah ni, rasanya esok COMPOM MC ni .. tak dayooo dah nieeee ... heheheheh
July 15, 2009
5's
Unit ibu sedang menjalankan 5's .. soo ibu sbg organizer punya la cam nak patah pinggang. Ni baru sekerat hari .. adeiiiiiiiiiiiiii .. macam2 sakit badan dah smp. nak ambik gambar lupoo bawak camera lorrr ... Kalo dah nama Unit IT soo paham-paham yoo la barang2 hardwarenyaaa .. yang dah berkurun lama zaman tok nenek pun ado lagik .. disket zaman dolu2 pun adoo lagik ... sooooo kalo ibu yang dah incharge sekarang ni .. kem salam la ekkk .. semuanya dgn cergas tepek 'LUPUS' soooo harap2 cepat2 la benda tue semua dinyah dr pandangan mata ibu ... huhuhu
Uwaaaaaaaaa penatnya .. kang sambung balik nak pilih2 komponen2 tecik nak humban masuk 'LABEL LUPUS ' huhuhuhu.
July 14, 2009
Entry Khas Untuk Hazie
**** Ni yang Nieza karang malam tadik ... sorry kalo ayat tunggang terbalik ..
Nieza ada kawan BF yang bernama DANE di sarawak tak silap, dia dapat brestfeed exclusif twin dia rasanya setahum lebih ( tak silap la) Kalo Dane boleh ..tentu you pun boleh .. yang penting SEMANGAT yang kuat. Nanti Nieza try carik contact Dane, manatahu you boleh korek ilmu dr diaaa ...
Sekian dulu, kalo ada apa2 pertanyaan .. boleh la email lagik
Jangan segan2 yerkkkkk ...
Wasallam ...
July 13, 2009
Pincess
" Bu ... tatak nak pakai baju pincess "
"Yek la ..ibu ambikkan nanti kakak pakai sendiri "
"Bu ..adik nyer mana bu ???? .. baju pincess adik???"
"Adik mana ada baju pincess " jawab ibu
" Baju tatak ada three ... kasi adik baju pincess "
Ibu bagi zulaikha baju princess kesayangan kakak
"Adik ... chantikkkkkkkk adik .. pincesss "
"Bu ... papa, atikkkkk adik ... sama dgn tatak .. pincess"
Adik apa lagik, syiok la .... senyummmm dpt baju princess kakak ..
Bila kakak baik hati .. mmg baik sgt dok jaga adik, dok bg adik pakai baju2 dia. Kalo datanga ngin dia.. dekat pun kena sepak .. huhuhu** 2 hari dok umah ibu tak potty kakak, habis la kalo teacher tanya kakak mesti dia cerita 'khadeeja pakai famfersh kat umah" huhuhu. Padahal dah 2minggu dia free diapers ...huhuhu. Ibu & papa malas mengemopppppp kakak oiiii huhuhu ...
Food Feeder
Ok back to topic, ni la food feeder yang ibu gunakan kalau bagi Zulaikha makan buah-buahan. Tak kira la buah apa pun sbb dia skrg ni gatal gusi for sure nak mengeget jerk kerja dia. Dari dia asyik tercekik & bergaduh dgn ibu bila nak korek2 balik ..baik guna menda ni, biar la dia pegang sendiri buah tue...makan sendiri.
Pregnant lagik ...Baby 2010
Ingat tak dulu enty ini , tahun 2008 adalah tahun express utk atuk & wan Puncak Alam.. dapat 3 cucu sekali gus ... gegirl pulak tue berderet2. Dimulai dgn Farah Aisyati Jan 2008( anak abg yang 2nd) , Wan Arissa Qistina September 2008 ( anak Acik) & penutupnya Zulaikha October 2008. Semua berebut2 sapa yang nak kuarkan cucu lelaki sulung utk atuk & wan hehehehehe.
Soooo smlm mama datang lepak umah .. geng2 kaum ibu dah mulakan langkah yang ke-2 utk baby tahun 2010 ... Kak Ipar dah uweekkk uwekkk dalam sebulan dua utk baby yang 3rd , Adik Ipar pun dah start uwekk uwekkk .. MakDe' ( adik ke-4 bwh ibu) pulak dah mula bising tunda lagi la kenduri kawin haku ...hehehe.
Semalam bila mama cerita terus ibu poyo-poyo tepon Acik .. sbb last week kami pi lepak2 makan derian derang tak cerita pun ....
" Acik, ko buat apa tue ?? "
" Takde buat apa..relax2 kat umah mak Eton nie "
" Weiiiiiii ma cakap Eton pegnant ekkkkkk ... wallaweiii aritue poyo2 lepas 5tahun br nak pegnant"
" rasanya pegnant, sbb peyod dah lewat .... tp tak chck lagik"
" Huhhh syabas betteeeee .. syabassssss .. hahahah ibu terus gelak"
** Bukan ibu tak kasi Acik tambah anak, tp ibu tahu kedududkan kewangan derang .. dah nama adikkan .. sedikit sebanyak ibu wisauuuuuu .. derang muda lagik nak2 adik ibu lelaki ..
pastu bila papa balik solat Asar kat surau terus cerita kat papa ... apa lagik papa??? derang dah train seterusnya .. kita bila lagik ????? hahahahah. Papa terus gelak cakap .. takpe la, kasi laluan kat derang dulu ...
Ibu terus tanya Zulaikha .. " Adik... adik nak adik lain tak ???" terus ibu gelak ...
*** Ops jgn salah paham, ibu tak pregnant yerk .. Insyaallah kami akan cuba ekut apa yang kami dah plan kan. Tp semuanya kuasa tuhan huk huk huk ..
July 10, 2009
Sudah dapat idea ... heheheh
Tropical Chicken and Brown Rice (8months+)
Ingredients
1/2 cup (Brown/or Jasmine) Rice
2 cups water
1/4 cup papaya cubes
1/4 cup mango cubes
1 or 2 boneless chicken breasts
pinch of ginger and nutmeg if desired
1. Combine all of the above ingredients in a medium saucepan.
2. Cook over medium-low heat for 30 minutes or until rice is soft, fragrant and a bit soupy.
3. Take out the chicken breast(s) and cut into small pieces, transfer back to saucepan
3. Add more water if needed and stir frequently to stop sticking to the pot and add more milk or water if necessary.
4. Cook an additional 15 minutes or until chicken is done
Once the mixture is fully cooked, allow to cool for 10 minutes and then transfer to a blender or food processor. Puree or chop as needed for your baby's age and texture requirements. This makes a great finger food meal for older babies and toddlers alike.
Foods Good to Mix With Papaya:
Apples, Avocado, Bananas, Blueberries, Mango, Peaches, Carrots, Butternut or Acorn Squash
Zucchini or Summer Squash , Sweet Potato, Chicken, Yogurt
** Nanti ibu tepek version ibu .. kalo jadik la hikhikhik
Menu hari Ahad enggak ketahuan lagik sbb ada bibik nak datang cuci umahhhhhhh ... soo tak pasti lagik kuali & periuk belanga akan berkhidmat atau tak ... huhuhu
Kenapa stok puree ????
Ok back to topik, kenapa stok puree ??? ada kawan2 yang Ym ibu tanya .. " apa la yang ko susah-susah sgt, masak jerk campur sekali ???
pastu ibu jawab ... " aku seorang ibu yang malas .. heheheh, masak bubur 2hari sekali .. buat stok seminggu sekali .. " pastu bila ibu terangkan baru masing2 paham .. ibu tahu ramai silent reader nak tanya gak menda yang sama .. awat la minah ni nak berstok2 pulak .. elok ker makan benda2 beku gitu ... heheheheh
Ok ni jawapan ibu yang sekolah 3tingkat jerk paling tinggi hehehe & ibu bukan doctor, doctor kat umah adalah papa ( sbb teror beli ubat kat farmasi) ibu banyak belajar dr pembacaan org2 keliling yang berkerja macam ibu .. yang mempunyai lebih dr sorang anak ....
Kenapa ada stok puree ??? macam jugak stok Ebm .. kenapa ada EBM?
sbbnya bila zaman2 ibu TERLAJAK TDO cam terjadik minggu lepas, kul 6.40pg baru terjaga ngkoooo ..kena kuar paling lambat 7.15 .. soo masa ini paling sesuai guna frozen puree sbb panaskan bubur tak smp 5min .. SIAP.
jika ibu takde frozen puree .. apa akan jadik ???
-Zulaikha akan makan bubur yang dimasak oleh nursery, mungkin dah campur dgn garam atau perasa??
- Zulaikha akan makan nestum .. sure tak sekenyang makan nasik ...
- Zulaikha akan merajuk dgn ibu bila ambik dia balik dr nursery sbb ibu malas nak masak, takmoh senyum kat ibu ...mesti tak tergedik2 bila nampak ibu depan pintu rumah ..huhuhu ( anak pun ada perasaan tauuuu)
kadang2 macam2 masalah luar dugaan akan timbui ... almaklumla pagi2 ... macam2 benda nak buat dahla kita ni ibu .. mem besar .. bibik .. segala-galanya la ...
Ibu buat fozen sbb dah ada pengalaman yang lalu masa membesarkan suffiya, soo ibu taknak buat kesilapan yang ke-2, masa suffiya dulu ibu selalu lambat kesian dia asyik kena makan meehoon sup jerk kalo ibu lewat sgt (patut kurus keding). Dulu takde ilmu nak frozen2kan .. masak bubur tiap2 malam campur terus dgn segala bahan. Kalau campur terus bubur takleh tahan lama sgt, soo masak hari ni utk makan hari ini saja ....
Bukan alasan ibu sudah mempunyai anak 2... cuba tidak memberikan makanan yang FRESH utk Zulaikha tapi ibu kena pk jugak .. kadang2 pagi2 anak2 meragam, macam zulaikha kul 6pg dah celik mata..cuba kalau menda2 frozen ni tak disiapkan awal2 dgn terkocoh2 dgn anak2 badmood pagi2 hari ..kalo zulaikha cfm kena kendong manaleh ilang 'nenen' dia dr depan mata hahahah. Kalau ada stok ni, kerja utk memanaskan bubur anak jatuh kebahu papa .. dah anak sama2kan soo kena la bertolak ansur, yang berat sama la dipikul kan ..kan ..kan ..
Sebenarnya cara ni bagus utk ibu2 yang bekerja & cuba utk bagi yang terbaik utk anak2, still makan hasil dr airtangan ibu .. ibu mmg tak harap anak2 makan makanan di nursery, selagi boleh cuba buat utk Zulaikha.
Bak kata papa .. takpe la kita kontrol makan dia sekarang .. esok dah 2tahun nak bagi makan apa .. bagi la ..makan la smp dia besar. Kita nak jaga masa kecik ni ....
Ngantuk .. nyerrrrr
sejam sekali dia bangun .. bukan nak shushu pun .. bangun nangis2 pastu tdo ..
pastu bangun balik sejam kemudian tdo balik ...
mmg cukup 7kali bangun ... start kul 11.30mlm .. 12.15mlm ... 1.40pg ... smp laaaa kul 5.30pg .. adoiiiiiiiiiii .. awat bambam ibu nie .. peyut lapoooo kot ..
kakak pulak sian tdo tanpa isap susu pun, ibu & papa penat ya amat kul 9.00mlm dah perambat anak2 masuk tdo ... kakak masa tue tak nak susu, soo smp pagi tak kasi susu .. nasib ok jerk. Main dia sorang2 atas katil, suruh garu badan la, muntot la, kaki la ... kena sergah terus tdo ...
adoyaiiiiiiiii nasib la dah Jemahat ...
Esok berkubang la kami 4beranak .... yehaaaaaaaaaaa
apa mau masak ini weekend ????? kang nak google .... buhsan dah makan kat luorrr tapiiiiiiiiii nak ajak papa pekena steamboat kat OU ... adakah papa nak layan ??????????? huhuhu
July 09, 2009
Bukan alasan untuk malas
Gambar kenangan & susu ...
Semalam masa ibu dok layan Zulaikha makan beskut sementara tunggu papa balik nak dinner, ibu dok tengok jerk kaki, ibu jari & tangan Zulaikha .. dah makin susut badan dia. Walaupun masih nampak pejal & bambam .. bila ibu rasa dah kurang pejal sket isi dia.
Gambar dibawah adalah gambar kenang-kenangan utk ibu ... Zulaikha kan anak ibu yang bambam, lain dr kakak. Suffiya lain kelebihannya cepat menangkap, cepat belajar & serba-serbi cepat la tp kurus kering jerk... sooo ibu nak abadikan gambar bambam2 Zulaikha banyak2 .. boleh ibu tgk bila rindu-rinduan pada bambam ibu nie ...
Besarnya hikmah susu ibu kan....
bila org tanya zulaikha minum susu apa???
Dengan tersenyum ibu menjawab .. Zulaikha minum susu ibu dia jerk,tak campur pun susu FM
Berapa lama dia minum ???
Alhamdullilah sampai sekarang nak masuk 9bulan .... ibu jawab.
Masa anak sulung smp 1tahun 2bulan, berenti pun sebab pegnant.
bila di opis, ibu mengepam pabila ramai yang tengah bersolat
Ehhh dah lama yerk awak mengepam, masih banyak susu??
Ibu jawab .. insyaallah selagi saya rajin mengepam, tetap ada susu anak saya
Ehhhh banyaknya susu??? Anak berapa bulan ???
Anak nak masuk 9bulan, alhamdullilah kak .. susu banyak ni bergantung dgn apa yang saya makan.
Ehh baguskan sekarang mesin pun dah senang cucuk wayar jerk, takyah susah2 macam akak dulu .. kena pakai pump 'honk' hehehe
Tue la kak, skrg ni serba serbi moden, cuma kena korbankan sedikit duit jerk .. tapi tahan utk jangkamasa panjang
Ibu tahu ramai yang akan 'teringin' buat apa yang ibu tengah buat, seperti mana masa ibu bekerja di MIMOS dahulu (betul kawan-kawan ???? hehehe.. ramai kwn lama masih mengikuti blog Nieza) Nieza cuba kongsikan semua ilmu yang Nieza ada .. cuba tolong kawan2 yang ada masalah tapi Nieza bukan LC .. Nieza hanya boleh kongsikan ilmu yang pernah Nieza hadapi sahaja .. Mana yang baik datang dr Allah.. yang buruk dr Nieza.
Skrg ni, Nieza tengah consult kawan2 di opis ni tentang kelebihan BF & ramai yang tak segan2 tanya Nieza pasal BF, pasal PUMP, pasal nak handle EBM & anak2. Insyaallah Nieza cuba selagi mampu ...
*** Khas utk Wan Azlina di Penang, macammana ??? dah boleh bf anak & buat stock EBM ?? kalo ada apa2 masalah jgn segan2 sms Kak Nieza. Azlina adalah cikgu muda yang berada dipenang sedang cuba menyusukan anaknya yang ke-2 yang berusia 3bulan lebih. Moga2 semuanya dipermudahkan. Amin.
Ibu-ibu di nursery pun ramai yang tahu Zulaikha adalah anak ibu yang tanpa susu FM langsung. Sedikit sebanyak ibu nak suntikkan juga semangat utk mereka kerana ibu juga adalah 'ibu yang bekerja' & 'ibu juga adalah ibu yang mempunyai 2anak' & 'ibu juga nak tunjukkan tak mustahil bagi kita nak buat yang terbaik utk anak-anak kita'. Insyaallah ...susu ibu bukan semata2 utk mengelakkan kita membeli susu FM tapi cuba nak memberikan yang terbaik utk anak-anak kita. Ingatlah .. susu kita adalah rezeki anak kita, memang tanggungjawab kita membuat sehabis baik utk anak kita ... Insyaallah
Ok, tukar cerita .. melalut pulak ibu, dr bambam terus ke susu (kalo ckp pasal susu smp bila2 tak habis hehehe) Gambar anak bambam ibu ...
July 07, 2009
5 senarai makanan yang mengelakkan ketegangan
Jika kita mengelakkan stress, apa yang kita makan pun amat penting ... sooo ni ada 5 jenis makanan yang boleh kita elakkan dr tekanan.. mungkin orang tengok hanya la benda2 biasa .. tp mana kita tahu impaknya amat besar sekali dalam badan kita.
1. Carrot ( bentuk macam mata) mengelakkan rabun & katarak
Elok diambil 1 batang 1minggu
2. Tomato ( bentuk seperti bhgn dlm badan kita) Elok utk bahagian dalaman badan kita macam jantung, buah pinggang. Elok diambil 3biji 1minggu utk mengelakkan serangan jantung
3. Batang seleri (bentuk spt tulang badan kita)Elok utk tulang terutama tulang belakang. Tulang perlukan 23% sodium, hanya ada pada batang seleri sahaja.
Elok diambil 1 batang 1minggu
5. Avocado ( bentuk macam rahim perempuan) Untuk mengelakkan barah servick & rahim seumur hidup. Avocado seperti perempuan yang nak melahirkan anak, utk mengeluarkan buah perlukan 9 bulan. Elok diambil 1 biji 1minggu
6. Bendi : utk otak & memekatkan air mani & mengelakkan short memory.
Elok diambil 7biji 1minggu utk kekal seimbang.
Nota : Setiap yang dicipta ada kelebihannya ..cuma tinggal kita yang perlu mengkaji & mempraktikkannya.
Sarapan lorrr ...
Ni peneman kami makan ... dia tengah pooo pooo hahahahah
July 06, 2009
Kurang kasih sayang ..
dgn papa zulaikha takmoh langsung.
- Berat Zulaikha 8.6kg masa buat 1st injection peneumocucul Jumaat lepas.
- Bambam ibu ni takde gg lagik, bayang putih pun takde lagi. Ibu tak risau sbb Suffiya dulu pun 1tahun setengah baru tumbuh gg tapi Suffiya start jalan umur setahun .. soo biar la Zulaikha jalan awal takpe .. lenguh lengan ibu nak dukung selalu hehehehe.
Yeayyyyyyy .. dah boleh mamam sama2 skrg, papa dah bawak keluar baby chair
Laju minum air masak bila guna botol ni jerk sbb puting dia lembut, sedap agaknya nak geget2
Jiran sudah naik ...
Ibu sangat la susah hati bila 'Careffour' sudah naik dinding, papa pun dah cucuk-cucuk ibu .. " ibu , carreffour dah naik dinding bu .. tak lama lagi siap la " ... papa sedang menyocok ibu yer kawan-kawan. ( nanti ibu cerita entry yang lain)
Betul korang ... mmg daku susah hati .. dgn masalah 'Sosyial' yang melampau2 sejak akhir2 ni (sebelah kanan kaw perumahan kami adalah GIANT Kota Damansara) dengan masalah2 budak-budak yang menyewa dikeliling rumah (tak boleh nak ditegur & buat tak senonoh depan anak2 kita) Ibu rasa stress nak membesarkan anak-anak (ciss tahu la dah kursus, serba serbi guna perkataan stress kekekek)
Cemana nak besarkan anak2 dgn persekitaran macam nie ... ibu sangat sangat wisauuuuu dengan penempatan yang pesat ini. Dibelah belakang kawasan kami akan naik Jaya Jusco pulak ... adoyaiiiiiii .. cemano anak2 den nanti .. adakah melepak di Giant ?? Carefour ?? Jaya jusco ??? ... Sekarang ni pun cikgu2 dah komplen budak2 dah start ponteng sekolah & melepak di Giant .. iteww baru Giant .. yang lain akan naik coming soonnnnnn ...
Takde rezeki ..
Kejadian ni terjadi pada hari Jumaat, ibu & papa kesiangan pada hari tue..kami tersedar bila dah pukul 6.40pg apa lagik kelam kelibut dgn nak panaskan bubur Zulaikha, nak pump susu, nak siapkan segala2nya .. sblm kul 7.15pg. Bayangkan la ... yang paling bestnya, hari Khamis tue ibu lupa nak masukkan icepax dalam fridge ... masa dok tunjuk icepax cair kat papa la mungkin ibu terlupa tolak kuat2 pintu fridge. Bila ibu balik jam 5.30ptg ... rasa nak meraung pun ado .. ibu termenung sekejap ... apa nak jawab dgn papa nanti. Adoyaiiiiiiii
Pastu bila ibu pk2 balik .. tue la, menda ni semua terjadi mungkin dr ibu jugak. Sooo ibu kena munasabah diri & pk balik apa yang ibu dah belajar dlm menangani stress ... Frusttttt mmg frusttt tp takde rezeki Zulaikha. Hari ni Zulaikha akan start minum EBM bulan March & Suffiya pun sama cuma Suffiya limit kepada 2ketul EBM (8oz) sehari takde la fully.
July 03, 2009
Al-fatihah ...
Semalam ibu hanya sempat mengikuti kursus stress setengah hari sahaja, sbb dapat call dr papa yang Arwah meninggal dunia. Sblm ni arwah telah menjalani pembedahan membuang sebelah payu dara & disahkan sehat dr serangan kanser. Mungkin rezeki utk sembuh utk arwah tidak ada .. beliau diserang 'busung air' ( perut buncit penuh air) nama santificnya tak tahu apa ... arwah meninggal disebabkan penyakit itu. Memang sedih bila ibu mengenangkan anak2 yang masih kecil tapi ... itu la dugaan Allah taala, ada sebab disebalik semua kejadian. Arwah telah lama menderita .. jadi ... kami mmg redo dgn pemergian arwah. Ibu memang terkilan sbb tak dapat nak ziarah arwah semasa dia sakit baru2 ini .. Gugur jua air mata ibu bila terkenangkan beliau ....Yang membuatkan ibu terharu anak2 beliau yang setia menjaga beliau
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman & mukmin ... Amin
July 02, 2009
Jemput jemput ...
Semalam kursus stress mmg best, macam2 ilmu yang ibu dapat .. nota punya la panjang berjela macam nak ambik test pulak arini. Nanti ibu sharekan ilmu2 yang boleh di 'sharing caring' ... Arini pengurusan stress utk pengurusan rumahtangga .. lagi syiokkk weiiii hahahah. Yang bujang time ni la kutip ilmu dr Ustaz Borhan cemana nak carik isteri dan yang dah kahwin .. cuba2la perbaiki diri ....... banyak jugak ilmu yang dapat ibu kutip.
nota tecik :
malam tadik dah bloghop kawan2 .. try jugak letak komen tapi tak lepasss .. adoyaiiii ..
** Neeza ,
Happy belataed besday to Arif ... semoga menjadik anak yang soleh .. aminnnnn
** Maya
Happy Anniversary, dengan ucapan ... bila Qish nak dapat adik ... hahahahaha
soalan cepu emas tue ... hahahah
** Utk semua kawan2 baru, insyaallah esok gue udah free .. nanti gue balas kunjungan yerk. Malam2 takleh sgt nak bertenet .. habiss dgn hamuk dgn anak2 ... adoyaiiiiiiiii
Selamat bekerja kawan-kawan .. jangan mengulorrr ....hehehehe
July 01, 2009
Tekanan kerja ...
2 hari ni Nieza attn kursus Tekanan Kerja ... tp sempat jugak baca sekali imbas blog2 kawan2 semalam. Semalam Nieza cuti ganti ... malas nak kerje .... Tengahari kang sambung balik bloghop. Selamat bekerja kawan-kawan ...
*** Utk customer nieza, semua CD dah pos kecuali 'Mirah' sbb dah chck maybank still tak smp lagi duit.Sorry tak sempat nak update blog sebelah Nieza ...
chiowwwwwwwww










