February 28, 2011

AirAsia X Sale













AirAsia X Sale

Booking Period : 1 -6 March 2011 (00.01 am GMT +8 / Msian Time)

Travel Period : 13 Sep 2011 to 29 Feb 2012

Destinations

Chengdu – RM149

Hangzhou – RM199

Perth – RM199

Mumbai – RM199

Tianjin – RM199

Taipei – RM199

New Delhi – RM199

Melbourne – RM249

Christchurch – RM249

Gold Coast – - RM249

Seoul – RM249

Paris – RM529

London – RM529


Visit AirAsia.com



**kredit to S&S





Penggemar susu wanita berbentuk ice-cream ....eshh eshh esh

Got an extra $23.30 laying around? If so, you could be enjoying a few scoops of breast milk ice cream. Can your stomach handle this yummy treat or does the thought of snacking on breast milk ice cream gross you out?

Sebuah kedai Aiskrim di London lain dari yang lain,mana tidaknya kedai ini menjual aiskrim berbahan dari air susu (ASI).Icecreamists, yang berlokasi di Covent Garden, menamakannya Baby Gaga dan dijual seharga 14 pound.Victoria Hiley, 35, dari Leeds, menyatakan 30 ons ASI cukup untuk melayani 50 pesanan. Namun perusahaan itu mencari lebih banyak perempuan untuk bekalan susu dan mereka memberikan 15 pound untuk setiap 10 ons yang dihasilkan melalui pump payudara.

Resepinya mencampurkan ASI dengan vanila Madagaskar dan perasalemon, yang kemudiannya dicurahkan ke aiskrim.Pelayan berkostum Baby Gaga melayani permintaan aiskrim itu dalam gelas martini yang diisi dengan campuran aiskrim ASI.Nitrogen cair kemudian dituangkan ke gelas melalui suntikan dan diberikan dengan roti panggang. Pesanan itu dapat disertai dengan wiski atau koktail lain sesuai dengan pesanan.

13 wanita telah sukarela menderma ASI mereka.Untuk menjaga standard tinggi, pemeriksaan kesihatan air susu ibu sama dengan yang digunakan NHS untuk memeriksa penderma darah. Victoria bekerja bersama-sama dengan wanita yang mempunyai masalah menyusui bayi mereka. Dia mengatakan dirinya percaya jika orang dewasa menyedari betapa enak ASI, ibu-ibu baru akan untuk menyusui bayinya. "Anda boleh membuktikan bahawa ini adalah aiskrim yang sihat.








































Full info di SINI.

p/s : merata-rata la anak susuan depa .. yang tua ganyut pun jadik anak susuan .. haihhhhhhh. Dunia dunia ..semua nak dijuai ... apa yang depa tak juai ????






Fuhhhh ... fuhhhhh .....

Salam pagi isnin ..
fuhhhhhhh .. fuhhhhh buang abuk ...

arini dah masuk korje, macam sekejup jerk cuti seminggu nak2 dah dapat gaji, rasa nak cuti2 lagi pastu duit tetap masyukkkkk .. besttttttttttnyaaaaa. Bestnya pun 2-3hari yang awai tue .. masuk hari ke-4 dah nak muntah darah sbbnya kerja umah tak habis habis dok berpusing tang tueee jugakkkkk ....

alhamdulillah anak-anak dah sehat, hari khamis kakak dah pi skull. Disebabkan kakak dah pi skull khamis soo ibu & ika kenteng & uwan pi melenjan kat Ikea + ikano ...baru la kepala otak tak buntu. Hari Jumaat ika pun dah pi skull sooooo dapatla merehatkan diri lepas seminggu jadik misi tak bertauliah ... ;)

yang kadang2 buat ibu tergelak pasal kakak ni bila tang makan.

" Ibu ... mehoon ni ada kicap + udang , akak demam bintik .. auntie suruh makan macammana kakak nak makan ???? " sambil bisik2 kat telinga ibu ..

" takpe, kakak dah baik sikit kakak makan sikit jerk ... tak baik pulak kalo tak makan "

tapi bila dia pekena 4-5kali tambah ... hahahah. kira macam balas dendam agaknya ...

malam tadik pun baru dia dapat makan roti canai telur, dia pulun makan 2keping .. fuhhhhhhhhh. betul2 punya dia balas dendam. Masa derang sakit hari2 makan cencaru ikan bakar @ gulai lemak sayur sbb dah tak berselera nampak gulai lemak. Tapi so far kat rumah derang tak mintak kicap lagik.


Legaaaaaaaa sudahhhhh bila anak2 dah sehat ... ;).

p/s : Pada orang dengkil yang anak tiba2 kena tiupan ciken pox tue .. mintak ampun maap kalau virus tue bertiup ekut FB yerk .... ;)



February 21, 2011

Demam campak ....

Anak-anak kena demam campak start hari Rabu.
Rabu, khamis, Jumaat mmg bintik-bintik halus banyak naik beserta dengan badan panas.

Suffiya tak banyak naik bintik2 kat muka, badan pun sikit-sikit jerk tp badan panas 3hari. Masuk hari ke-4 badan dah tak panas dan bintik2 sudah mula pecah. Tapi kakak mmg aktif macam biasa. Takde la melepek ke apa? Selera makan pun bila hari ke-3 tue dia boring makan gulai lemak .. dia dah mula mintak nak makan sambal. Yang bestnya kakak paham apa yang kita cuba terangkan kat dia so dia rajin tepek bedak sejuk kat badan.

Zulaikha pulak mmg kena teruk .. mmg banyak bintik2 kat muka.
Hari ke-5 pun masih tumbuh lagi kat tangan & tepi tapak tangan & atas kelopak mata. Tapi hari Ahad dah mula pecah semua bintik-bintik tue. Selera makan zulaikha mmg takde ... hanya makan 1 suap pagi & 1 suap petang. Selebihnya makan beskut2 coklat .. tue jerk yg dia selera. Puas la uwan dia umpan macam2 still takde selera tapi aktif serupa kakak jugak. Takde la dia melepek jerk depan tv ke apa? seybuk la depa main basikal dari pagi smp petang.

Semalam masa smp sini dah Isyak ... kakak cakapa kat ibu ..

" ibu ... kakak rasa, kalo kakak pakai baju sejuk tutup tangan & zip baju rasanya acik Liza tak nampak kan ibu ??? Kakak nak pi mengaji la ibu ... dah lama kakak tak pergi... kakak dah baik ni ibu "

Tak boleh kakak, nanti kalo berjangkit kat Aisya macammana ???? Lagi kakak tak boleh mengaji sbb Aisya pulak demam. Nanti dah baik ibu hantar kakak mengaji.

" ok la ibuuuu .... nanti ibu bgtahu Acik Liza tau, kakak demam bintik2 bila dah baik kakak pergi mengaji ..."

arini cemana la nak ayat diaaaaa kalo dia mintak nak keluar mainnnnnn ... huhuhu

Borak-borak masa melepek ...

Kakak : Ibu ... kenapa baby tak keluar lagi dari perut??? Dah lama kakak tunggu.

Ibu : Aikk??? bukan aritue kakak cakap taknak adik dah?? Biar adik Ika sorang jerk???

Kakak : Ala .. nak adik baby sorang lagik. Adik Ika tak boleh susu dgn ibu lagi tau??

Ika : Ika pun babyyyyyy .... senyum senyum dgn ibu

Kakak : Itu untuk baby jerk, Adik Ika baby tua. Macam kakak dulu-dulu. Bila ada adik ika dalam perut jerk, kakak tak susu dgn ibu sebab kesian adik dalam perut ibu.


cogankata : Tak pregnant pun lagik tp anak2 dah menyeru .. huhuhu

Balik ke pangkal jalan .... ahaksss

Salam Isnin semua ...
dok menaip entry sambil layan oat 1 cawan ...

Sudah balik ke pangkal jalan arini ... sbbnya
malam tadik dah bungkus kain baju balik semula ke teratak kami di KD
pagi ni start balik makan oat, 6hari tinggai oat utk bekpesss ......

Konon-kononnya nak tinggal umah mak smp ujung minggu ini. Tapi bila dok pk-pk tak boleh jadik tinggaikan papa sorang2 kat umah ni haaaaa. Kononnya kali ni ibu nak bertahan berjauh dgn papa barang 3-4hari tp takde maknanya laaaaaa ... mmg kena gak cium ketiak, biar la boring dok umah jaga anak2 kat umah sorang-sorang janji ada depan mata.

Walaupun cuti seperti biasa mata pun dah macam jam. Pukul 5.30pg tetap dah bangun ... siap2 masak mashed potato utk kakak. Dari semalam dia mintak nak makan kentang kfc .. pastu dah buat kurma kentang sket utk depa kalo tiba2 nak makan nasik. Untuk ibu agaknya makan maggie jerk la kottttttttt .. udah la takleh nak menggoreng bagai .. soooo kedai kat omah tutuppppp.

Rasa macam best pulak cuti seminggu tapi arini baru seninnnnnnnn ... ada banyak hari lagik .. huk huk huk. Siap la segala novel mmg kena punggah la buat bahan bacaan dikala buhsannnn sbb sah2 anak2 mengadap 613 seharian sampai muntah .. huk huk huk

February 17, 2011

Matta fair 2011



















11-13 March 2011

Matta Fair 2011

Color your life . . . TRAVEL!

Block Your Dates!!!

The No.1 Travel Fair in Malaysia is Back!!!

Exhibitors can Start your Registration by 10 Jan 2011

Time : 10amto 9pm

Location

Putra World Trade Centre

Kuala Lumpur

Malaysia

www.mattafair.org.my





**kredit to S&S


Happy Belated Buffday my Dear Suffiya Khadeeja ...

Happy Belated Buffday My Dear Suffiya Khadeeja ...
Semoga kakak menjadi insan manusia yang berguna & menjadi anak2 yang mendengar kata dan solehah ...

tak banyak yang ibu minta cuma pandai-pandai la kakak menjaga diri & menjaga adik-adik (cehhh ayat macam buffday ke 21tahun pulak ...)

jangan suker nak bergaduh dgn papa, tanpa papa siapa la kita ... ;)
kakak kena pandai baca buku cepat-cepat, nanti kakak boleh baca buku macam ibu tiap-tiap malam sebelum tdokan .. semoga akak bersedia menerima apa jua pelajaran yang baik untuk diri kakak .. ibu doakan yang paling baik utk kakak yang comel .. tapi suker membebel tak hengat ... hihihi ;).



















Nasib baik mak yong dah belanja makan kek tiramisu kat atas bukit view point, Ampang. Jadik la kakak, kek mickey kakak nanti kita buat bila kakak & adik dah sembuhhhhhh ... ;)


Happy 4th buffday kakak .... ;)
16 February 2007
**hadiah paling bermakna tahun ni kena cikenpox .... ;)




Fenattttttt ...

salam pagi khamis ...
entah apa2 entah .. tiba2 status pagi-pagi fenattttttt ..

Memang betul-betul penat & mencabar ...
Papa demam ....
Semalam anak2 kena cikenpox ..
Ibu ??? badan dah rasa letih tapi masih 'kuat bertenaga' ...ahakssssss

Pagi semalam ibu antar anak ke nursery macam biasa, masa dah nak smp opis jerk teacher telefon minta bawak balik anak2 sbb derang kena cikenpox. Dah sebulan nursery kena sindrom cikenpox akhirnya kecundang juaaaaaaaaa Suffiya & Zulaikha.

dah la papa demam, anak2 pun demam .... terus tepon abah nak buat macammana??? Mula2 abah nak suruh ma duduk dengan kami seminggu dua tapi macam tak best la pulak, takkan nak suruh ma bersusah payah. Akhirnya lepas discuss dgn papa .. kami bungkus kain baju kami utk balik ke Puncak Alam. Ni pun ibu keje arini jerk sbb papa jaga anak2 dengan ma & abah. Esok ibu cuti smp la ke minggu depan rasanya. Tak tahu lagi cuti sampai bila .... smp anak2 baik la kot.

Pagi2 arini dah start ber'racing dr Puncak Alam ke Kelana Jaya, fuyoooooooooooo .. dah lama tak bawak kereta gelap2 mmg nenong2 jugak la kereta. Teringat masa 5tahun lepas .. ulang alik Puncak Alam -> Menara TM ... sesubuh Adam keluar ngam2 kul 8pg sampai Menara. Masa tue keta mmg semuanya berlumba ... sapa slow mmg kena la. tapi pagi tadik walaupun ramai yang laju2 tp tak seghairah macam dulu .. kiranya skrg ni ber'racing dgn cara berhemah. Ibuuuuuuu jugakkk yang 80km/jam ... takut nak laju2 sbb mata dah ala2 kurang jelas kalo hari gelap.

Cemana la anak2 arini??? bijik2 semua dah keluar tapi abah cakap depa kena campak yg halus bukan campak besar2. Seharian semalam depa ber'panties jerk. nak pakaikan pampers ke zulaikha pun macam kesian sbb kat pinggang dah tumbuh bijik2...

harap2 jangan la ibu pulak tumbang ....



February 14, 2011

Memujuk suami membantu kerja rumah ...

Sharing is caring ... ;)
banyak info yang membantu kita sebagai ibu & isteri.
Ambik artikel ni di SINI



Baru-baru ni, saya berkesempatan bertanya khabar melalui yahoo messenger dengan adik bekas rakan sekerja yang kini telah memasuki sektor kerajaan. Tujuan asal nak menjemput ke pelancaran buku, dah jadi sesi sembang yang panjang. Ya lah, dah lama juga tak berbual apatah lagi berjumpa. Dulu tika bekerja bersama, dia masih bujang dan saya mempunyai dua anak. Sekarang, anak saya dah tiga dan dia juga mempunyai seorang cahayamata. Dalam sembang-sembang tersebut, dia ada tanyakan: “Kak Su, camana ya nak pujuk suami tolong sama buat kerja rumah?” Belum sempat saya menjawab, ada panggilan masuk. Saya cuma sempat balas: “Nanti akak bincangkan hal ni yer.” Seperti yang dijanjikan, saya kemukakan semula soalan adik bekas rakan sekerja tersebut melalui ruangan ini sebab saya yakin, ramai juga yang ingin tahu bagaimanakah caranya nak pujuk suami membantu kerja-kerja rumah.

Perkara paling utama ialah minta bantuan suami daripada awal perkahwinan. insyaAllah jika sejak mula anda telah biasakan suami anda membantu anda, takkan ada masalah lagi di belakang hari. Masalahnya, ramai isteri yang nak tunjuk hebat pada awal perkahwinan. Semua dia nak buat, suami nak tolong tak dibenarkan. Bila dah lama, dah ada anak atau anak-anak, suami yang dah terbiasa ‘order saja’, sukarlah nak ubah perangai. Saya faham dan tahu niat baik anda, nak jadi seorang isteri yang solehah. Jadilah, saya tak larang malah saya sokong tapi kenalah bijak mengatur cara. Seorang klien pernah mengadu, dia dah terbiasa manjakan suami hatta kalau nak pergi atau balik kerja, suami hanya duduk di sofa dan lunjurkan kaki, isteri yang akan pakaikan dan tanggalkan stoking. Nak minum air pula, tak cukup letak cawan di meja, kena hulurkan kepada suami. Bila dah ada bayi, sikap suami masih sama. Bayangkanlah kekalutan si isteri.

Lantas, kepada isteri yang masih baru memasuki gerbang rumahtangga, jangan manjakan suami anda dalam kerja-kerja rumah. Terus terang, saya sendiri tika awal perkahwinan, jarang sangat nak hidangkan minuman untuk suami kecuali jika kami minum bersama. Kebiasaannya, saya hanya akan sediakan minuman dan tinggalkan di dapur. Saya akan beritahu suami, nanti kalau nak minum, dia akan ambil sendiri. Tika awal perkahwinan pula, kami belum ada mesin basuh baju. Jadi, kami sepakat untuk cuci baju sendiri. Memasak pula, ada gilirannya hinggakan suami yang hanya tahu goreng telur dadar, dah pandai masak kari dan sambal.

Saya bukan ‘queen control’ tapi sebagai seorang isteri yang bekerja, saya perlu lakukan semua itu. Alhamdulillah, agaknya sebab suami pun dah biasa daripada awal, dah tak banyak la kerenahnya. Ye lah, awal-awal kahwin masih tinggi cintanya, takkan nak melenting dek kerana kena buat kerja-kerja rumah. Padahal semua kerja-kerja tu adalah kerja-kerja biasa yang juga dilakukan oleh seorang lelaki bujang kan? Ingat!! Mempunyai isteri bukan bermaksud anda mempunyai pembantu rumah.

Cara paling baik nak minta suami tolong anda ialah dengan meminta suami menemankan anda melakukan kerja-kerja tersebut. Sebagai contoh, ketika sama-sama penat sampai ke rumah daripada tempat kerja, ajaklah suami temankan anda di dapur untuk memasak. Mungkin suami anda akan mengelak sebab nak rehat sambil membaca akhbar atau menonton televisyen. Jangan marah dulu. Pujuk dengan lembut. Anda boleh cakapkan ada cerita menarik yang anda nak kongsi dengannya ketika itu juga. Jika itu alasan anda, pastikan anda benar-benar mempunyai cerita menarik.

Jika anda nak lipat baju, bawa baju-baju tersebut ke tempat di mana suami anda berada, selalunya sebelah malam di depan televisyen lah kan. Dalam anda melakukan kerja-kerja tersebut, luahkan rasa penat anda dan luahkan juga keseronokan anda jika suami anda dapat membantu. Jika suami masih pura-pura tak dengar, tika inilah anda perlu cakap terus terang, minta suami anda membantu anda. Nak minta suami bantu anda pula, kenalah secara berhikmah. Ingat!! Jangan mendesak atau mengarah!! Suami memang pantang menerima arahan isteri. Sebaliknya mulakan dengan perkataan “tolong” dan ucapan dalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Kalau guna perkataan tolong tapi dengan nada yang keras, takkan berkesan. Bimbang nanti anda pula ditempiknya.

Kepada isteri yang telah terbiasa melakukan segalanya seorang diri, jangan bimbang. Anda boleh mulakan daripada sekarang. Cara paling baik, luahkan hasrat hati anda yang pasti seronok jika suami dapat bantu anda uruskan rumahtangga seperti pasangan lain yang dah bersama melakukannya. Bila nak luah? Kata orang, masa paling baik ialah selepas sama-sama menyelesaikan hajat batin. Belai rambutnya, mainkan jari-jari di badannya dan cakaplah dalam nada suara yang lembut, mendayu dan merayu. Gunakan kuasa memikat anda sepenuhnya sampailah suami mengaku ‘YA’ akan tolong anda. Jika malam pertama gagal, cuba lagi malam esoknya dan jangan putus asa. Dalam masa yang sama, berdoa minta Allah lembutkan hati suami. Isteri suri rumah sepenuh masa pun boleh cuba lakukan yang sama, sekurang-kurangnya suami membantu anda waktu hujung minggu, dapat juga lah sesekali anda beristirehat.

Kepada para suami, tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggungjawab isteri anda sahaja. Lakukanlah bersama-sama, insyaAllah akan bertambah semarak cinta.


*** alhamdulillah papa mmg banyak sangat membantu dirumah memang bonus pada kami sekeluarga ;) .. syukur syukur ...





Buat ku tersenyum di pagi hari .. ;)

Kalo bagi korang tak lawak takpe la ... tp bagi ibu ni haaa .. lawak pun ado .. ;)

situasi 1.

mehoon = seringgit
telur goreng = seringgit
Semuanya Two ringgit.

Situasi 2.

Kuih 2ketul = 80seng
mehoon kosong = 80seng
semuanya One sixteen

hahahahah .. buat ibu tersenyum kambing pagi ni ;).
Ingatkan kakak dia jerk gituk, hadek-hadek pun samo ..
takat org2kat opis ni, cakap melayu pun takpo la kak ... bagi kami ni tersenyum2 kambing.



** dalam mood bersedia sedia utk mengajar ipad pada pagi ini. Moga2 dikurniakan kesabaran yang tinggi pada pagi ini .. ahaksssssssssss ... ;). Kalo idok lamo dah acik cuti arini .... la la la la ...






February 11, 2011

Morningggggggggg

Salam pagi Jumaat ...
Dah Jemahat arini ek??? menghabiskan sisa kerja utk minggu ni, minggu depan lain pulak agendanya. Minggu ni minggu pulun ilmu nak explore cukup2 ipad sebelum nak bawak masuk miting Isnin depan.

Best tak ipad???
Best wooo kalo dapat freee opis bagi ... wakakakaka.
Arini kononnya nak betul2 gunakan ipad membuat entry kat facebook .. wakakakaka. Mampus kena keji macam semalam. Semalam dapat testing 3ketui jerk ada lagi berketui-ketui nak kena test.

Ok ok .. cukup hal kerja ...meh cuci mata budak kenteng ni satttt ... :0
























Aktiviti wajib, celik mata terus masuk dapur mintak ibu roti dgn ayaq milo + madu sebotol ...... masuk keta lawassssssss ...hihihihi.

Arini pulak teacher nursery takde sbb anak dia admit sepital, mula la pk nak ambik halfday ke tak sbb sir tinggal sorang jaga anak2 yg 10 org. Mula-mula macam takyah cuti tp papa cakap

" Biar la org lain tak nak cuti tue anak derang, anak kita ni kita pk .. nanti tak terbela pulak anak kita tak cukup makan "

masa on the way pi opis ibu dok pk betul jugak papa cakap biar la mak bapak org lain buat keras batu, kita pk anak kita sendiri. Sir cakap dia tak kisah cuma jangan lewat sgt ambik anak arini sbb takde org nak ambik anak dia yang sekolah darjah 1.

Dengan teacher & sir ni ibu & papa suka give and take sbb memang senang nak kawtim dengan derang dan derang taklah banyak songeh. Bila derang susah apa kata kita cuba senangkan sket beban derang tue ....kalau ibu ambik suffiya & zulaikha hapday mungkin beban dia dah kurang sket ;)




February 10, 2011

Desert la pulokkkkkkkkkk .....

Dah kenyang makan semuaaaaaaaaaaaaa ???
Burpppppp alhamdulillah .. tadik keluar lunch makan dengan Gojes. Kali ni takde gambor-gambor bukti la .... janji perut kenyang ;)


Ok ok .. korang dah kenyang ???
Meh cuci mata desert kami pada minggu nie ;)
sapa kenai angkat tangannnnn ????



















Di-pakaikan baju daun getah, dicucuk-cucuk dengan lidi.
Nak syedap letak dalam peti ice .. perghhhhhhhhhhh ... mantop



















possing seksi sket ...... perghhhhhh nyaman sik
tapai pulut .. import jerteh mariiiiiiiiiii .... ;)



















Habis madu sepah dibuanggggggg ....
Habis pulut baju dibuanggggggg ....


tiapkali jiran kami balik Jerteh mesti kompom seplastik utk papa ... ;)
Ni ada pulak request suh ibu belajar buat tapai pulut ni kat Nganu .. adoiiiiiiiiiiiii jauhhhhhhnya nak menuntut ilmu.


** cukup la kot entry makan-makan utk hari ini ;)



@ Damsyik ~ nasi arab

Masa on the way balik ke KL dari PD, kami singgah makan di Senawang. Sesekali nak cuba nasi arab kat Seremban pulak. Yang ni abang yang ajak pi lunch kat situ ... jauhhh nak naik ke seremban tapi nasib baik ada LEKAS Highway soo takde la nak tempuh PLUS kalo nak patah balik ke KL.

Info pasal Nasi Arab Damsyik boleh klik kat SINI
Rasanya nasi arab ni dah bukan original nasi arab sbb rasanya macam dah diubah mengikut tekak melayu. Siap ada sambal belacan lagik. Kalo nasi arab yang biasa kami makan agak kering sedikit dan ada jugak bezanya.



















Abang pilihkan set THALASA = Ayam+Kambing:RM45
Untuk kami 1 family besar order 5dulang + 4nasi tambah + 2ekor ayam.
Dalam dulang ni utk 3org dewasa makan + setengah ekor ayam + 4-5ketul kambing.
Total = RM 245.00 tunai



















Kat sini stail makan dalam dulang, kalo masuk pinggan pun boleh.
Mama + abah makan berdua dalam dulang. Puas hati betul derang sbb nasi memang sydap.



















Separuh duduk luar, separuh lagi yang putera & puteri lilin duduk dalam bersila ... lagi relax ...



















Binik sapa la ni makan tak habih-habih ..... sental smp licin dulang. Makan puas-puas. ibu selalu jadik org terakhir yang habis makan. Menikmati sungguh-sungguh.



















Pasangan 2sejoli, lepas habih nasi 1 dulang layan teh panas pulak bawah panas terik ... menyengat punya panas tengahari.



















Sementara tunggu atuk habihkan teh 1 teko, cucu2 dah harokkan dalam kedai ni ....habis semua bantal2 kecik derang punggah buat bangunan tinggi2. Derang pun makan banyak, kira budak2 pun suker makan ;)

Sesapa yang lalu seremban guna LEKAS tue boleh la cuba nasi arab Damsyik ni. Nasinya memang sydepppppp ... kalo pi time lapar apa pun licinnnnnnn ;)




@Panazzzzzzzz .....

Hari ini kalo ada mood hanya nak buat entry makan-makan sajerk ;). dah lama tak tepek gambar makan kannnnnnnnn .. sesekali ibu terkehel dari diet sbb ekutkan napsu serakah papa .. cehhhhhh ayat tak boleh blah. padahal kalo papa ajak dinner atau lunch kat luor laju jerk tersengih ... hihihihi

Ok back to topik, kami try makan kat panaz ni sbb papa terjebak nengok kat Jalan2 Cari Makan la .. apoo laeiii, seminggu jerk dia boleh tahan pastu dah ajak pi carik desert yang dok dia terbayang-bayang kat mata ;)





















Kedai ni di Damansara Perdana, senang sangat nak carik .. tepi jalan sebelah kiri. Nak tahu lanjut masuk website dia.... tue ada tulis panaz.com.my.




















Cuci mata nengok anak2 makan dulu. Kat sini pun derang sediakan set pinggan mangkuk cute utk budak-budak. Anak-anak suker la sangat sbb ada proper plate derang ... ;)



















Ni la desert yang membuatkan papa tak tdo malam. Yang 4segi tue roti bakar... syedappppp sbb kami tak pernah lagi makan desert roti bakar yang ada sos kastard tak silap + eskem. Rasa .. ngam ngam soiiiiiiiiiii .... kiranya kalo nak makan desert boleh datang lagik ;)



















Grill BBQ Chicken utk papa (nama sebenarnya sudah lupa laaaaa .. perginya dah 2-3minggu lepas)



















Spagetty carbonara untuk anak-anak comot. Dah tak leh nak ciluk2 sbb dah ngam2 utk depa. Ibu dapat rasa ujung2 jerk ... huhuhu



















Lamb chop utk ibu. Tapi ktrg ni biasa la, kalo makan kejap2 tukar pinggan .. Salad tue depa letak sos pudina .. syendappppppppppppppppp wehhhh. first time rasa sos pudina .. nyamannnnnn sik.



















Konon2 ni appertiser utk anak2 tp sampainya sama jerk waktu dengan makanan lain. Ibuuuuuuuuuuuu jugak kena perabihkan.


bagi ibu yg kaki makan merata-rata, overall ok utk desert dan carbonara. Kiranya kalo dapat lagik boleh repeat 2order ni la ...yang lain2 rasanya tak terlawan lagik tempat fav kami. Sapa2 dok damansara perdana tue boleh la pi singgah .....jangan lupa try desert tue tauuuuuuuuuuu ... ;)







February 09, 2011

maydey...maydey.

testing testing create post using wifi at home. Maydey maydey.

@using nokia mobile.

Firefly lowest fares ......




















FireFly Sale
All in Fare from RM28

Serving you the lowest fares with our brand new fleet of B737-800

Enjoy up to 40% Savings

Booking Period : 7-9 Feb 2011

Travel Period : 1 – 28 Feb 2011

KL – Kuching : 4X Daily

KL – KK : 3X Daily

Book now at FireFlyz.com.my




**kredit to S&S










Toinggggg toinggggggg

Mood tengah terbang-terbang ...
cuci mata jerk la ek .. dok korek2 gambar yang terperam.



















Dengan ibu baca A,B,C



















Dengan papa belajar math ....


Tue la aktiviti PAKSA RELA kakak kalo kat omah ....
tue la sapa suh tak antar skulah .. kena ajar sendirik .. padan muker ;)

Sekian, Terima kasih.


Family gathering 03-05 Feb 2011 @ Tiara Beach Resort

Arini dah Rabu baru ada kesempatan nak upload gambar holiday. So far holiday mmg bestttttt .. spent time dgn adik-beradik & anak-anak comot 7org. Yang bestnya tengok mama & abah happy. Cuma 1 yang tak syiok adalah ... mama kena jugak jadik tukang masak padahal ktrg mmg dah plan takde acara masak-memasak.

Ni sebahagian gambar yang dapat ditangkap, masing2 malas nak mengangkut camera sbb nak join semua aktiviti bersama2. Lastday baru gigih mengusung camera untuk kenang-kenangan.




















2hari kat sana, pada waktu pagi kami luangkan masa bersama2 untuk beriadah. Main netball, basketball, main basikal ... besttttttt. dalam ramai2 abah yang tak pancit sbb abah mmg kaki exercise. Anak menantu mengah berlari sana-sini .. abah menten lagik tak mengah. Mama pulak teror jadik goal shooter, tiapkali shoot masuk jerk.




















Acara fav anak2 comot sekelian, main gelongsor .... seronok tengok derang main. Ika mmg happy sangat dapat main ni. Ateh jadik mangsa peneman derang main. Mujur ada ateh yang rajin sungguh layan 6org anak comot ... hahahaha. Cemana la derang ni tak sayang Ateh derang .. hihihi.




















Ni pun besttttt, bapak budak .. mak budak pun lenjan main.


Rate untuk waterpark.
Kanak-kanak = RM5
Dewasa = RM20

tp kalo pandai adjust, dapat jerk harga murahhhh ... ;)




February 08, 2011

JUSCO makeover sales ...
















7-21 February 2011

Jusco Bandar Utama Makeover Sale

We are undergoing renovation!

Jusco Bandar Utama Departmental Stores will be effectively closed for Renovation from 22 Feb onwards

Jusco Bandar Utama Supermarket will remain Open throughout renovation period

Jusco Home Centre will be permanently closed from 16 Feb onwards

Get more Savings on your Shopping!

7-21 Feb 2011

Exclusively at our Departmental Stores (Except Supermarket)

Cosmetics & Fragrance Specials!

12-13 Feb 2011

For every purchase worth RM100 and above of branded cosmetics and fragrances

in a single receipt you will receive a RM10 Jusco Gift Voucher

Location (Tel 1300 80 3535)

Jusco Bandar Utama

1 Utama (Old Wing)

Bandar Utama

Petaling Jaya

www.jusco.com.my



kredit to S&S ...


Tersentuh hati ....

Status di FB, balik jerk terus update :

Masih teringat pelajar2 sekolah khas tadik ... sungguh istimewa betul derang smp sekarang terbayang-bayang wajah derang tersenyum. Selalu berhadapan dengan kanak-kanak yang normal, sesekali jumpa yang istimewa membuatkan naluri seorang ibu tersentuh .... apa pun derang tetap istimewa ... ;)


Itu yang ibu hadapi sekarang ni, teringat akan kanak-kanak kecil yang begitu istimewa dimata dan dihati ibu. Mungkin ibu sorang jerk yang tersentuh sbb ibu yang menguruskan projek ni dan ibu adalah seorang 'IBU'. Yang lain semua lelaki 3orang. Adakah derang punya perasaan macam ibu??? ... apabila melihat wajah anak-anak istimewa ni membuatkan ibu tersentuh hingga ke hujung jiwa raga. Boleh ayat gitu ??? hihihihi.

Bila ibu menjenguk kelas belajar derang yang terbuka tingkapnya. Ternampak wajah kanak-kanak yang sungguh gembira dengan kedatangan orang-orang asing ke kelas mereka. Melihat bagaiman 7org kanak-kanak slow leaner belajar mengenal nombor. Melihat bagaimana 2 orang kanak-kanak yang sindrom down bermain nyorok-nyorok bawah meja ketika cikgu mengajar ... mmg tersentuh hati ini. Tersenyummmmm ... ya .. mereka sentiasa tersenyum kepada ibu. Senyuman mereka masih terbayang dimata ibu.

Sebelum ni, dimata ibu hanya la kanak-kanak yang normal ... yang aggresif, bila sesekali terjumpe yang istimewa ... yang syndrome down .. yang pekak ... yang kurang aktif ... membuatkan ibu berasa sayang kepada mereka.

Ini la perasaan ibu sekarang, naluri seorang ibu yang tersentuh .....

Ibu harap, Cikgu zarina iaitu cikgu yang mengajar pelajar2 khas tadik boleh la memanjangkan projek ni kepada cikgu2 sekolah lain, kerana mmg tiada peruntukkan komputer untuk kanak2 yang istimewa ini.

Hati ini mmg terasa nak mengambil gambar kanak2 tadik, tp ibu tak berdaya .. insyaallah kalau ada masa lain .. ibu akan cuba mengambil gambar kenangan. Ada 2-3keping gambar sahaja itu pun bilik yang telah siap dipasangkan komputer.

**Mudah-mudahan ada lagi projek seperti ini ... dan ibu masih berharap dan boleh cuba membantu selagi terdaya.

Sesungguhnya mereka memang istimewa.



Nianggggg rapik ...

entah apa2 punya tajuk .. takde kena-mengena antara yang iduppppppp atau yang mati. Cuma nak merapik jerkkkk pagi ni ...

alhamdulillah anak2 dah sehattt, mata bertaik pun dah yelek sbb ibu dia dok paksa minum air badak sorang 2botoi ( 1hari 1botol) sbb tahu dah ... masa choti aritue masing2 sakan minum air kotak berkotak2 soranggggg .. konon banyak stok. Balik umah semua kena minum air tocong balikkkk .. panas dalam badan gamoknya.

arini nak pi balik kampunggggggg hihihihi. Kul 10 kang van jemputs bawak balik Puncak alam .. perghhhhhhhhhhh ... bukan balik untuk bersoka ria ... balik ke kampung halaman untuk buat penyerahan 5bijik pc refurbish yang masik elok lagik. Daripada dok jual timbang kati pastu duit tue entah sapa2 yang dapat soo tahun ni ibu nak sedekahkan pada mana2 pihak yang memerlukan PC refurbish. PC masik tip top jenama DELL yang berusia 5tahun ..selepas diformat semua semuanya ok. boleh la untuk budak2 sekolah buat belajar komputer.

*** sapa2 yang tahu mana2 sekolah yang memerlukan pc terpakai boleh la suruh email atau buat surat. Mana tauuuu ... nanti ibu bagitahu caranya. Insyaallah banyak lagi pc yang ibu nak uruskan bagi pada pihak2 yang berkenaan. daripada jual timbangkati yang menyakitkan hati baikla bagi pada yang memerlukan.


Alamakkk bos pakai baju rasmi warna ijooooooo .. aduhhhh cemana boleh lupa ni ... adoyaiiiiiiiiiiii. abis la acikkkkk ...

jemputs sarapan yerkkkkkk .. tengah menaip sambil sarapan mehoon gorengggg ;0.


February 07, 2011

Lemau jugak ker ????

Korang lemauuuuuuu ???
Kami pun lemauuuuuu ... ehhh kami pulak .. daku gak lemauuuuuuuu.
Tue la cuti panjang-panjang pastu liattttttt nak masuk opis balik.

Bertambah lemau bila makan tadik si kakak tiba2 demam panassss. Pagi ni ibu dah nyaris EL, dia nak jugak pergi skull ... nak jumpe kawan2 .. taknak duduk rumah.

Zulaikha pulak sakit mata, sebelah mata bertaik sbb syiokkkkkk sangat mandi kolam 3hari. Punnnnnn nak skull takmoh duduk omah dgn ibu.

Sooooo anak2 nak pi skull .. ibu pun kena la pi koreje, takkan nak layan taik mata kat omah pulak. Sekarang ni ibu tengah standby kalo2 teacher call. Kalo kakak muntah2 lagik tengahari ni nak ambik dia bawak pi klinik pastu rehat kat umah jerk. Kesian kat dia ... kalo ada adik tetap dia takleh melepek dgn ibu, tima adik takde jerk baru dapat chance melepek dgn ibu.



February 01, 2011

Ramai cuti ????

Salam pagi selasa,

Baru arini tunjuk muker kat opis, esok cuti balikkkkk ... ;)
ramai dah cuti ekkk? Ibu semalam cuti sehari .. arini mai kerja tunjuk muka .. esok sambung balik smp weekend .. yezzaaaaaaaa

Yang bercuti tue selamat bercuti jerkkkkk ..
Berhati2 dijalan raya .. dah la musim banjir.
Kami punya plan cuti2 ni entah la ... duit booking apartment tak bayar lagik sbb ibu terpk kalo tiba2 banjir ker PD tue ... huhuhuhu. Liat betul nak transfer .....

opissss kosong, otak pun mandom ..
ingatkan nak tepek tempat makan baru yang ktrg try Sabtu aritue .. skalik kamera pun tinggai sooo nan ado gambor ...

mau carik mood dulu ... ;)
selamat mengadap tenat sesapa yang masih jadik penunggu opissssssssssss ;)