January 25, 2012

Family Gathering 2012 @ Ipoh

Tahun ni hari bersama keluarga kami berkumpul di Ipoh, Perak.
Masih jugak konsep last minit decision akhirnyaaaaaaaaaa semua hotel & resthouse fenuh. Last minit lagi 2minggu baru la dapat homesaty yang budget sederhana & sesuai la utk kami 5family ..iaitu lebih kurang 11dewasa & 7kanak2 comel. Homestay 3bilik & 2bilik air harga RM150/1malam.

Percutian bermula pada Ahad pagi, bertolak seawal pagi untuk bermandi-mandi di Lata Kijang, Chenderiang. Sampai sana seawal 11pg pastu operasi berendam. Bekalan pun macam2 adooooo ..nasi lemak, roti jala, sambal sardin, sambal udang, tulur dadar, wantan goreng, itik panggang, buah limau sekotak dan macam2 kudapan lagik.


Berkelah @ berendam air sungai nan sojukkkkkkkkk ... ;)


Jam 3ptg bertolak ke Ipoh, Perak. Itu pun sebab hujan dah turun .. kalo tak turun semua liat nak mengangkat buntot. On the way ke Ipoh guna jalan orang asli Kuala Dipang ...singgah la makan cempedak, durian & langsat Kuala Dipang. Sampai Ipoh dalam kul 5.00ptg pastu tapau mee rebus Ramli yang femes kat Ipoh. So far mmg sedap la .. gambar nan adooooo sbb guna camera lain, camera ibu malas nak bawak keluar.


Malam kami melepak di Dataran Ipoh, makan kat food court area sini, banyak kedai yg tutup soo lepak sini pastu jalan2 kat Gerbang Malam .. kasi lepas anak2 tengok bunga api & main2 kat sini. Lepak smp kul 12mlm baru masing2 jumpa jalan pulang ....

Hari Isnin pagi2 kul 7pg masing2 dah celik mata, konsep tak masak kat rumah sooo keluar pagi2 carik bekpes. Angkut anak2 dengan baju tdo ..senanggggg. Sarapan kat tepi stadium ni sedap nasi lemak & lontongnya. Memang puashati makan kenyang2 sbb nak berendam main air kan ....



Hitam legam kami .. kulit terbakar dok melayan main air.
Anak-anak dares semua happy ... sib baik semua sehat sooo berendam jerk semua.





Sebelum balik round Lost World ni, banyak tempat menarik yg boleh dilawati sbb harga pun dah mahal RM45/dewasa & kanak2 RM38/seorang

Semalam seawal jam 8.00pg kami dah pi mencari sarapan di Tambun, seawal 9.30pg dah masuk highway balik ke Sungai Buloh. Sampai Sungai Buloh konvoi utk lunch ke Sungai Pencahala. Lepas makan lunch, kasi anak2 bersuka ria main dgn sepupu2 depa puas2 baru masing2 balik. Kul 2ptg dah sampai umah .. tersadai kepenatan.



Gambar semua ala2 jerk ibu ambik buat syarat sbb mak yong dah ada dslr, puass kami berposing .. ;) bestttttttttt ....



















1 comments:

εïз mummyHaza εïз said...

best.... haza pun baru 1st time try homestay... Kat Langkawi.. :)