Salam pagi Jumaat, malam tadik dah siap2 tumis barang2 mehoon pagi ni campak saja ;). berselera betul kakak & adik makan pagi tadik .. ibu pulak ??? seperti biasa tak sempat pun nak sarapan, dok masakkan derang ibu yg tak sempat nak ngapppppppppp. Apa2 pun bersyukur masih boleh bernafas lagi pada hari untuk berbakti kepada keluarga.
Hari ni jiwa ibu berkecamuk ... masa dok punggah carik baju pun pun ibu boleh menangis, masa memandu pun ibu menangis. Ya Allah Ya Tuhanku ... aku tahu terlalu jauh sangat aku darimu Ya Allah, kau lembutkan la hatiku yang keras ini agar lebih menumpukan perhatian untuk mengadapmu Ya tuhanku. Aku tahu pagi tadi kau telah memberikanku ujian kecil yang menyedarkanku bahawa setiap perbuatan akan ada balasannya Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya aku insan kerdil.
Ibu banyak berpikir dari semalam adakah semua tanggungjawab yang ibu lakukan secara konsistent ini akan mendapat pahala2 yang cuba ibu gapai untuk mencari ke-redaan & kebahagiaan ibu disana. Ibu naif kawan-kawan ... ibu naifff sangat .. segala tanggungjawab kita ni takkan dihisap sebaik-baiknya jika kita tidak membaca & mendalami al-quran kawan2. Tak guna apa pun kita lakukan jika kita tidak berpegang pada al-quran dan tidak beramal soleh. Ya allah ..Dimana kah kita nanti apabila kita tidak bernafas ??? Kita akan terus dicampak di dalam api neraka .. Ya allah Ya tuhanku, jauhkan la aku azab2 api neraka ...Jangan la kita leka kawan-kawan .. belajar la membaca al-quran walaupun 1ayat agar kita tidak menyesal dikemuadian hari.... Jangan tunggu besok .. hari ini juga kita cuba merubah diri kita. Berubah perlahan-lahan tetapi secara istiqomah .... insyaallah. Jangan lupa sentiasa beristiqfar kerana syaitan sentiasa mengikut org2 yang tidak beristigfar ...
3 comments:
Insya'allah sis..
Moga Allah swt permudahkan segalanya..
Diberikan kekutan yg luar biasa..
Happy weekend dear & TC!! ;)
bile dia bagi kita susah hati..
itulah sebaik2 ujian untuk memperingati dia
insyaallah...mmg betul tuh aper yang ditulis..semoga kita diingati selalu..ameen..sedap nama menutuh sesedap mata memandang=)
Post a Comment