January 26, 2012

Sosej & crab stick rolls ala intang payungku .... ;)

Wahhh .. pagi ni buat bekpes yang ala2 boleh tutup mata jerk .. hihihi. statement tak hagak2 ahaksss. Semalam dok pk apa mau bikin untuk bekal anak-anak .. soo google punya google .. pastu pk apa yang ada dalam fridge terus keluar la menu ni. Bekpes pagi ni ibu tak tanya kakak pun apa dia nak makan. Tapi bila dia tengok bekal dia .. " wahhhhhhhhh .... sedapnya " kembang lobang idom ibu " .. ahaksssssssss hahahaha.


 Watak utama2 dalam ini cerita. Buat mini2 senang anak2 nak makan.
Pastu jangan luper kelar-kelarkan pastu baru sapu telur.
Cuaca untuk membakar 180'c selama 20min pastu ekut atas oven sendiri yerk.


 taraaaaaaaaaa .. yang 1st batch tak gebus sangat, 2nd batch manyak gebus sbb oven dah cukup panas kot. yang stick crab tu mmg sedap tak tifuuu.


Pastu pagi tadi kakak mengadu.

" ibu .. hazikah selalu ambik jerk makanan kakak, kakak bukak bekal jerk dia terus ambik tak tanya kakak"
ibu masa ni tak tahu nak jawab apa ??? tersentak kejap nak pk bagi jawapan apa ???
 Jawapan papa lagi best " Marah jerk haziqah tue " ibu terus lepuk papa, apa daaaaaaaaa ... org patutnya nak kena ajar anak cemana nak share share .. ni suh marah .. tak membantu langsung.

Ibu cakap slow slow kat kakak " Kakak kena share2 dgn haqikah, kesian dia .. mama dia tak sempat buat bekal, dia lapar agaknya .. kakak bagi la 1."
" nanti kakak lapar, sbb haqikah makan banyak "buat muka bonyok.
masa ni ibu dah tergelak sbb tahu anak2 ibu pemakan orgnya

" ok la kalo camtu ibu bawak extra 1, kakak bukak jerk bekal bagi haqikah 1 tau ... takmoh la kedekut2, kan ibu cakap .. kita berkawan kena share2 .. nanti mama haqikah bawakkan bekal mesti dia bagi kakak 1 .. ok ???

kakak diam jerk .. ibu tahu dia tak puashati sbb haqikah main ambik barang dia, tapi nak kena ajar dia erti berkongsi dengan kawan-kawan sekeliling. Pastu ibu tahu kakak mesti tak pandai nak pertahankan diri dia lagik, kalo org ambik atau buat dia mesti dia diam jerk simpan dalam hati & bersabar sbb kakak bukan pesyen balas balik apa yg kawan2 buat. Harap2 kakak dah start belajar berkongsi dengan kawan-kawan ;)

Tiap2 hari dalam kereta mesti ibu pesan " makanan tu share2 dengan kawan-kawan tau .. jangan kedekut" kakak senyap jerk .. adik jerk jawab " tak nak .. kawan2 makan banyak " hahahaha. Ibu dah agak menda ni mesti jadik, nanti nak tanya balik kakak cemana?? kalo kakak masih tak ok kena bincang dgn cekgu dia suruh peratikan kakak. Ibu tak nak kakak rasa tak seronok time makan.


Pagi ni ibu bawak bekal buah fuji jerkkkkkkkkk ... ;) makin pening nak makan apa, kenyang perut bau masakan utnuk anak2 & papa ;)




1 comments:

adianiez AIDA said...

bagus nyer bekalan anak nieza ari ni. jadi idea bernas utk aida. but aida takde oven :(
bekal nurin memang aida bagi lebih agar dia boleh share dgn kawan. kebetulan semua kawan2 dia setakat ni bwk bekal :)
so sama2 rasa...


nota kaki : klik sini & jom join simple giveaway – hadiah voucher KFC yg best