April 16, 2012

Sukan tahunan Cahaya Taqwa 2012

Assalamualaikum wbt

Semalam berlakunya sukan tahunan bagi sekolah tadika & sekolah rendah agama Cahaya Taqwa, 2012. Panas .... seronok ... letih .. semua cukup. Layan gambar jerk la. 

 Geng-geng ibu yang gigih support aktiviti anak2. Ni la jiran2 kami yang sebuk ke hulu ke hilir bersama2. ;)

Geng-geng apak ... derang jerk yg ober semalam.
 kebetulan ... Ika & kakak dapat rumah kunen. Semua anak2 jiran pun rumah kunen so havoc betul bapak2nya sebuk menjerit kunen ..kunen.
 Ibu & papa sebuk kepung anak2 rumah kunen. Kasi cukup makan ..kasi cukup minum supaya rumah kunen boleh menang. hihihi. Poyo betul kami laki-bini dok bawah khemah melayan budak2 ... hahaha. Kawan2 derang pun kejap2 panngil auntie .. nak air, auntie nak makan .. sweet sangat. Tiba2 rasa ramai anak pulak hihihi.

 Ingatkan budak comel sebelah Ika tu sekelas dgn dia 4tahun, rupanya 6tahun dah la badan comel lagi kecik dr Ika, suka dia duduk dengan Ika... agaknya sbb ibu Ika kecuh kot kat situ. hihihi

 Siap sedia nak bertempur ...

Kakak masuk smp 3 acara, untuk acara 6tahun pun dia masuk. Kadang2 cekgu2 confius dia 5tahun ke 6tahun ....Ni acara umur 6tahun, ada gak dia terselit masuk. Acara 5tahun 2 game dia masuk.
 Dah 2kali main sukan .. 2kali menang dapat no.1 ... kesian dia .. letihhhhhhhh.

 Masa ni dok tunggu cabutan bertuah. Takde sapa pun dapat ... eshh eshh eshhh ... tak bertuah betul ;)
Ika dah main telinga .. maknanya dia dah penat & mengantuk.

video
 Salah satu video sukan Ika ....

Mula2 kami risau gak takut dia tiba2 tak nak lari ker?? badmood ker ?? rupa-rupanya ok jerk ... laju jerk dia lari. Sempat la jugak air mata ibu meleleh .... 'dah besar anak-anak ibu' .. rasanya macam sekelip mata jerk skrg ni 2-2 dah sekolah tadika ....


Next sukan .. Karnival sukan ALIMkids pada 24/Jun pulak .... berbelang balik la muka ibu. huhuhu





1 comment:

bada said...

suka la bebdk tu bersukan :)