April 30, 2012

Hasil candat sotong yang berbaloi ....

Assalamualaikum wbt ....

Setiap setahun skali bila time sotong naik papa & gengs kat company lama pi mencandat sotong. Kali ni dah pesan kat papa "jangan kisah lama berulang kembali" keh keh keh. Apa tak nya ... 3tahun berturut2 pergi ... 3 tahun tu la dok layan mabuk laut. Naik bot jerk terus dah lembek ..apa pun tak bleh hihihi.

Tahun ni papa dah kebal ... puas dia pergi mencandat sotong tapi mancing tak puas .. sbb ikan takde. Next year takmoh mencandat dah ... nak tumpu memancing pulak area Kemaman. Kali ni papa lebih bersedia sbb budget tak mabuk lagi kot ... peralatan memancing semua nak siap beli, selalunya pinjam2 org jerk .. kali ni gigih .. macam2 adooo.

Alhamdulillah tahun ni rezeki lebih kepada sotong, puas dah derang mencandat sbb sotong banyak sgt bawak balik. Kami jerk 1 baldi, ada la jugak rezeki orang keliling, kalo kami nak perabihkan mau makan setengah tahun.

 Hasil memancing ... ikan lampam tu papa dah bgtahu siap2 nak stim. Isi ikan tu buat kari ikan.

 Sotong yang paling besar ... lebih dari lengan papa.

 Sotong fresh sebaldi.

Malam tadi lepas settelkan sotong teruss buat sotong goreng. Sedappppppppppp panas2 + manis2 makan sotong. Cicah pulak dengan sambal kepok lekor .. perghhhhhhhhhhh. Nikmat ;)

Tak lengkap kalo pi Nganu tak bawak balik satar ... Satar Pak Azis di Kuala Kemaman. syedappppppppppppppppppppppppp .... ;) Layan lak dgn sotong freshhhh .... perghhhhhhhhh.






April 27, 2012

Luangkan masa ...

Assalamualaikum wbt ....

 copy dari FB.  
 

Salam Jumaat. Luangkanlah masa utk membaca Surah Al Kahfi ya.

 Hadis utk hari ini berkenaan sifat manusia yg tamak & dengki. Seharusnya kita bersikap sederhana & menolak keterlaluan dari aspek perbelanjaan dsb..segalanya hendaklah seimbang dlm memenuhi tuntutan dunia &  akhirat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat”. Riwayat Ahmad

April 25, 2012

Kerat buat sekian kali

Assalamualaikum wbt ...

2minggu takde kesempatan nak belek kepala anak-anak ..
skalikkkkkkkkkk ... hambek ngkoooo .... penuh telur kutu.
eeeeee geram betul.

Ibu dok bebel-bebel dgn papa pasal kakak kena kutu ...
Skalik dari pagi smp ke petang ibu tak puashati betul tengok rambut kakak.
Petang terus ajak pi potong rambut ... zapppppppp zappppppppp zapppppppp. Setel.
Sampai jerk rumah klebet rambut dia .. fuhhhhhhhh lega semua telah tiada.
Ada la tinggal telur 4-5kerat ... terus ibu nyahkan.

Ibu tang kutu-kutu ni mmg tensennnnnnn sket, sbb bila kutu ada ibu pun takleh tdo malam. Mula la bila anak dah tdo ibu bangun dok la mencari telur kutu ... tak aman nak tdo malam. Ni dah lama takde ... muncul pulak, mmg hangin la ibu.

 Kerat rambut fesyen dia umur 2tahun dulu ...senang nak jaga

 Budak ni berbahagia sbb rambut maggie ... mmg takde kutu pun.
agaknya bila rambut maggie ... kutu pun pening dok dalam tu kot ..keh keh keh.

Kadang2 bila ibu ambik anak dengar cekgu dia panggil " Awan nano .... balik ".
Boleh gitu??? nama dah sedap Zulaikha ....panggil Awan nano pulak ...







Undang-undang baru

Assalamualaikum wbt ...

Undang-undang baru untuk tahun ni ...

ada yang dah rupa cekgu kecik ..
ada yang dah rupa cekgu displin ..
ada yang dah rupa Pegawai PPD yang dok pantau sekolah ...

 tersengeh-sengeh kena pakai nametag, jangan minggu ni jerk rajin pakai ...
mmg selamat jerk la nametag ni kat blazer ... bila ada miting baru sarung ;)






Cekodok bilis berkasih bayam

Assalamualaikum wbt ...

hagak-hagak tak tajuk ??? keh keh keh

Malam tadi dok tengok barang2 basah, apo pun takde ... dah 2minggu kami tak beli barang basah sbb ibu tak berapa nak sehat. Jadiknya godek-godek ada tinggal sayur bayam 1 ikat yang dah berusia 2minggu kat tempat sayur. Aduhai nak buat bekpes apa la untuk kakak ni. Nak celet roti dgn tuna lupa pulak pesan dgn papa beli roti masa papa turun surau.

Tanya kakak nak bawak bekal apa?? cekodok boleh ???
emmmm nanti kakak pk, eeeeeee aa'ahh la cekodok ibu sedap.

Bangun pagi blender ikan bilis, chop sayur bayam supaya takde edisi memilih sayur pastu buat kodok guna tepung kek. Ayukkkkkkk tepung habis daaaa.

 Ni dia cekodok bilis bersama bayam. Tak nampak montok2 sbb guna tepung kek cam lembik sket.






April 24, 2012

Aktiviti lunch hour

Assalamualaikum wbt ...
Aktiviti waktu senggang, lunch hour start minggu ni ....

Ekutkanbaju tempahan ni jiran dah bagi bulan Januari lagi, tapi dikatakan aura menjahitkan datang setahun sekali saja iaitu time raya sbb tu liat benor nak memunggah segala manik-manik yang ado. Selalunya ibu jahit beads untuk baju anak-anak dares time raya sahaja. Kali ni ada jiran mintak tolong untuk baju nikah anak dia ... ayoooo yoooooo. Boleh ker nak buat???? Insyaallah pasti boleh.

 Ni jubah Mekah, nasib baik dah ada corak-corak takyah nak melukis2 ... sonang kojo. Disebabkan senang kojo tu yang baru nak belek baju ni. hihihi
 Sebahagian perkakasan yang digunakan 'Setahun hanya sekali' ... kira tahun ni setahun 2kali laaaa ... ;) Nak raya esok membikin baju anak-anak dares pulak kasi lip lap lip lap.

 Sesambil tu layan cerita Mahabbah Cinta. Baru episod 1 sbb saja nak suruh cerita ni kawankan ibu yang menjahit sorang2 ni. Tiba2 terkejut ehhh bayang tangan sapakah ituuuu ???? aii berbaju lengan panjang.


 Sesambil tu berkawan gak dengan snickersssssssss ... lunch ibu utk hari ni.
Cekelat mesti ada tiap2 hari kasi ilang tensennnn oullsssssss .... ;)




Percaya ker ????

Assalamualaikum wbt

Last 2 weeks hantar kakak pergi art class. Class ni untuk trial, tengok dulu dia minat atau tak?? Objektif hantar class ni supaya kakak tak payah la join kelas playgroup Zulaikha sbb playgroup tu untuk budak2 4tahun, belajar pun benda2 yang kakak dah tahu. So 1st class punya hasil ... buat ibu tertanya sampai hari ni. Betulkan budak 5tahun boleh buat camni ????

 1st art kakak .. caya ke Suffiya boleh buat??? Sampai sekarang takde jawapan sbb kelas tu parents tak boleh tunggu. Dan jawapan ni berlegar2 smp bila2 sbb kakak tak nak pergi dah art class tu. Sangat la ibu terkejut hasil kerja kakak. Ye ker dia buat ??? tp tak mustahil sbb pendekatan art class ni one to one .. soo mungkin tak mustahil. Kakak nak pergi lagi art class ni tapi kalau ada kawan2 lain yang ekut, tak nak sorang2 jerk buat art. Sooo art class ni cancel ... tak hantar dah. Ekutkan kami nak dia belajar melukis dengan cara yang betul dan bantu kakak aktifkan sel2 otak kiri dia. Kiri ke ek??? lupa dah ...huhuhu.

Since dia takmoh dah pi art class sorang2, minggu lepas bawak la dia pi playgroup.
Aktiviti-aktiviti craft kat sini yang buatkan dia nak jugak pi skull teacher Fatin.

 Belajar tentang earth ... snow .. tree..cloud  soo setiap student buat earth sendiri ekut kretiviti masing2 . ;) Setiap2 anak lain gaya pemikiran. Beza betul hasil kakak & adik.

 Aktiviti2 ni pun boleh buatkan zulaikha fokus & gunakan seluruh jari untuk pergerakan tangan. Pergerakan tangan Zulaikha lemah .. aktiviti2 macam ni boleh bantu dia. Komot2kan kertas lepas tampal. Kalau kakak lebih pada suker tampal je terus, Ika pulak suka komot2kan dulu.

1 lagi aktiviti yang menarik untuk membantu Zulaikha fokus, buat cantuman strawwww .... banyak dah perubahan Zulaikha. Alhamdulillah. Insyaallah ibu akan bantu Ika lagi yerkkkkkkkk .... ;)


Aktiviti2 yang kita tengok ni mmg mudah, tapi impact pada anak terlalu besar .. banyak dah perubahan Zulaikha sejak 4bulan masuk class ni.


April 23, 2012

Indahnya hidupppp

Indahnyaa nya hiduppp dapat makan tom yum kong. Srupppppppp.. Yammeyyyy. Seminggu dok tahan2 hari ni takleh tahan. Lepas ambik ubat tadi tus vroom ke giant and now tengah hirup tomyam kung panas-panas .. Yummehhhhh. Ehhhhh chopppp blogspot dah lain ker???. Ker sbb ibu pakai ipad mmg pesyen dia lain... Ni len macam punya features tapi layanjerk la kesepian seorang ibu yang layan tomyum kong sorang2. Sesekali cam ni .. Heaven tauuuuu. Arini dengan rasminya jugak ibu dah berhijrah ubatt. Batuk kong kong mai balik smp urat leher jadi tegang sooooo kena la terima hakikat mulai hari ni kena telan ventolin pulak. Apa2 pun takpe la .. Janji sehat ye dok. Ok la ... Nak habiskan tomyum yang super slurppppp pedas dan masam .. Wasallam.

April 20, 2012

Terima kasih scotts emulsion

Assalamualaikum wbt

Khamis baru ni anak2 bawak balik goodies bag sorang satu ..masuk je kereta zulaikha cerita kakak fifi datang bagi vitamin sedapppppp. Dia suruh ibu tengok apa yang dia dapat ???

Bila sampai rumah terus kasi derang makan dulu sesambil tu ibu pun tak sabar nak tengok apa hadiah derang dapat. Derang dapat scotts emulsion sorang sebotol pastu dapat sticker yang ketinggian yang tampal kat dinding.

 Masing-masing seronok dapat vitamin baru, kebetulan supplement strawberry dah habis. Sedang elok dapat yang free pulak. Jimat ..jimat ... ;)

Kakak dapat extra dapat beg comel boleh bawak pergi mengaji.

Kakak macammana kakak boleh dapat beg?? adik tak dapat pun ?
" Ibu .. kakak Fifi tanya, kalau nak sehat buat apa ??? kakak cakap la laju-laju kalau nak sehat kena jogging . Kakak sorang jerk dapat beg. Bestttttt kakak fifi tu."

Terima kasih scotts emulsion  bagi supplement free dikala supplement sedang elok dah habis ... ;)




April 19, 2012

Anak sapoooooooooooo la tuee????

Assalamualaikum wbt ...

Disebabkan cranky pagi tadi ..

tak sempat makan beskut ...
tak sempat makan strawberry ...
tak sempat makan koko pop
tak sempat minum air kosong ...
sempat makan scott emultion jerk ...

sampai tadika jerk terus suruh keluarkan bekal dari beg.

Anak sapooooooooo la tu???


" ibu sarapan lambat lagi, adik lapar "
tue la .... sapa suruh buat perangai tak pasal2 pi sekolah perut lapar. haihhhhh.

cekgu tengok dia keluarkan bekal mmg cikgu2 situ dah tahu .. Ika kalau kuarkan bekal mmg terus nak makan. Memang kat situ dia duduk dengan cekgu sementara tunggu kawan2 sampai, dia sarapan dengan cekgu. Kadang2 cekgu menyakat dia ... "Cekgu punya takde??? cekgu pun lapar". Selalunya dia makan koko pop jerk .. hari ni koko pop pun tak bawak .. makan bekal roti prata telur tu sambil cekgu teman.

Kakak ??
Dia tak heran ... masuk2 terus bukak buku, sbb sapa2 yang sampai awal terus duduk depan cekgu buat revision. Baca buku nak kasi mahir membaca. Tu yang untung kalo antar anak awal2 derang dapat baca buku sorang2 depan cekgu.




Roti prata telur express

Assalamualaikum wbt ...

Pagi tadi zulaikha crancky ... aduyai. Bangun dah awal 6.15pg tapi entah apa pulak mood dia arini smp kul 7pg pun tak mau pakai baju tadika. Pagi2 lagi ibu ni dah buat sound suprono ...aduyai. Ya allah, ya tuhanku ko berikanla keimananku yang teguh dalam membesarkan anak-anak. Semput betul pagi ni turun pergi keta pun macam2 ibu tahan dalam hati. Bila derang masuk keta masa turun dengan papa, start kereta bergerak jerk habis kena sembur dengan ibu. Hari-hari nak bergaduh pasal ipad sampai ibu kena marah dgn papa .. soo after this no ipad at all. Pasal berebut ipad habis semua haru-biru termasuk la ibu. Tensen betul. Bila dengar ibu ceramah pandai pulak diam ...dah la sakit pinggang datang balik .. apa pun tak bley. Haih.

Dalam pada serabut tu curik2 la buat sarapan kakak .. kang buat lagi cerita sedih makan beskut jerk. Ye la ..ye la .. selagi ibu gagah, ibu buat jerk untuk kakak ..jangan risau. ;) Disebabkan angin MALAS ibu bertiup kencang, kalo ekutkan nak buat cicah dengan sambal sardin ker?? kari ayam ker??? skalik cicah jerk la dengan sos tomato...jadikkk la. Tue pun berseri2 muka kakak tengok version roti canai telur ibu. ;)

1- Panaskan roti prata sekeping dengan sikit jerk minyak/butter. Dah masak angkat.
2- Masukkan telur yang telah dipukulm (seperti biasa ibu letak telur 3biji + susu segar + papper sket + garam ) bila separa masak letak roti prata yang dah masak tadi. 3biji telur ni cukup untuk 2 roti prata.
3- Atas roti prata tu letakkan sket telur lagi agar 2-2belah bersalut telur.

Disebabkan takde kuah nak cicah, ibu sapukan sos tomato pastu baru potong kecil2.
Sooo jadik la roti prata telur express. Ekutkan nak buat macam martabak letak daging cincang skalikkkkkkkkk malasnya nak keluarkan daging cincang, yang tu next round la ataupun esok hihihihi.

Aura memasak .. datang la .. datang la ..
Aura batuk .. nyah ko dari sini ... tensen mak kong kong kong balik smp sakit urat perut. Cemana nak pi berjalan jauh ni .. haiyaaaaaaaa.











April 18, 2012

Subhanallah ... Bayi berkaki 6

Assalamualaikum wbt ...

Subhanallah .... bayi berkaki 6.


'Operating on such a baby is not an easy task as proper assessments need to be done first,' he said. 'We need to figure out whether the baby has his twin’s limbs or his own. We also need to consider how much the internal organs have developed as thelatter could complicate matters and decrease the baby’s chances of surviving.'PARASITIC TWINS 

A parasitic twin is sometimes referred to as an asymmetrical or unequal conjoined twin.

It occurs when a twin embryo begins developing in utero, but the pair does not fully separate.
One embryo continues developing at the expense of the other (the parasitic) which will rely on the body of the other for blood supply andorgan function.
It is incompletely developed and dependent on the other twin.
The independent twin is called the autosite.
In some cases the body of one twin absorbs the other during development, known as fetus in fetu.

In January a boy in Peru was operated on to remove his parasitic twin from his stomach.

Speaking to the news site, the baby's father, Imran Shaikh, made a plea for help from the government and charities.
‘I can’t afford to visit Karachi and get treatment for my baby,’ said the X-ray technician, who earns the equivalent of $66-a-month. ‘I appeal to philanthropists and the government to come forward for the treatment.’
Shaikh and his wife of four years live in Sukkur, around 280 miles north of where his son is being cared for. His wife is reported to be recovering well from the birth and in a good state of health.


His wife - who is also his cousin - has been unable to travel because she had a caesarean section delivery.

He said they were planning on naming their son Umar Farooq.



info dari SINI




Dalam MALAS MALAS ...' tingggg'... bakar kek pisang

Assalamualaikum wbt

Dalam pada MALAS dan sakit pinggang dok asyik pikirkan pisang yang dah separa lembik dalam fridge. Nak buat kodok malas nak berminyak-minyak, mmg terpk nak carik resepi kek pisang yang simple simple sekaliiiiiiiiiii ...... Afne tepek dia punya versi kek pisang da semalam "ai lap yu la afne..takyah susah2 carik lain'. Tengok2 stail yang senang apo laeiiiiiiiii ... gigih la membuat semalam. hihihi


 Ni kek pisang versi ibu, walaupun rupa tiada & terlebih hitam, texture dalamnya alhamdulillah sedap dimakan. Kena jugak deco-deco untuk 'penarik mata & selera' anak-anak. Derang kalo nampak benda2 penarik selera tu compom semua sedap hahahah

Tengok versi texture pulak .... mmg gebusssss. Sesuai dah resepi ni, boleh buat lagi ;)
Tak manis sgt .. sedang-sedang jerk rasa masa makan. ;)

Dalam kek ni ibu campur raisin & badam untuk kawankan pisang.
Resepi simple dan senang ... zappppppppp zapppppppp zappppppppp siap boleh tengok kat SINI.

Tinggal 2 resepi lagi yang buat ibu dok terbayang-bayang hari2 tapi masih tak gagah nak buat. Bahan ada .. penyakit MALAS berleluasa. Dah seminggu teringinnnnnnn sangat nak buat chicken pei yang dok dalam bekas remisin tu ...dan satu lagi sheppard pie, yang buat aritu tak puas makan ..terasa2 kat tekak nak makan lagik. Aduyaiiiiiiiiii ....... nyahhh la ko penyakit M ... sejak-2 menjak ni penyakit M tebal lain macam. huhuhuhu

April 16, 2012

Sukan tahunan Cahaya Taqwa 2012

Assalamualaikum wbt

Semalam berlakunya sukan tahunan bagi sekolah tadika & sekolah rendah agama Cahaya Taqwa, 2012. Panas .... seronok ... letih .. semua cukup. Layan gambar jerk la. 

 Geng-geng ibu yang gigih support aktiviti anak2. Ni la jiran2 kami yang sebuk ke hulu ke hilir bersama2. ;)

Geng-geng apak ... derang jerk yg ober semalam.
 kebetulan ... Ika & kakak dapat rumah kunen. Semua anak2 jiran pun rumah kunen so havoc betul bapak2nya sebuk menjerit kunen ..kunen.
 Ibu & papa sebuk kepung anak2 rumah kunen. Kasi cukup makan ..kasi cukup minum supaya rumah kunen boleh menang. hihihi. Poyo betul kami laki-bini dok bawah khemah melayan budak2 ... hahaha. Kawan2 derang pun kejap2 panngil auntie .. nak air, auntie nak makan .. sweet sangat. Tiba2 rasa ramai anak pulak hihihi.

 Ingatkan budak comel sebelah Ika tu sekelas dgn dia 4tahun, rupanya 6tahun dah la badan comel lagi kecik dr Ika, suka dia duduk dengan Ika... agaknya sbb ibu Ika kecuh kot kat situ. hihihi

 Siap sedia nak bertempur ...

Kakak masuk smp 3 acara, untuk acara 6tahun pun dia masuk. Kadang2 cekgu2 confius dia 5tahun ke 6tahun ....Ni acara umur 6tahun, ada gak dia terselit masuk. Acara 5tahun 2 game dia masuk.
 Dah 2kali main sukan .. 2kali menang dapat no.1 ... kesian dia .. letihhhhhhhh.

 Masa ni dok tunggu cabutan bertuah. Takde sapa pun dapat ... eshh eshh eshhh ... tak bertuah betul ;)
Ika dah main telinga .. maknanya dia dah penat & mengantuk.

video
 Salah satu video sukan Ika ....

Mula2 kami risau gak takut dia tiba2 tak nak lari ker?? badmood ker ?? rupa-rupanya ok jerk ... laju jerk dia lari. Sempat la jugak air mata ibu meleleh .... 'dah besar anak-anak ibu' .. rasanya macam sekelip mata jerk skrg ni 2-2 dah sekolah tadika ....


Next sukan .. Karnival sukan ALIMkids pada 24/Jun pulak .... berbelang balik la muka ibu. huhuhu





Ehem .....

Assalamualaikum wbt

Pagi ni ada perjumpaan dengan Top 6sbb tu lewat sket nak berblog.
Banyak jugak cerita tentang CA yang kami tunggu2 dari last week. Alhamdulillah syukur segala rezeki yang dikurniakan adalah rezeki anak-anak. Penantian selama 16bulan akhirnya berbaloi jugak. Alhamdulillah. Walaupun kami selaku ahli2 union kalau boleh nak jerk sama segala kemudahan yang government dapat, apa2 pun rezeki setakat ni pun dah bersyukur banyak2. Terima kasih kepada orang-orang kuat union yang mempertahankan dan memperbaikpulihkan CA kami. Jasamu kami kenang .... ;)

Ok nak cerita pasal Alim kids kelas Zulaikha yang dah start Sabtu lepas. Ekutkan ini kelas yang ke-2 sbb minggu sebelum tu kami tak dapat attn. Kelas kali ni hanya 3org jerk sbb ada yang dah berubah timing, banyak buat aktiviti memperkuatkan otot tangan. Nak kena buat sendiri beg beans sbb cara baling & terima zulaikha masih tak betul, bermakna tangan dia masih tak kuat nak melontar sesuatu benda. Insyaallah nak kena buat beg beans utk zulaikha praktis dengan kakak kat rumah.

Aktiviti kuatkan pergelangan tangan ...main pusing2kan benda tu ... lupa dah namanya.


Buat painting .... mudah jerk cara ni, lukiskan dulu star dengan krayon pastu baru kalerkan dengan watercolour ... soooo nampak start berkilat2.

Aktiviti baling beg beans. Lepas berminggu2 rindu kat Maisarah sbb balik kampung, baru dapat jumpa Maisarah balik dengan fesyen rambut baru. Comel sangat diaaa ... ;) Ika kalau kakak takde mmg melepek kat ibu jerk la kerja dia nasib baik ada Maisarah boleh la buat geng.

Masa adik pergi kelas, Suffiya pulak attn art class dengan papa. Tapi sebab dia takde geng ... soo next week dia tak nak pergi dah artclass. Nak kena carik kelas lain pulak untuk dia sementara zulaikha pergi playgroup dengan ibu.


April 13, 2012

Alhamdulillah ...

Assalamualaikum wbt ..

Hatchuuuuuuuuuuuu .... fuhhh fuhhhh fuhhh ..
banyaknya habukkkkkk ... fuhhhhh ..

Alhamdulillah genab seminggu yerk blog ni tidak berpuan ..;)
Alhamdulillah puan blog ini dah sehat ... ;)

2minggu batuk kong kong kong kong ...
2minggu kepala ting tong ting tong ...
2 antibiotik dah ditelan ...
Alhamdulillah badan dah sehat seperti sebelumnya walaupun masih ada lagi baki batuk-batuk tapi takde la batuk sampai bersimpui urat perut. Dulu2 kalau kena batuk jenis gini mmg seksa nak tahan sbb kena tahan sampai 9bulan ... ujung2 7-9bulan mmg seksa hadap batuk. Tapi kali ni hadap time datang bulan hihihi. Takde la konon-kononnya walaupun terasa badan kembang .. loya-loya .. sakit kapla .. batuk kong kang kong kang tapi tetappppppppppp berbadan satu. Ahaksss ... hihihi.

Semalam ibu dah sekerat jalan datang opis pastu tiba2 datang seram sejuk, loya nak muntah terus tepon papa rasa nak nangis patah balik ke rumah. Walaupun tauu bukannya pegnant tapi gatai mulut tanya doctor pastu kena gelak hahahaha. Sah2 dah membocor minggu lepas apa daaaaaaa. Itu la effect2 antibiotik yang badan ibu tak tahan nak tanggung. Alhamdulillah petang semalam selepas cirit-birit 3-4kali ... agaknya dah buang segala virus .. badan bertambah sehat.

Alhamdulillah boleh la berblogging balik .... see yuuu ;)





April 05, 2012

Orang bandor jadi pekebun ....

Assalamualaikum wbt ...

Weekend lepas masa kami balik ke Bagan Serai, ada orang tu jadi pekebun hihihi. Bila mak & abah minta papa tolong kutip buah ..member dah ala ala jerk dah hahahah. Ibu tahu .. dia balik kampung nak relax & kodoq tdo dia tu la .. skalikkkkkkkkkkk .... keh keh keh. Ibu gelakkan jerk la papa .... ala pekebun 1hari takde problem punya. hihihi.

Lama jugak papa ke kebun dari jam 7.30pg smp la 3petang. Pukul 10pg anak2 dah bising sebab tak nampak bayang papa lagi, lepas siap-siap masak ... terus bawak mak & anak-anak pergi kebun.

Papa cerita kat anak-anak dia ... dia buat apa???
Tunjuk tu buah apa ???
 Tugas papa bawak keluar semua buah yang dah siap dijolok.
 Member kena tunjuk macho ..
banyak kali ibu tanya .. Ok tak papa??? sambil gelak-gelak kan dia.
Ye la org bandor, pegang cangkul pun tak betul cemana tak digelakkan hihihi.
 Kakak tolong kutip buah yang relai ... ala dapat 4-5biji terus takmoh dah sbb geli tengok banyak ulat.
 Ni pun sama .. nampak semut terus lari mencicit.
 Wahhhhhhhh .. bertambah la muscle papa ... hahahah
 "Sudah la ibu takyah la kutip, panas-panas ni .. bawak anak2 duduk tempat redup "
Aiii lap yu la papa ... hahaha. padahal kutip untuk tangkap gambor je punggg.

 Yang ni kakak suka buat tapi melambatkan kerja atuk.
 Achu acilut ... banyak duduk je lebih sambil layan zulaikha.
Yang berjaya dipunggah sementara tunggu lori.
Pastu kami terus blah jerk la .. tinggalkan papa cosentrate buat kerja.

Bila balik hitam legam jadiknya papa ...hihihi
Takpe ... kata nak dok kampung kan??? Tu baru bunga-bunga nyaaa ...hahahaha


April 04, 2012

Emosi tengok budak comel ...

Assalamualaikum wbt ...

Hujan rahmat dipagi hari Rabu .... alhamdulillah.
Macammana basahnya hujan kat luar .. macam tu la jugak basahnya toto ...hahahaha
Kalau hujan jerk masing-masing malas celik mata nak pi tencing ... aduyaiiiii.
Takpe la anak-anak sekelian, sementara ibu masih tak bertukar jadik gorilla, ibu redoooo ...hihihi

Hari ni masih lagi membawa bekal 'cekodok bilis' permintaan dari suffiya khadeeja.
Tapi trajedi hari semalam buat ibu kesal sedikit ... kesian pun iya jugak.

Petang semalam bila kakak masuk kereta terus dia menangis pastu mengadu yang kawannya ambik semua cekodok yang ibu bekalkan untuk makan waktu rehat. Ibu quote dari FB ibu yang ibu update semalam.

masuk kereta jek suffiya mengadu menangis smp berjurai airmata 'ibu, pg tadi kakak lapar sbb kawan kakak ambik semua cekodok bekal kakak. Semua2 dia ambik, tak tinggal 1pun utk kakak. Kakak lapar, kakak tak suka mkn biskut cikgu.' alahai sian dia bila jadik mangsa, bukan pertamakali tp dah bykali dah pesan suruh kongsi2 tp kawan ambik semua. Cemana? Berlapar smp tengahari.
ibu bukan kedekut tapi bila kakak cakap dia berlapar sampai tengahari sementara nak menunggu makan di taska buat darah ibu tersirap. Sedih memang la ... tapi itu la adat kalau anak dah bersekolah. Ibu kesal sbb ibu bangun seawal 5.15pg untuk buatkan sarapan yang dia minta untuk dimakan disekolah.

Pagi tadi kakak tunjukkan budak yang ambik bekal dia sementara dia tengah buat kerja sekolah. Budak tu pandang ibu macam takde rasa takut. Ibu bukan nak takutkan budak tu tp ibu kesian kat dia ... Budak nya comel, bersih, kurus macam zulaikha. Budaknya pun jam 7.15pg dah sampai tadika maknanya ibu budak ni pun bekerja & rushing macam ibu. Ibu pk yang baik2 sahaja .. itu pun ibu mmg selalu pesan kat suffiya " makan sama2 sbb kesian kawan2 kakak tak bawak bekal sbb ibu derang ada baby kecil ... ibu takde baby kecil, ibu boleh la masakkan utk kakak pagi2" Ini la ayat yang selalu ibu nyanyikan kat telinga kakak, hari-hari pesan .. jangan kedekut ... belajar untuk berkongsi. Dengan Zulaikha takyah cerita la .. dia mmg pemurah hati. hihihi.

Ibu bukan ibu yang perfect tapi bila ada permintaan anak2 kita sebagai ibu ni tunaikan sehabis baik, bila kita melangkah kaki ke tempat kerja .. kita tawakkal Lillahi taala jerk anak2 kita kat taska & tadika. Yang boleh kita lakukan, hanya mampu berdoa.

Berbalik pada budak comel tadi, ibu takde rasa nak marah tapi ibu rasa kesian. Seawal jam 7.15pg dah ada di tadika. Ibu tahu kadang2 budak2 mmg taknak sarapan sbb awal lagi macamtu jugak budak 2org ni, bekal yg ibu berikan tu ibu selalu pesan. Smpai sekolah awal sebelum beratur jam 8.00pg tu sarapan dulu kat tempat duduk kalau lapar. Kalau tak sempat nak buat bekpes time tu la anak2 merasa bawak bekal roti canai, time ni part papa pulak hantar bekpes kat anak2. Pada ibu ... ibu tak harapkan sangat makanan kat taska untuk penuhi citarasa anak2 sbb selera derang pun kena tambat jadi senang la derang nak belajar bila perut dah kenyang.

Ibu sedih bukan apa, mesti budak comel tu lapar sangat sampai boleh bukak beg sekolah kakak, makan semua makanan kakak. Kalau waktu rehat mesti kakak perasan .. ni dia bukak beg waktu kakak tengah mewarna. Apa maksud tu??? ibu boleh pk .. " kesiannya dia .. mesti dia lapar sangat" sedih betul ibu tengok budak comel tu tadi. Mungkin ibunya berharap pada makanan ditadika tapi kalau boleh belikan la si comel ni kueh dalam 2ketul utk bekalan dia sebelum jam 8pg. Budak2 kalau lapar ... apa yang dia tahu??? nak makan laaaa ... nak tunggu 9.30pg baru nak isi perut ????lambat sangat agaknya.

Issue pasal makanan ni mmg sensitif, ibu dah pesan cekgu2 tu 2-3kali.. tolong tengokkan suffiya. Suffiya tak nak makan beskut & kueh kat sekolah sbb tu ibu bekalkan sendiri. Ibu tak nak complain apa yang derang bagi .. ibu ambik inisiatif sendiri. Zulaikha pulak kaki makan .. apa yang tadika masak semua dia kata sedap.Ibu tak mintak banyak ... tapi kalau ada lagi benda macam ni, ibu rasa part papa pulak kena bertegas dgn cekgu. Kita tak nak budak comel tu terus melakukan benda2 yang macam tu. Kesian dia .. masih kecil, masih boleh dibetuk dan mungkin cikgu boleh ambik inisiatif tegur ibu si comel kalau boleh bekalkan la kueh sket utk alas perut sebelum waktu rehat. Kesian si comel tu .... ternampak2 kat mata ibu cemana dia lapar dan nak makan ..tapi dalam masa yang sama terbayang2 kakak yang menangis kelaparan bila si comel habiskan semua makanannya ... hurm.






April 03, 2012

Tukar konsep buku ....

Assalamualaikum wbt ...

Hari ni baru punchcard ... hihihi.
Pagi ni bikin bekpes cekodok bilis jerk untuk bekal kakak, semalam tak sempat bikin bekpes bising mulut dia sbb lapar kat sekolah.

Pagi-pagi masih takde modal lagi nak bercerita tapi malam tadik punya la banyak idea tp malas nak menulis sampai ke pagi ni ... hilang la semua idea. Selalu macam tu .. masa tengah drive macam2 nak menulis skali sampai opis apa pun tarak ... kena record gamoknya apa yang hati ni berkata2 senang nak luahkan.

Pagi ni nak cerita pasal si cerdik anak ibu dan anak yang paling istimewa dalam keluarga kami. Ibu tengah monitor Zulaikha yang istimewa ini. banyak sangat istimewa yang ibu nampak ... takpe .. take your time adik, ibu tolong polish mana2 yang patut yerk ... ;) Insyaallah setiap pemberian yang Allah swt berikan pasti ada hikmahnya. Walau apa pun zulaikha ibu tetap sayangggg ... akan bantu Zulaikha yerk. ;) sekarang ni ibu banyak bagi zulaikha makan makanan kekacang & kurma. Daya ingatan dia sangat tinggi, jadi ibu tak nak sia-siakan.

 Sekarang ni tengah gian dok suruhkan baca buku cerita ...
Tak kira masa .. tak kira tempat .. sampai tak boleh la ibu bangun kalo dia dapat duduk atas riba & buku.

 Masa ni sebuk nak makan dah ... selagi tak dapat bacakan buku, mmg dia marah.


Sekarang ibu dah ubah corak buku cerita anak-anak.
Sejak masuk kelas ALIMkids ... baru ibu perasan, kenapa nak terlalu agungkan buku2 cerita donggeng yang entah apa2 tu .. baik la didik anak2 dengan buku2 macam ni. Banyak jugak manfaatnya. Selain derang belajar disekolah .. dirumah pun kita boleh terapkan apa yang derang belajar. Buku ini pun dwibahasa.. selalunya ibu bacakan 2bahasa sbb kakak suka dengar yang bahasa inggeris punya versi.

Buku yang bagus untuk dibacakan untuk anak-anak kita sebelum tdo... ;)
Sekarang tengah zaman Zulaikha nak dengar cerita .. sampai kering la air liur sbb kena bacakan 3-4jenis baru dia nak tdo sib baik buku nipis kalo tebal jenuh gak nak habiskan. hihihi.

Kami tengah berkira-kira hari ni, sebab tak sabar nak pergi Pesta Buku hujung bulan ni ... papa dah janji nak belikan buku2 cerita baru untuk anak-anak .. ibu pun tak sabar hihihi. Anak dapat buku pun ibu sukerr giler sbb budget buku ibu sekarang ni ibu tukar pada anak2 sbb buku2 papa banyak sangatttttt dia tak baca lagi sooo ibu tak nak rugi, ibu la kena baca. Harap-harap hobi baca buku ibu menurun kat anak-anak .. AMIN. seronok tengok rak buku penuh buku. ;)