Tiba-tiba rasa macam nak buat playgroup kat rumah jerk, ala .. hanya panggil anak-anak jiran bagi meramaikan & seronokkan anak-anak. Seronok gak layan derang buat art ni pastu ajar la derang kemas balik tak susah mana pun. Mungkin boleh direalisasikan tapi derang boleh bawak colour sendiri.
Sabtu baru ni lepas papa balik puncak alam sementara nak tunggu kain kering baru la kami boleh bertolak pulang pulak kasi anak-anak buat art seround ...
Acara bebas ... main jerk dgn warna.
Yang penting sebenarnya ibu nak Zulaikha biasakan jari tangan dia mewarna.
Fokus lebih pada dia, buat benda2 yang dia suka. asyik la buat rainbow jerk.
Lepas tu semalam ajar Zulaikha guna gunting untuk motor skill dia.
Zulaikha & Suffiya masih tak pandai gunting kertas jadi susah tiba masa ibu biasakan derang dengan gunting.
Tak pandai nak guna, jadi ibu kena ajar ... untuk pergerakkan tangan2 dia jugak.
Walaupun benda2 camni simple rasanya membantu juga.
Banyak yang ibu belajar masa playgroup sebelum ni soo continue jerk buat kat rumah.
Dah pandai sket .. control jari jemari dombok.
Suffiya pun tak pandai gunting, merenggek2 suruh ibu guntingkan, mana aci ??
Ibu suruh belajar kan ??? Ajar gunting kotak-kotak jerk dulu ...
Dah boleh pilih sendiri gambar mana yang gunting & tampal.
Tu artblook Zulaikha tampal sikit-sikit jerk ...
Masih lagi mencuba ..
Tengok dia pakai baju sebelah keluar ketiak.
" Adik pergi umrah la ibu macam papa, kena nampak ketiak sebelah"
Hushhh .. macam-macam akai dia.
Ni hasil Suffiya, makin lama makin pandai gunting ekut shape ... ;)
Ok, nanti kita buat benda lain pulak ... ;)
Makin seronok nak buat macam2 aktiviti bila derang dah ada tempat yang selesa membuat aktiviti.
Ibu dah pergi daiso kat The curve aritu, dah beli macam2 alat aktiviti untuk derang.
Tak sabar nak explore sama-sama ... ;)
Insha Allah lepas ibu balik nanti ...
4 comments:
aku allergic dgn daiso.
kalau masuk, tak boleh kalau tak beli.
aku rasa daiso ada bela jin
huhuhu
syida,
walaupun RM5.00
memang berhantuuuuuu .. tak nak beli jadi nak beli huhuhu
salam,
good idea la Nieza.. ingat nk suruh anak2 buat macamni jugak tapi skrg ni diorg dok suka kat lego manjang
Ellyn,
ok jugak derang minat lego. Nieza nak alihkan derang dari tv & ipad.
Post a Comment