January 23, 2013

Isu panasssssss .....???

Assalamualaikum wbt,

Isu panas dirumah kami jerk .. hik hik hik.
Dari last week papa follow kuliah mengenai isu syiah ni di Masjid Damansara kat opis papa.
Kuliah mengupas isu ni pun 2kali seminggu x 2minggu ...kira lama jugak ustaz nak kupas.

Ibu pun sebelum ni tahu takat baca jaaaa, idok la ambik port sebetul2nya pasal isu Syiah ni.
Bila papa bawak balik buku dibawah .. meronta2 hati nak baca.

Konon nak baca bila dah habis katam 2-3buku yang dok tunggu ni ..
Tapi ..... ibu ni, mana leh tahan ??? buku ??? macam dadah pulak ... hahahah
Malam tu jugak belek belek .. klebek klebek ...
1 hapa pun tak pahammmmmm .....
nama2 yang derang dok sebut tu pun tak kenai aka tak tahu ...
cuma nama2 yang biasa kita baca Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Saidina Ummar Al-Khattab, Saidina Uthman Affan ibu tahu la .. sbb baru habis baca sampai Uthman Affan. Rupanya pergolakkan Syiah start pada zaman kemangkatan Saidina Uthman Affan ... iaitu mencari pengganti, mereka melantik Ali bin Abi Talib. Ibu tak beli lagi buku sambungan sooo tak tahu sambungannya....(kalau salah tolong betulkan .. tak habis katam lagi cerita sahabat & pejuang2 islam)




















Buku yang nak baca, tapi bila belek-belek ibu blurrr tak paham.
Google punya google baru dapat yang ibu paham sket ... nanti ada masa google lagi.
Ibu baca di SINI 
kredit pada owner blog ...sangat la membantu ibu.


Dan pagi ini, selepas subuh saya membaca tentang isi penyampaian Prof Dr Muhammad Ali Al-Sobuni di facebook. 



Syeikh mengatakan ada banyak sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

  1. Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine
    , walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palestine 60 ribu org pada tempoh 60 tahun..
    Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..
  2. Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkan Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syria tu yg istimewa.. dimana bumi Syria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..
  3. Jadi jihad di negara Syria kerana bantu syria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syria ramai org tak tahu berbanding dgn Palestine.. di Syria tidak dibenarkan diwar2kan segala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.
  4. kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.
  5. di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga..
  6. SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!
  7. jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..
  8. Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar..


Dan ini adalah tulisan sahabat saya, Hanaffi yang menghadiri kuliah tersebut:



Pd 17 Dec 2012 di Surau An-Nur Seksyen 1, Bndr Baru Bangi (selepas solat Maghrib) telah diadakan ceramah oleh seseorang diantara ulama tafsir yang masih hidup di abad ini, berumur 83 tahun, yang juga merupakan pengarang antara kitab tafsir 
yang menjadi rujukan iaitu Kitab tafsir Al-Sobuni. Ulama adalah pewaris nabi dan kesempatan menemui para ulama terutama yang telah berumur dan punyai banyak pengalaman seperti ini sesuatu yang sukar diungkapkan.

Beliau telah hidup dalam buangan daripada bumi Syria kerana tidak bersetuju untuk mengakui kepimpinan Bashar Al-Assad yang mahu mereka mengucapkan kalimah syahadah yang mengandungi nama beliau (Bashar) dan juga tidak bersetuju atas dasar akidah yang berbeza.
Keadaan beliau yang telah uzur tetapi masih mahu meneruskan wadah perjuangan amat membuat kami merasa kecil. Berdasarkan biodata yang dibacakan oleh penterjermah (kerana syarahan dlm bhs arab) amat merangsang para jemaah untuk terus berjuangan memajukan diri.
Syarahan dijalankan dlm keadaan yg sangat bersemangat, kehadiran para jemaah juga adalah terlalu ramai sehinggakan semua lorong di kawasan masjid dan kawasan perumahan sekitar tersebut tidak ada ruang kosong sehingga ke hujung jalan. Mungkin ramai yang hadir untuk mengambil keberkatan dan keberkahan yang ada pada ulama ini, mungkin selepas ini tiada lagi ulama tafsir yang tinggal apabila semuanya telah dipanggil Allah ke sisi-Nya. Ramai yang terpaksa mengikuti syarahan secara berdiri diluar kerana tempat telah penuh.
Satu kenangan yang manis apabila dalam bersesak-sesak, Allah mengizinkan untuk bersalaman dengan beliau.. sayu. Allahu akhbar !
Antara kata-kata penting:1. Sesiapa yg menyediakan kelengkapan org untuk bersabilillah/jihad, umpama dia turut serta dlm peperangan jihad tersebut (boleh dlm btk wang ringgit dsb)2. Ulama sepakat isu di Syria perlu selesai terlebih dahulu barulah isu di Palestin akan berjaya dimenangi oleh orang islam (penerangan lanjut dlm syarahan beliau).3. Keadaan umat islam di Syria sebenarnya lebih teruk berbanding di Palestin, ini kerana di Syria, muslimnya ditindas oleh pemerintah mereka sendiri manakala di palestin, rakyat Palestin masih ada kerajaan mereka sendiri walaupun diserang oleh musuh islam.

ada lagi sambungan & gambar ulama tu di blog tersebut.

Pagi tadik bila papa bersiap2 nak solat subuh ibu teringat bertanya.
" papa pergi kuliah tu dapat ke jumpa Ulama Syria tu ??"
mana ada .. tu ustaz jerk, tapi papa dapat jerk jumpa Ulama tu ..
" Bila ??? tak cerita pun ??"
Jumaat lepas, lepas solat jumaat kat Masjid Kuning, Kota Damansara.
"cerita la ??? nak dengar pasal syria & ulama tu  ...??"
nanti .. nanti la .... ibu banyak membaca, ibu tahu jugak nanti ..
" cehhhhhhhhhhh ... mencikkkkkkkkkkk "


semalam pun ibu dah start google pasal sunnah & syiah ni dan jangan terkejut kalau jiran sebelah kita kemungkinan orang syiah ??? ramai rupanya pengikut mereka ni ... dan fahaman mereka mmg bertentangan dengan kita. Mereka akan memburuk-burukkan sahabat-sahabat Nabi. Subhanallah ...









4 comments:

Syida said...





*mendoakan keselamatan org islam di syiria*

Sidratul Muntaha said...

lama dh thu
btw..
ade org bilang faisal tehrani tu pun praktik syiah
wallahualam..
depa ni solat guna batu ape ntah..
terang2 dah follow islam yg sebenarnya

Nieza Ishak said...

syida,


aminnnnnn ....

Nieza Ishak said...

sidratul,

tu la ..
macam2 version aku baca, makin pening ... banyaknya terpesong derang2 ni disebabkan nama.

semuanya nak macam firaun kot, nama dikenali zaman ke zaman ...