Assalamualaikum wbt ...
Ni kiranya macam impian ibu masa kecik2 dulu .. nak ada bilik sendiri, nak hias bilik sendiri ..
Sekarang ni ibu cuba realisasikan impian ibu untuk anak-anak. Berkongsi la derang 2beradik untuk membesar bersama-sama. Syukur jugak 2anak perempuan sebab tak la pening sangat dah la rumah kecil macam tu jugak tapi napsu macam-macam hihihi. seee ... perjalanan yang Allah tuliskan memang cantik dan semuanya bersebab. Tiada sebab kenapa kita tak boleh nak bersyukur dengan apa yang kita ada, ye dok ??? Insha Allah.. setiap rezeki semua tertulis kita hanya perlu berusaha ... berusaha ... berusaha dan berdoa .. berdoa .. berdoa ..
Bilik ni pun siap dengan banyak bantuan papa, tanpa bantuan papa memang tak jadik jugak.
Nak drill .. nak cat .. nak itu .. nak ini
ibu takat takat arah jerk .. hik hik hik. kederat tak banyak nak sumbangkan pun.
Cuma
masa pengosongan bilik ni memang kederat ibu sorang, ibu suka mengemas
sorang2 sbb tak pening kepala. Tolak lemari 3pintu sorang-sorang ..
kemaskan katil queen sorang2 .. papa pun terkejut ibu settlekan bilik ni
sorang sorang dalam masa sehari. Orang cakap .. nak seribu daya ye tak
?? Akhirnya impian ibu jadik kenyataan .. mekasih papa. ;) ibu masih
hutang hadiah buffday papa ... hahahahah.
Sesungguhnya ibu yang sentiasa termenung bila masuk bilik anak-anak.
Sekelip mata jerk derang dah besar ... haihhh
Sentiasa jerk nak berkemas bilik derang supaya derang selesa.
Kejap2 simpan bantal ... kejap2 sapu habuk ..
Kejap2 betulkan baby2 yang derang main ..
Ya Allah Ya Tuhanku ..
Rahmatila perjalanan anak-anak kami pada hari ini
Ya Allah Ya Tuhanku ..
Pelihara la anak-anak kami ..
Sesungguhnya kami berserah padaMU Ya Allah..
AMIN
Seronok betul ibu menyiapkan bilik ni, ye la masa dulu2 kita tak pernah rasa.
Ibu mulakan operasi bilik derang ni start cuti Krismas sampai sekarang ni, buat sikit sikit, kiranya tak sampai sebulan. Ini pun ada baru 70% siap, nak carik almari & langsir .. buat pelan pelan. Malam tadi pun baru beli meja belajar untuk Zulaikha, senang dia nak belajar dengan ibu nanti. Ibu kena tumpu lebih pada Zulaikha ni.
" Selamat datang ke syurga anak-anak "
Bilik yang masih 70% siap ...
Sabtu petang bagi aktiviti tampal sticker.
Tampal bunga 3D
Ini tempat 'teacher ibu' mengajar nanti ..
Bunga yang Ika tampal dengan bantuan ibu
Dah start main cikgu-cikgu.
Siap handbag ibu jadik pelakon utama.
Dengan chalkboard ni baru la ibu nampak kakak kretif dalam lukisan.
Sebelum ni tak nampak sangat sbb kena carik kertas, kadang2 dia malas carik kertas. Bila ada chalkboard ni dia boleh sentiasa melukis apa yang dia nak lukis. Senang kan ??? Biar dia salurkan kreativiti dia diruang dia sendiri.
4 comments:
Bestnya ada chalkboard tu, idea menarik ni..macam nk beli juga utk anak2
fadilah,
senang derang nak menconteng selain dari dinding ...hihihi
tanteknyaaa dia lukis...alysha x pandai lukis
kak ina,
sebelum ni nieza pun tak perasan dia boleh lukis.
Post a Comment