Assalam,
Jam 3.50pg tadi telah perginya seorang rakan pulang ke tempat yang paling abadi.
Takziah fadil, sesungguhnya ini la yang paling baik untuk arwah Na, tinggallah kita yang masih hidup ini.
Pagi tadi sempat ibu & papa meluangkan masa bersedekahkan al-fatihah di Masjid dan menghantar jenazah yang hendak dihantar pulang ke kelantan. Alhamdulillah mmg nampak fadil lebih kuat, fadil telah redha akan kehilangan isteri kesayangannya. Sempat juga papa tiupkan semangat pada fadil yang memerlukan sokongan rakan2 sekeliling.
Alhamdulillah, segala perancangan kami menghantar anak2 ke kampung, dapat memberi kami peluang membuat berbagai perkara yang menginsafkan diri kami. Membelek diri kami, ya allah ... indah rupanya perancanganMU itu.(sempat meninggalkan pesan pada papa, jika ibu pergi dulu .. carikla isteri lain utk menjaga papa. Ibu redha kerana tiada apa lagi yang perlu kita pertikaikan lagi bagi orang yg masih hidup)
Pagi semalam semasa ibu dalam kursus yang terakhir, tidak henti2 fikiran ibu ni memikirkan tentang arwah Na, tapi kami tidak rasa terkilan kerana sempat menziarah arwah buat kali terakhir. Malam semalam mengikuti Maulid Nabi @selawat nabi, hiba betul hati ibu.. menangis tanpa henti2 terbayang2 arwah na yang terlantar atas katil. Subhanallah .. rupanya disaat itu dia sedang nazak. Ya allah semoga sahabtku ini ditempatkan di tempat2 hambamu yang solehah. Amin.
Siapakah arwah na ni?
Sesungguhnya fadil dan arwah adalah rakan papa semasa belajar di melaka dan sekelas. Yang ibu kenal semasa hari perkahwinan mereka mungkin 10 yang lalu. Kali ke2 berjumpa semasa mereka dikurniakan anak sulung bernama emil, masa ni kami baru sahaj berkahwin. Semasa ibu bersalinkan suffiya mereka la satu2nya kawan papa yang datang menziarahi kami. Terbayang2 lagi dihadapan mata ibu video kedatangan mereka menziarahi ibu. Kali terakhir berjumpa adalah 2tahun lepas ... ekutkan mereka adalah kawan jauh bagi kami TAPI kehilangan arwah merentap hati ibu, tak tahu kenapa.....? Susah untuk ibu jelaskan tapi ...... ajal maut semuanya ditangan tuhan, sempatkah ibu bertaubat membersih dosa2 lalu jika tiba2 sahaja terlantar diatas katil.? Subhanallah ... subhanallah ... subhallah ....setiap yang terjadi ada hikmahnya .. perancangannya adalah yg paling baik. Inshaaa Allah.
2 comments:
Salam Nieza,
Arwah sakit apa yer...?
Ayu,
Kanser ovari bila dah masuk hospital terus detect kanser darah. Dlm masa sebulan benda ni terjadik.
Post a Comment