February 27, 2013

Kembara orang berdosa - Kisah segenggam kacang

Assalamualaikum wbt,


Bila berada di Tanah Haram, Mekah memang kami hanya menumpukan pada ibadat sahaja. Betul orang kata anak-anak & keluarga di Malaysia memang tak ingat sangat. Bila terlepas cakap atau bercakap sesuatu yang tak elok memang terus beristgfar. Yang ibu perasan dan amat-amat sedih bila disana hati kita automatik akan berzikir, bukan lafaz zikir dimulut tapi dihati. Zikirkan untuk makanan hati kita ... Subhanallah bila balik ke sini mmg berbeza .. beza sangat, kita akan berzikir apabila teringat? Disana setiap masa hati kita berzikir. Allahu Akbar.

Kisah ni ibu dah post kat FB ... bila layan zulaikha makan kacang, teringat pasal kisah ni terus share dengan kawan-kawan kat fb. Syahdu betul kalau teringat kisah ni ...
 
 Teringat kembali di Masjidil Haram sewaktu hendak menunaikan solat zohor, tiba-tiba perut rasa lapar sangat mintak diisi.Dalam hati berkata-kata 'tak payah tunggu Asar la, ajak papa balik makan, Asar dibilik' apabila habis jerk zikir terus ada seorang hamba Allah berbangsa Turki menghulurkan segenggam kacang. Subhanallah .. maha suci Allah, tak perlu balik untuk makan kerana segenggam kacang tu mengenyangkan. Makan sambil airmata menitik.... DIA yang maha mengetauhi. 

Kisah ni mmg membuatkan ibu tersentak sbb ibu tak cakap dengan sesiapa pun, hanya bercakap dalam hati ....


Kacang macadamia yang putih besar tu sedapppp, termasuk la yang warna kuning tu.
Puas ibu & papa carik nak beli bawak balik mmg tak jumpa.




6 comments:

Ina Hashim said...

memang betul Nieza...even apa yg terlintas di hati terus Allah makbulkan....sbb tu dari Msia dah cuba jaga hati sebaik mungkin supaya di sana kelak pun akan kekal berkata yg baik2 je di dalam hati....Allahuakbar

Nieza Ishak said...

betul kak ina,
syahdu betul ...


rasa nak pergi lagi la kak, kena penuhkan tabung cap ayam cepat-cepat.

Syida said...

Allahuakbar!
Dia tahu semuanya.dalam hati, luar hati....

Nieza Ishak said...

Syida,

Maha penyayang & Maha Mengasihani ..

Sidratul Muntaha said...

sesungguh ape saje kita niat or detik dlm hati
Allah makbulkan
dulu
kawna ayu pnrh termkn kfc
dah tu mulut tak jaga
ckp masinnya
sudahnya
2 minggu dia mkn seme masin
termasuk air

Nieza Ishak said...

ayu,

Allahuakbar ... apa2 pun boleh jadik kat sana