February 28, 2013

Kembara orang berdosa - Kota Suci Makkah part 3



Assalamualaikum wbt,

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ.

Hari ini akan sambung cerita mengenai Tanah Haram yakni Masjidil Haram. 
Hari ni ibu bercerita berdasarkan gambar.
Kami memang jarang bawak camera ke Masjid, ada hari tertentu sahaja ibu bawak camera.
Hari-hari terakhir rasanya baru ibu bawak camera.

 Ni namanya Indian Street ... jalan terus lagik dalam baru sampai hotel penginapan kami.
Sebab tu 'tawaf kidai' pun boleh buat hari-hari ... hihihi
Kami dah settlekan hal2 beli belah ni di Madinah, jadi di Makkah ni takde nak membeli sangat.
Balik Masjid hanya tahu straight nak balik berehat jerk ... tak pk lain dah, nak booommm ataih katil hihihi.
Pastu sapa nak shopping baikla shopping di Madinah sahaja sebab kat Makkah ni takleh kurang walaupun 1riyal. Benda sama & barang pun sama banyak beza harga di Makkah dan Madinah. Jubah di Madinah boleh dapat kurang sampai 30riyal, kat Makkah tak dapekkk la ... hihihi.

Jalan menghala ke Masjidil Haram ... banyak burung kat sini kena hati2 takut terkena najis kena patah balik ke hotel.

1st time waktu Zohor sembahyang di Tingkat 2.
Kawasan pembinaan yang sedang dijalankan. Sapa2 yang dah pernah sampai mesti perasan tempat tawaf tingkat 2 & 3 dah pecah iaitu dibahagian atas kawasan Safa & Marwah. Jadik jika hendak bersolat sunat dihadapan Multazam memang krammmm ....ibu pun kalau dapat sembahyang sunat kat situ memang kepala kena langkah jerk la. Redhaaaa jaaa la. Janji dapat puaskan hati berdoa kat situ sungguh-sungguh.

 Kawasan tawaf pada waktu tengahari.

Camwhoooo .. berjalan2 tengok sekeliling.
Ni selepas tragedi segenggam kacang. Cerita kat papa syahdu syahdu ... huhuhu

Try makan martabak tapi hanya ada telur & kucai. tercekik makan hihihi.
Sebelah kiri ice-cream 3riyal .... sedappppp .. lembut.

 Ada sekali tu singgah beli ayam golek .. serupa ja rasa dengan yang kat Malaysia cuma takde cicah. Kena pi carik sos cili nak buat cicah.

- Selalunya sebelum keluar dari bilik ktrg usha dulu keadaan kat area tawaf, selalunya kalau tak sesak macam ni memang kami akan buat tawaf sunat pada waktu subuh.
- Ni live jam 5.30ptg usha line nak pergi sembahyang Maghrib pada jam 6.15.
- Pada satu satu waktu mencecah 1juta ummat yang buat tawaf & saie. ramaiiiiiii sangat orang macam musim haji.

 Selalunya ibu pakai full telekung bila bersolat subuh, masa lain lebih mudah bermini telekung @ tudung labuh. Ni baru lepas sembahyang sunat lepas tawaf sunat hari terakhir tak silap.

 Subuh pun ramai jerk orang, mmg takkan kurang orang kat sini.
Setiapkali ibu dapat sembahyang kat Dataran kaabah mesti ambik gambar tunjuk kat papa sbb papa memang dapat sembahyang merata-rata. Ibu dapat sembahyang kat Dataran pada waktu subuh jerk. Tu pun kena keluar 3pg dari hotel. Lepas tawaf & sembahyang sunat  terus pergi carik saf, kalau dah azan subuh yang pertama memang tak dapat masuk dah. Penuhhhhhh.

 Orang lelaki dah start duduk dalam saf bila azan pertama dah berkumandang.



 

2 comments:

Fadilah Aziz said...

Bestnya...tak sangka ada murtabak juga di sana..

Ina Hashim said...

semoga dapat lagi akak dipanggil menjadi tetamuNYA...Amin

sob..sob...rindu amatttsssssssss