July 02, 2013

Niat ...

Assalammualaikum wbt,

Nota ini disalin sepenuhnya dari Dewan Kuliah MKI. 


SEGALANYA BERMULA DARI HATI

Niat.

Itulah isu penting apabila melakukan sesuatu yang kelihatan tiada apa-apa dari segi hukumnya.

Jika Tok Guru menyatakan, "jangan upload gambar makanan yang dimakan di internet jika niat kita bermegah-megah" maka jangan pula ada yang memandai-mandai menukar kenyataan "tidak boleh upload gambar makanan di internet".

Ia dua kenyataan yang sangat berbeza. Kenyataan pertama secara jelas memberi pengertian yang bermegah-megah (seumpama dengan riyak, takbur dan sombong) merupakan perkara yang dilarang oleh Islam.

Tentu sekali sangat jelas betapa kenyataan kedua merupakan satu hukum - betapa upload makanan yang dimakan di FB - yang jika dibuat membawa kepada satu dosa.

Lalu bagi mereka yang tidak mahu berfikir dan mengkaji serta mengambil mudah akan menyebar soal ini dengan melebihkan hukuman tersebut.

Namun - bagi mereka yang berfikir - sifat riyak, sombong dan takbur ini akan melewati bukan sahaja soal makanan yang diupload tetapi perkara-perkara lain seperti menunjukkan kekayaan diri - misalnya - bergambar bersama kereta mewah, berdiri bersama pembesar, laporan berceramah di merata tempat hatta mempamerkan kelulusan dan pangkat (misalnya Profesor, Dr atau Dato' serta Tan Sri sama ada di blog dan FB).

Jika mahu disenaraikan - apa sahaja perbuatan yang berteraskan sifat menunjuk-nunjuk (riyak, sombong dan takbur) boleh menyebabkan ia menjadi haram. Hakikatnya, ia perbuatan yang tidak perlu dilakukan sama sekali.

FB atau Blog tidak pernah wujud sebelum ini. Namun sifat-sifat riyak, sombong, angkuh dan takbur sudah diulang-ulang disebut di dalam al-Quran secara jelas. Ia merupakan musuh kepada manusia yang mahu hampir kepadaNya.

Mempamerkan sifat-sifat tersebut di FB atau Blog tentu sekali tetap terlarang. Ia sama sahaja samada di alam maya atau di alam nyata. Namun mengkelaskan perbuatan-perbuatan tertentu sebagai menjurus kepada sifat-sifat tersebut perlu difikirkan semula.

Ia bermula dengan niat. Nasihatlah kepada rakan-rakan dengan apa sahaja yang kita lakukan hatta upload gambar makanan ke internet dengan nasihat mudah, "jaga niat kita .... tanyalah diri apakah tujuan kita melakukannya agar ia boleh memberi manfaat kepada manusia" dan tidak usahlah terus memancung dengan berkata "tidak usah upload gambar makanan di internet kerana ia membawa kepada sifat menunjuk-nunjuk".

Ia dua keadaan yang sangat simple dan ringkas tetapi membawa pengertian pemikiran yang sangat signifikan. Malah saya sendiri sudah acap kali terkhilaf apabila menyangka apa yang dilakukan orang sebagai riyak, takbur dan sombong. Kini saya mengerti bukan kita yang boleh menghukum tindak-tanduk manusia yang lain apabila melibatkan soal hati.

Benar, hanya DIA yang Maha Mengetahui.

3 comments:

norinaomar said...

betul kak, saya pun selalu fikir apa yang kita cakap, kita kongsi,selalu terfikir aku ni cuma nak beritahu atau salah satu sifat riak.

Nieza Ishak said...

norina,

sbb tu kita kena selalu 'perbaharui niat' kita ...

DIA YANG MENGETAUHI, kadang2 perkongsian kita adalah untuk memberi idea kepada kawan2 dan secara tak langsung berkongsi ilmu.

Akak selalu pk macam tu jerk.
Niat berkongsi Ilmu.

mama maman aka yana said...

terima kasih kerana sharing benda2 nih..mmg betul tuh.. niat tuh penting.. jika kita mmg berniat baik insyaallah segalanya akan berjalan dengan baik.. insyaallah cuba beringat2.. takut gak terlebih eks.. hehe